h1

Epitaf yang terhakis.

Desember 29, 2008

Dan kautinggalkan jejak-jejakmu
Di tanah-tanah merah
Dan celah puing-puing kota
Kota usang yang terpalit ahmar darah
Dan raungan tangis manusia yang kehilangan arah

Apakah pada jejak-jejakmu itu
Kutemui syurga
Atau neraka?

Sekurangnya kau bisa terpalit darah
Daripada kami,
Yang hanya mampu berserah. Dan kalah.

Alina, 2008.

Rachel Corrie ialah perempuan yang berani aku kira. Berani untuk menentang. Berani untuk menyatakan pendirian. Meninggalkan ibu. Bapa. Tanah air. Untuk berjuang. Bukan miliknya pun. Bukan bangsanya pun. Tapi sekadar atas nama kemanusiaan dan sejagat. Maka kita di sini pula asyik melaung bangsa yang bertuan. Bangsa yang hebat. We talk the talk, but never walk that talk.

Siapa kata bangsa Melayu yang paling hebat, paling gah dan paling maha? Sila beri dalil dan nas di sini. Sombong.

Tidak. Ini bukan apa apa. Ini sekadar mahu mengingat kembali sejarah. Sejarah Rachel. Kerana awal tahun baru semalam, Gaza bergolak lagi. Mungkin kita hanya boleh mengadah tangan dan berdoa.

Itupun jika kita masih teringat untuk meminta.

Dan alFatihah untuk  al marhum DYMM Yamtuan Besar Negeri Sembilan.

Selamat Tahun Baru. Sekali lagi.

.

“If any of us had our lives and welfare completely strangled, lived with children in a shrinking place where we knew, because of previous experience, that soldiers and tanks and bulldozers could come for us at any moment and destroy all the greenhouses that we had been cultivating for however long, and did this while some of us were beaten and held captive with 149 other people for several hours—do you think we might try to use somewhat violent means to protect whatever fragments remained?… I really think, in a similar situation, most people would defend themselves as best they could.”

—Rachel Corrie to her mother,
27 February 2003 (rachelswords.org)

11 komentar

  1. “Tanah ini gersang dan haus. Panas angin
    memanggang restu langit, pecah-pecah mukanya.
    Luka hatinya. Menggapai bahang nafas secubit
    tersangkut pada bangkai Ara yang rebah.

    Panas ini gugah aman. Rimasnya selimut malam, tidur
    hanya mimpi. Jerit tangis bersuara dari mana-mana sahaja.
    Dari bangkai yang rebah, dari batu yang retak, dari pohon
    akarnya dan pucuknya bersatu. ” – Tanah Ini, 2000, Nizam.Ariff.

    Atas tu sebahagian dari Tanah Ini. Bila aku baca n3 kamu, di atas ini adalah perkara yang pertama terlintas dalam kepala. Itu sebab aku masukkan sedikit.


  2. jalan terus…:)


  3. Aku Melayu. Kamu Melayu. Dan bagsa kita,cuma menjadi tuan di atas sekeping kertas.


  4. Salam Ma’al Hijrah Alina,

    Jangan lupa hadiahkan al-Fatihah untuk semua mujahid, terutama di bumi Gaza juga ye.


  5. nizam.
    kamu seperti selalu, mantap!

    bro meor.
    ya. ingat itu.

    kak lily.
    iya. kerana tanah inipun milikNya.

    abg shah.
    salam maal hijrah.

    al fatihah.


  6. ya..ramai yang berdiri seperti rachel
    tapi ramai masih memakai ‘tee’ che guevara dan mumia abu jamal dimana-mana…
    entahlah

    salam maal hijrah kalau masih belum terlambat


  7. salam maal hijrah kalau masih belum terlambat


  8. Kalau dengar dari Abang MatJan Bercerita, kemelut Israel – Palestine tu bukan berpunca daripada perbezaan agama dan budaya, tetapi adalah kerana penguasaan wilayah (penempatan). Allahuallam bissawab!


  9. Alina,
    Selamat melangkah ke tahun yang baru.

    Jejak yang lepas, hanya tinggal kesan.
    Yang entah berapa lama kesannya akan tampak.

    Isu perjuangan bangsa ini bagi aku adalah lemah.
    Jika, bangsa ini tidak tahu sejarah.

    “Shajaroh” = pokok, yang ada akar umbinya, asal usulnya.
    Ada orang umpama putik bunga yang lupa akar umbinya.
    Maka dia tak tahu buah apa yang nantinya dia akan jadi.
    Rosak.

    Ramai yang rosak sejarah.


  10. Sis…kisah Corrie itu pernah saya baca dan tonton gambarnya. Orang laknat sahaja tergamak melanggar orang senjatanya hanya suara! Teruskan berseni…untuk mereka-mereka yang semakin hilang suara ini…


  11. qarma,
    ya. peringatan juga untuk saya. salam maal hijrah.

    abg naga,
    penguasaan wilayah juga mungkin berteras pada agama. tapi yang saya ingat tentang ceritera abg matjan kita tu, lebih beri penekanan pada bangsa, bukan?

    imran,
    sudah sihat? moga tahun baru ini bawa lebih barakah.
    ya. seni dan sejarah patut jadi asas pada setiap matapelajaran di sekolah. ibn khaldun juga berpesan supaya mengingati sejarah, bukan?

    kak intan,
    ya. bak kata gibran (atau pujangga mana saya sudah lupa – atau mungkin juga dia mengambil kata pujangga lain?), mata pena itu lebih bisanya.
    dan yang ditakuti oleh penguasan ialah suara yang mampu bersuara, dan pena yang mampu menghiris.



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: