h1

Pseudo-bongsu dan manja. Konon.

Desember 16, 2008

Pagi tadi. Sewaktu memandu. Di lebuhraya ke Tanjung Malim. Cuaca terik. Agak terik. Jam sudah hampir 10.

Abah telefon. Dia kata, telur penyu lupa mahu dikirim via kakakku. Aku balas, tak apalah. Abah makan semualah.

Abah. Abah.

4 jam kemudian. Sewaktu memandu. Di lebuhraya ke Kuala Lumpur.

Kakakku telefon. Dia kata, dua minggu lagi kosongkan kalendar. Adik bongsu aku mahu kenalkan bakal tunangnya. Ada majlis yang lebih berupa acara-kenal-baca:aproval-adikberadik-dan-bakaliparduai. Aku balas, aik. Tunang pun ada bakal? Bukan sepatutnya bakal isteri??

Ada macam nada hint dalam kata kata kakak aku dan abah aku. Read between the lines?

Ok. Kalau macam itu, aku kena bertindaklah. Malam ini aku akan buat cabutan bertuah bagi yang tak bertuah. Ada berapa orang ya yang sanggup? Atau sangap? Tarikhnya? Tahun depan, aku nak pilih bulan Mac. Atau April.

[Nota ranting: Eh. Memandu sambil bertelefon itu sangat bahaya. Kecuali kamu pemandu yang cekap selalu ontheroad macam aku, boleh!😛 Dan juga. Penyu ialah haiwan terancam. Apatah lagi telurnya. Tapi kalau di pasar Siti Khadijah ada banyak dijual, kena belilah. Sebab kalau bukan aku yang beli, mesti orang lain pula yang beli. Take note.

Oh ya. Bakal tunang. Maksudnya lambat lagilah nak kahwin itu. Tunang mungkin setahun. Jadi, aku ada masa lagi setahun lah macam tu. Ok. Acara cabutan bertuah ditunda ke tahun hadapan. Masih ada ruang.

(Aku di mata keluarga aku seolah masih berumur 18 tahun. Adik-adik lelaki aku yang dua orang itu umpama abang. Dan hanya patut report ke ibubapa dan adik beradik sahaja. Aduh. Terutama tentang pasangan hidup. Mahu yang perfeksi. Cukup sekali dahulu aku rancang. Aku diminta. Dan ya, interogasi oleh abah, abang dan adik lelaki umpama agen mossad. Haha. Ya. Aku serius. Kasihan mamat itu. Er. Namanya pun aku dah lupa. Haha. Tapi itu dulu. Sekarang mungkin merekamereka pun dah letih. Mereka dah pascamoden. Dan liberal. Terima saja sesiapapun. Tapi kesannya, aku pula yang trauma. Dan aku rasa (instink aku kuat), mold yang mereka idamkan itu akan dapat yang berbeza. Yang kontradik. Tapi aku rasa mereka akan terima. Seadanya. Aku rasa. Instink aku kuat.)]

Ok. Dah cukup tentang cerita peribadi.

Dah over upclose and personal. Dah cukup.

Tentang cerita peribadi.

8 komentar

  1. berbeza disini. ejen ‘mossad’nya ok. masalahnya yg diorang nak buat menantu tu tak muncul2. ada duit, semua boleh jalan. tak ada duit, boleh jalan laaaa….


  2. Tentu pressure semakin bertambah. Jangan nanti main tangkap muat je dik oii.. lama lagi nak idup bersama, hari hari jumpa, hari-hari nampak muka…Ada kat sekeliling tu, cuma kamu tak perasan…ala..macam kekabu melekat kat pipi tu…


  3. cabutan bertuah?
    ya. barangkali aku juga patut usaha demikian rupa.

    ha ha.


  4. kamu bawak la pp… berlakon sekejap.

    he he.


  5. adus…macam susah sangat je ye? mungkin tersepit dengan masa juga kan…dan soalan2 cepu emas. harus cepat tapi jangan macam nizam cakap jgn tangkap muat.

    kamu tahu apa yang kamu mahu…mula dari situ la agaknya.

    good luck aje la dari aku…


  6. qarma.
    huhu. boleh pulak menantu tak muncul eh?

    nizam.
    ish. mana ada tangkap muat. muat yang tak kena tangkap tangkap.🙂. ya. tahu. hari hari mahu tengok muka, kan. kalau macam tu, taknak bosan, ambil orang luar negeri. tapikan, kekabu besar lah, mesi perasan punya.

    art.
    ya. kita kena buat. hadiah dah ada. pemenang belum pilih.

    tasik.
    erks. pp dah sibuk. keje baru.

    imran.🙂. takpa. jangan risau (rasanya). mahu. tahu yang mahu. tapi …


  7. hegira. hegira itu apa? dimata saya kamu penyendiri yang bijak mentaksir. kamu mungkin pendiam tapi kamu menilai sesuatu dengan sesuatu. anggota tubuhmu gugup bila berhadapan sesuatu yang punya jiwa bernyawa walaupun seni jujur. kamu punya senyum yang jujur dan mm.. manis tiada maksud tersirat, saya….tergoda dengan perwatakan kamu.
    dan dihati saya kamu memaksa diri untuk kuatir barangkali resam celaka manusia. dan sesuatu dihati kamu dan sesuatu dihati kamu ingin saya tahu.


  8. kamar.
    hegira? ada dalam kamus. boleh cari.

    ah kamar. jangan tahu apa apa. nanti kecewa. ya. kecewa nanti. tidak apa yang indah atau yang manismanis mahupun yang jujur. hanya yang biasabiasa seperti orang lain juga.

    apa pun, terima kasih.



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: