h1

Instalasi iritasifalasi.

Desember 16, 2008

if1-copy

if2

if3

if5

iritasi1

iritasifalasi.

Iritasifalasi (IF) menerokai setiap aspek seni: catan, arca, seramik, grafik, fotografi (kadangkala seni menulis dan seni menyamar) dan sebagainya dalam stail pelbagai. Ya. Kami (perasan) multidisiplin. IF mengungkap dari isu-isu sosial hinggalah kepada lakaran budaya tanpa menolak aspek formal. Bergerak menyusup dalam minda penghayat, melebur visual peneroka larat. IF lahir atas kesedaran (baca: tersedar) bahawa selain seni untuk dirnya sendiri, seni juga mampu bersuara untuk masyarakat tanpa menolak dagangan komersial. (Ya. IF sangat tidak realistik dan tamak.) IF juga tahu (baca: rasa) bahawa seni berhak diinterpretasi semua, berhak dinilai semua, berhak dinikmati semua (kami liberal). Dan sedikit sebanyak, IF muncul sebagai gangguan dalam kesalahan mereka berfikir. Selain itu, IF hanya seperti kamu yang gemar melepak di kedai mamak sambil (perasan kononnya) memikir cara selesai masalah dunia. Dengan seni. Dan angan-angan.


16 komentar

  1. benarkah? mengapakah? adakah? kenapakah? dan? dan? dan? dan? ? ? ?
    baca dengan kaedah iritasifalasi. ianya satu bentuk falsafah bukan?
    saya..?


  2. sampai sekarang aku susah nak faham arca dengan lukisan abstrak. rasa malas nak fikir. mungkin aku hidup seputar kawan2 working class. tapi aku suka garis2 dan titik2 yang banyak. kurang suka palitan warna. ah, entah apa2 aku melalut. saja nak komen kat sini haha


  3. boleh ceritakan maksud atau apa yg cuba disampaikan dalam installasi di atas?
    aku selalu lihat installasi dalam bentuk audio visual equipment..

    kubur boleh memberi berbagai maksud yg dalam..tikar dan alquran..


  4. >>>IF hanya seperti kamu yang gemar melepak di kedai mamak (macam Sindiket Sol-Jah, ha ha) sambil memikir cara selesai masalah dunia.

    Eh, aku tak faham part arca segi tiga yang tergantung tu. Xplain sket!


  5. kenapakah kepalaku terasa berat bila membaca entry ini?hehe


  6. Satu: Tanah kubur hitam dan masih gembur. Apa maksudnya?
    Dua: Piramid yang terbalik cuba menusuk nesan. Apa maknanya?
    Tiga: Tiga Pemuda dan seorang pemudi tersenyum di tepi kubur. Kenapa agaknya?

    Tak tidur malam ni dibuatnya….


  7. Peh ni kalau aku buat kat tengah-tengah ruang tamu rumah aku ni mau mak aku mengamuk ni


  8. Salam Alina,

    Wah! Bertapa ke tu? Lor…tak takut ke IF termuncul je sesuatu yang tidak diingini? Isk isk isk…lepas tu leh kata cooba-an🙂


  9. Ugh! Kagum.


  10. Adakah nisan satu tu bermakna ia bukan manusia dan segitiga terbalik itu adalah ‘stargate’ yang bakal menyedut si roh alien selepas dibacakan talkin ke dunia yang lagi satu? erk…

    wow. teringin betul saya nak tahu maksud SEBENAR yang cuba disampaikan 4 orang muda ini. Sampai ke tidak maksudnya (kepada umum) ya?


  11. Woit! aku suka dengan kubur! Suasana kubur buat aku rasa mudah.🙂 Wei aku rasa aku banyak yang nak belajar lagi! aku tak mahu tertinggal dalam cita-cita sendiri.😀


  12. kamar.
    er. banyak soalan. falsafah? parodi mungkin.

    rahimin.
    takyah fikir banyak2. cuma untuk tatapan visual pun tak apa. sekurangnya, pandang.

    ji.
    nanti saya akan buat entri tentang ini. tunggu. belum ada masa.

    abg naga.
    huhu. ya. sinis untuk sindiket soljah. segitiga? dah explain itu hari.

    sukabebel.
    takyah baca. tengok aja dulu.

    nizam.
    satu. dua. tiga. nanti saya jelaskan ya. belum ada masa.


  13. stam.
    hahaha. lawak.

    salam abg shah.
    erm. dah scan dah sekitar. takada apa apa. clean. huhu.

    abg azzam.
    terima kasih. biasa saja.

    kakintan.
    interpretasi kak intan juga boleh digunapakai.🙂. seni terbuka untuk apa apa interpretasi. tapi yang kami, nanti saya jelaskan. belum ada masa.

    dan.
    wuit. suka kubur?? beli aja batu nisan. murah.


  14. yang segitiga tu macam lukisan dalam duit dolar us
    pon ade dlam crite transformer, yang cube tu, tapi ni bentuk lain plak…

    apepepon gambar smart! i mean cara gambar tu di snap. nice!


  15. […] entri ini, aku dan rakanrakan ada hasilkan satu instalasi yang memperkatakan tentang isu Bahasa Malaysia […]


  16. sememangnya aku suka instalasi
    apa-apa

    tapi lebih-lebih lagi yang ini

    !



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: