h1

Capek. Penat. Letih. Senak. Sesak. Rabak.

Desember 15, 2008

Lila jadi kabus.

Malam ini. Lila cuba belajar jadi kabus. Esok pagi, matahari keluar, dia akan cair dan terus hilang. Dan lenyap. Cair, hilang dan lenyap. Dan harapnya, tak akan ada yang ingat dia lagi.

[Nota ranting: sebenarnya molekul molekul yang telah cair itu tidak hilang. Masih terapung-apung di ruang udara dan melekat di setiap mereka yang lalu lalang. Jadinya, diri Lila itu ada di setiap orang yang lalu lalang itu. Melekat. Pada mereka.]

11 komentar

  1. Aku teringat kabus atas pucuk padi kat sawah, pada awal pagi. hening dan bening. dan terlihat beratus-ratus sarang labah-labah [yang menumpang pada pucuk padi] mengumpul kabus tadi, menjadi untaian permata. bila dipanah matahari, kelihatan cantik, bersinar.

    Abang aku kata kalau tiada labah-labah, maknanya racun serangga terlebih guna.


  2. itu pun kalau matahari keluar….


  3. senak aku masuk hari ketiga. dem!


  4. Setiap pagi habis syif malam, kabus pagi mengganggu pandangan pada cermin kereta aku. Sambil kabus pagi membawa bersamanya debu-debu besi dan magnesium membaluti tubuh objek lambang status itu membuatkan aku terpaksa hantar polish 2 bulan sekali.

    Aku sembur air dan on wiper tanda geram.


  5. Satu penafian yang cantik, Lila.

    Terkondensasi, cuba melupakan dan menidakkan kitaran alami.
    Terapung tinggi, melihat bumi dari pandangan atas bak helang.
    Keliru antara air, kabus dan embun. Yang mana satu agaknya?

    Walau apa pun, tetap molekul yang sama – Lila.
    Biar pun jasadnya beza. Biar pun tanahnya beza. Biar pun langitnya beza.
    Rohnya tetap Lila.

    Penafian bagai pembelaan diri, Lila.


  6. invisible atau invincible ya?


  7. Apa pun bentuk Lila,semoga ia terus tabah.


  8. haish tu oh! gabungan unsur yang sama namun perwatakan berbeda.


  9. nizam.
    wah. kalau difoto itu, sungguh menarek. byk kilau2. maknanya, labah-labah itu akan datang sebelum atau selepas diracun eh?

    rembo.
    erm. betul jugak. sekarang ni monsun. musim hujan.

    abg naga.
    pegi klinik. lah.

    stam.
    wah. hantar polish! kau memang amat jaga status eh.. belilah baju untuknya. nanti takadalah besi dan magnesium melekat.


  10. imran.
    ya. amat keliru. penafian yang cantik? mungkin. pembelaan diri? juga mungkin. lila yang keliru mungkin juga puny aroh yang sama, jasad berbeza. atau jiwa berbeza. atau mungkin hanya mahu hilang. hilangkan diri.

    intan.
    dua dua juga mungkin.

    kaklily.
    lila tabah bila ada jasad.

    kamar.
    ya! mungkin. mungkin juga dah jadi doppelganger.


  11. Sepatutnya ia sentiasa ada. Penanda sistem biologi untuk ekosistem yang baik.



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: