h1

Ya. 7 warna. Muncul sebentar cuma.

Desember 22, 2008

Makanya kini
aku rasa
lagu
Yuna ini mula mengejek ejek ku.
Oh. Sangat sumpahan.

[nota ranting: bulan ni kena tukar lagu tema baru. LOA, babe! Oh ya kak intan eskapis. Mereka ini juga antara manusia manusia talented. Boleh diinterviu. Agaknya.]

.

Klik sini untuk muaturun.

Klik sini untuk dengar yang hifi.

.

AKU PELANGI – Joanna & Co.

Verse 1:
Ku selalu dihati,
Membuai rayumu,
Hiasi dunia sepimu.
Seukir senyuman dariku,
Menggegarkan mayamu,
Kau segalanya bagiku.

Pre-Chorus:
Takkan setia,
Takkan kembali,
Bawa dirimu dan tinggalkanku.

Chorus:
Buka matamu,
Lihatlah diriku,
Aku pelangi,
yang dinanti.

Verse 2:
Ku sinar cahayamu,
Di saat indahmu,
Juga waktu resahmu.
Ku lukisan imagimu,
Kini kau membisu,
Setelah ku tiada.

Ulang Pre-Chorus & Chorus

Bridge:
Berharap bayangku pulang,
Nikamati tiadaku.

Ulang Chorus sampai esok…

13 komentar

  1. Teringat Laskar Pelangi

    “mimpi adalah kunci, untuk kita menaklukkan dunia”

    Kita hidup sebentar cuma. Seize the day. Life is short.


  2. Hujan kan turun lagi. Pelangi kan muncul kembali.🙂


  3. Maksud Naga hujan kan turun lagi itu, kerana lagu ini? Kerana lagu ini?


  4. menarik betul design page kamu…memang berseni…. ~


  5. nikmati tiadamu?

    pelangi puaka!
    lelah menunggu,
    kau sumpah aku?


  6. Sumpah pelangi.
    Kalau nampak kena duduk dalam rumah atau kena letak daun kat celah kuping telinga.
    Hujan renyai+cahaya matahari = pelangi = hujan panas!!


  7. Salam Alina,

    Hmm…bes muzik mereka – raw! Atau mungkin kerana rakaman ‘live’ dan belum disunting. Namun, ya, refreshing, untuk sebuah lagu Melayu. But Yuna…ermm, memang den minat kek dia. Kalau leh, nak interview dia.


  8. imran.
    aduh. bercakap tentang mimpi.. ya. aku sedang carpe diem lah ini.

    abg naga.
    ya hujan dah turun. pelangi mungkin lambat sikit. atau tidak ada langsung.

    indra.
    entahlah. mungkin lah agaknya.

    hapa.
    terima kasih.


  9. art.
    pelangi tidak puaka. kita yang berpuaka. rasanya.

    nizam.
    oh ye ke? pertama kali dengar itu. bukan yang mitosnya tidak boleh tuding dengan jari telunjuk??
    hujan panas? kombinasi lengkap.

    salam shah.
    kalau yang mut turun itu, muzik dia yang studio recording. cuba muat turun kan yang link itu. videonya memang yang belum penuh.
    aik. minat sama yuna yaaaaaa…………. . kalau interviu, kirim salam ya. hehe.


  10. menuding jari pada pelangi.
    kagum pada sesuatu yang promissing but isn’t there. khayal. maya.
    pelangi adalah umpan. dilempar oleh hujan panas untuk kita-kita ini.
    mereka yang menuding pada pelangi dalam kehujanan. pasti demam.


  11. Pelangi?
    Mitos yang mencucuk reseptor otak gwe semasa kecil. Sanggup untuk mencari hujungnya. Kata mereka ada setempayan harta karun. Lalu menyiasat sampai ke perkampungan orang asli. Gara-gara ingin menjadi penyiasat ala the famous five ciptaan Enid Blyton.

    Kalau benar mungkin gwe sudah takluk Malaya …


  12. nizam.
    cuma pada yang asasnya. diberi lihat untuk suatu yang indah. selepas kehujanan.

    freak.
    wah. misi pencarian hartakarun sang pelangi eh?? sampai kampung orang asli?? aku syak, yang mistik di sana itu ikut kau sehingga sekarang.
    mujur tak jumpa harta. kalau tidak kau dah jadi diktator perintah malaya. haha.


  13. okeh….nanti akak cuba2 interviu mereka ini….:) kalau mereka sudi menjawablah. …:)



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: