h1

Reminis 2008: Antara perempuan sundal yang histeria di bilik sulit.

Januari 4, 2009

Sedikit catatan pendek yang bukan reviu. Ulang lagi sekali. Yang bukan reviu. 3.

Ah. Aku bukannya tahu sangat tentang filem. Mahu diulas ulas. Atau dipulas pulas. Tapi yang pasti. Aku memang penggemarnya. Boleh maraton filem satu hari tanpa henti. Ya. Serius.

Dan aku tahu ini basi. Tapi, wth.

————————————–
HISTERIA
:
arahan James Lee.

Dan ini juga bukannya mahu cerita tentang teknikal, pra atau pasca produksi. Sebab pastinya James lebih tahu tentang itu. Kan.

Gambar diambil dari sini.

Ok. Tak berani. Walaupun pengalaman aku dalam dunia yang lagi satu itu agak banyak. Tapi aku tetap tak cukup berani. Dan aku tabik pada gadis gadis cantik dalam filem ini.

Situasi 1:
Kalau ternampak mayat penuh darah melimpah limpah dalam tandas, di asrama yang kosong, pada waktu malam. Tentunya bukan sekadar buka langkah seribu, malah kalau ada sayap, mahu aje terbang.

Dan tabik gadisgadis ini kerana sempat lagi bermesyuarat di tepi tandas bincang mahu buat apa tindakan seterusnya. Wow! Mantap keberanian.

Situasi 2:
Kalau tibatiba berjalan di tepi koridor di asrama dulu. Dan di tepinya semak yang tibatiba bergerak gerak. Akan buat tidak tahu (dan tidak berani walau untuk jelingan jelingan manja), walau jantung bagai dipam 100km sejam dan rasa bagai sesak nafas tapi masih tetap kontrol mimik muka. Dan langkah tibatiba laju sambil berharap ada orang yang juga lalu lalang.

Tapi yang ini sangat berani. Masih sempat ke semak dan mencaricari teman yang mahu berolok olok. Fikirnya.

Dan ada adegan yang buat aku mahu masuk ke bawah kerusi. Tidak. Bukan kerana takut. Tetapi kerana ingin mencari gulagula yang terjatuh.

Turn down filem ini hanya kerana makhluk yang grotesk itu. Hey! Kalau dikata hantu raya, dia menyerupai tuannya. Kalau dikata jembalang, kelibat jembalang selalunya terlalu kabur untuk dicerita kembali kecuali dengan penambahan cerita macam tok selampit. Ok. Mungkin aku kurang ada ciriciri mahu melihat aksi aksi yang gore. Itu abaikan.

Tapi aku suka twist cerita ini di akhir. Biarpun sudah dapat mengagaknya pada pertengahan jalan cerita.

Dan teman teman yang lain pula sangat (tidak) berpuas hati dengan mimik muka gadis gadis ini yang cukup bijak sembunyi emosi takut atau bagai ada tampalan botox. Ok. Pengecualian untuk si manis Liyana. Yang lain? Aduh. Ok. Mungkin juga pengecualian untuk Scha.

Tapi untuk bias, skripnya dan jalan cerita memang mantap! Hampir. (skrip asal oleh Amri. Ala. Amri yang itu.) Tapi ya Amri. Apa yang histeria dalam cerita ini? Er. Setahu aku, histeria itu berjangkit- dalam konteks penyakit Melayu lah.

———————————

Teater Monolog: SUNDAL
: karya pelajar ASWARA.

Kiranya Aku tidak tahu apa apa tentang teater. Dulu terlibat pun cuma di teknikal. Jelajah hingga Terengganu. Ya tetapi tetap kurang tahu apa apa.

Dan seterusnya menyangka set pentas yang bergabung dengan bahagian ruang penonton sangat genius! (seperti pentas catwalk. Bezanya pentas catwalk itu ada ‘pentasnya’. Yang ini, pentasnya cuma di bahagian ‘walk’ nya sahaja. (Mengapa tidak jadikan sahaja itu pentas?) Begitu genius hingga kami hanya perlu menggunakan deria dengar sahaja untuk menonton.

Sebenarnya sila semak kembali, ada set pentasnya dilantai, tapi tempat duduk penontonnya hendaklah seperti velodrom. Supaya tidaklah seperti kami yang beberapa kali terpaksa menelengkan kepala untuk melihat gerak aktres utama. Heh. Kami patut pilih barisan depan. Oh atau mungkin ini penilaian lontaran suara? Mungkin. Yang aku rasa monolog aktres ini bagai terteran teran suaranya.

Oh ya. Perempuan perempuan kabaret itu sangat sesuailah untuk watak kabaret murahan. Ya, sangat mantap casting! (ok. Ini hanya teater kawan kawan. Pemilihannya pun mungkin kawan kawan yang volunteer (atau paksa diri gedik). Ok aku tahu.)

Dan ada beberapa babak yang buat aku mahu masuk ke bawah kerusi. Tidak, bukan mahu sedih menangis berhiba. Tapi untuk mencari earplug aku yang jatuh.

Dan sehingga  balik masih tertanya tanya hubungan antara penari kabaret, dan tok bomoh moden yang berpakaian seperti lord of the rings itu.

Sebenarnya apa yang mahu diharap teater daripada pelajarpelajar yang membuat penilaian. Apa diharap padi seberang. Kan? Tahap ekspektasi perlu direndahkan. Tapi untuk tahap pelajar, rasanya ini sudah cukup. Cukuplah.

Dan aku suka juga teknik lampu dan layar itu. Wujudkan suatu ambience yang sangat sesuai dengan mood si sundal.

Oh ya. Lucu pula bila teman berbisik di akhir akhir teater. – Eh. Pelakon nya seorang sajakah??

Erm.

—————————-

Teater BILIK SULIT
: karya Hisham Rais

Tidak mahu ulas apa. Cuma semuanya lima bintang kejora! Terima kasih teman yang buat peneman dan bodigad.

Pelakonnya mantap. Keadaan dimana jantung kita dipicit berkala kala pada setiap gerak dan suara terlontar.

Dan ada beberapa babak yang buat aku mahu menyorok di bawah kerusi. Ya. Kerana suara suara yang bagai hujan menghirishiris gegendang telinga dan jiwa. Ah. Sangat mantap. Dan hampir saja aku terpeluk teman di sebelah. Kerana terjahan dan takutan kata dan suara. Dialog dan babak. Haha. Ya Ampun.

Serius ini. Bukan sinis.

Rugi siapa yang tidak menonton.

Dan kiranya aktor watak mangsa itu sangat bijak kerana di pentas, emosinya seperti menerkamnerkam. Suaranya di akhir seperti menerpa nerpa gegendang telinga dan jantung. Tetapi bila kami berbicara diluar, ah. Sangat comel dan suka tersengih sengih. Mantap kamu. Sangat penghayatan.

Ada juga Tokrimau berbisik, watak polis interogasi itu seperti Norman Hakim itu. Dalam Gerak khas. Tetapi watak keduanya sangat kontradik. Bukanlah seperti tipikal polis dalam Gerak khas. Tidak. Jauh sama sekali. Dan bila ku terjumpa diluar, takut dan mahu lari lari (Aku. Bukannya dia). Terbawa bawa interogasinya yang tanpa belas. Dia hanya tersengih sengih juga. Oh.

Dan persembahan abang Meor seperti selalu, sangat merdu dan menyayat. Mantap. (ok. Ada sedikit bias. Haha) tapi iyalah. Bijak. Muzik dan melodi yang spontan dan bijak.

Tapi kiranya. Aku kurang tahu apa apa pun.

Yang aku tahu. Ini baru drama. Ini baru teater. Dan ini barulah lakonan.

UPDATED: Lupa pula. Malam teater bilik sulit ini juga malam pinpoint SB SB yang hadir. Iyalah. Mesti mau hadir untuk tengok logik ataupun tidak lakonan. Kan?

15 komentar

  1. Bahaya kalau terpeluk teman sebelah, nanti SB ambil gambar. ha ha ha.


  2. hahaha! review kamu mmg jujur. :-p


  3. Lega bila kau sebut Scha ngn Liyana ada pengecualian. hehehe


  4. Jujur!

    Rebiu dalam media mainstream,semuanya macam nak jual/promo filem. Promo lebih-lebih. Pergi tonton rasa macam tak berbaloi heheehe🙂


  5. aku suka review histeria walaupun bukan review,ianya berjaya membuatkan aku konfiden untuk TIDAK menontonya.terima kasih.

    aku benci review bilik sulit sebab aku terasa hampeh kerana tak pergi!
    arghhhh!


  6. er..meor yang ala2 busker tu ke?
    lama tak dengar cerita dia nih.


  7. entry awak berjaya membuatkan saya hilang nervous nak pergi exam, terima kasih!! terima kasih pada sanuri, saya jumpa page ni dari page dia!


  8. aku pun suka ngan histeria ni. mana yang remeh temeh tu aku abaikan je,biar la orang filem kita cuba nak create jembalang versi moden kan?kat hollywood macam macam jenis antu yang tak penah diketahui kewujudannya tapi bila difilemkan orang takut jugak.tak selidik apa pun.fakta yang kau carik tu memang betul, aku yang lelaki melayu terakhir ni pun malas ambik tau kalau tengok benda yang memusykilkan, makin lajukan langkah ada la.hehe

    selamat tahun baru! sudah lama tak menjenguk ni, kesibukan.hehe


  9. tok.🙂. kamera takleh bawak masuk.

    dann.
    terima kasih. (komen yang jujur ker??)😛

    rembo.
    ya. saya bias. haha.

    kaklily.
    derang tuh sebenarnya berbudi bahasa.🙂


  10. ji.
    eh. mesti tonton. kalau tidak tak tahulah bagus ke tak kan? macamana nak ulas kat kawan kawan masa minum teh tarik nanti???

    juna.
    yup. dia lah tu. dia ada. sihat aje. cuma penat dia ulang alik ipoh kl.

    aiman.
    exam?? bukan semester baru mula ke??? apa apapun gud luck! dan alhamdulillah. thanx sanuri sebab bagi add nih pada aiman..😛

    bebel.
    selamat tahun baru yang tak berapa nak selamat. ya. tahu sibuk. terima kasih sempat baca. dan komen.🙂


  11. kau buat aku senyum baca semua ni…

    aku baca siang selepas sudah hilang terkejut aku malam tadi.. syukurlah sudah makin pulih aku… hahaha


  12. histeria : suara scha spt lelaki

    sundal: tak dengar

    bilik sulit: tak tengok


  13. Tentang cerita hantu versi moden sekarang ni [bukan tentang filem2 di atas tu], aku tak faham dua perkara:
    1. Kenapa rupa-rupa hantu Malaysia perlu moden? Kebanyakkannya macam topeng getah yang kawan2 slalu bawak balik dari US tu. Figura hantu2 Malaysia rasanya tak berubah dari zaman tok nenek. Patut kaji Siri Bercakap Dengan Jin dan belajar darinya…
    2. Kenapa bila figura pontianak di tonjolkan, hantu itu terawang-awang tapi bergerak secara selanjar. Dan tangannya mesti didepangkan ke depan dan …yang ni aku tak boleh tahan… jari jemarinya digerak-gerakkan untuk menunjukkan kukunya yang panjang tu?

    Pada pendapat aku, kalau setakat jin & syaitan, tak ada satu gambaran yang boleh digambarkan dengan tepat, sebabnya dia orang tu semua makhluk halus. Kalau nampak pun cuma berbayang-bayang. Kalau dia masuk alam manusia dan menyerupai manusia, akan seperti manusia biasa…bukan seperti mayat. Kecuali kalau kita masuk dalam alam dia…


  14. 1. Saya tak berani langsung tengok cerita momok.

    2. Monolog paling saya suka ialah Aku Mahu Jadi Bintang karya Namron yang dipentaskan sewaktu Boh Cameronian Arts Awards tahun 2004.

    3. Hmmm dah lamanya saya tak layan teater. Rindu la pulak.


  15. mira.
    kalau kau turun wiken nih, aku pas baju. ai.. ko pon leh terkejut??

    qarma.
    suara dia bukan seksi ke??

    nizam.
    haha. mungkin filem itu hanya nak memomokkan aje. hanya nak timbulkan suasana menakutkan.

    nida.
    ahaa.. ujung bulan ini ada teater di stor dbp. jom!



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: