h1

Kecurangan akademik. Katanya.

Januari 7, 2009

upsi

Semalam aku terserempak dengan pelajar aku pada semester lepas di lobi fakulti. Ok. Bukan lobi sangatlah tapi di tingkat bawah. Sekarang dia sudah semester dua.

Dia tegur aku. Dari jauh dah tersengih sengih dengan topi keledar dan gaya Matt Bellamy-nya.

Aku tanya, pointer dapat berapa?

Dia jawab, 3.49, cik!

– Alaaaa… sikit aje lagi nak dapat *sijil dekan!!

– Ya cik. Semua pun cakap macam gitu.

– Habis, subjek apa yang teruk?

– Grafik. Saya kantoi satu kes tu cik.

– Kantoi macamana?

– Saya jual gambar kat budak-budak.

Aku diam. Aku tak tahu nak bagi jawapan nasihat atau jawapan yang paling kool.

– Erm. saya rasa tak salah jual gambar tu!

Ok. Jawapan yang tak kool dan juga tak berbentuk nasihat.

(nota ranting: *untuk dapat sijil dekan, pointer atau GPA mestilah 3.5 ke atas. Dan kes jual gambar yang disebutkan itu ialah projek menghasilkan poster. Pelajar dikehendaki mengambil gambar di sekitar Kuala Lumpur dan membuat poster Tahun Melawat Malaysia (Ok. ini tema yang lame. Aku tahu).

Pelajar ini yang ada daya enterprising dan juga skil menangkap gambar tapi belum sampai ke tahap dewa foto Adan telah menjual gambar gambar nya yang memang menarek gila kepada rakan rakan yang lain yang tidak mempunyai skil menangkap gambar atau pun hanya sekadar malas. )

22 komentar

  1. kenapa jual gambar pointer sikit? maybe kurang originality compare dengan kawan2 dia yang dia jual gambar tu.

    tapi, maybe editing yg terakhir tu bleh bantu dia kot.😦


  2. Hmmm…siapa yang bersalah sebenarnya ni?
    Owh, hukuman dah dijatuhkan. Kesian. Belajarlah daripada kesilapan.

    Moralnya: Kalau nak bisnes, bisneslah betul-betul.


  3. oh seni! tak wajar kamu dihukum!


  4. Jual gambar pun boleh kantoikan pointer? Peliks.


  5. ha ha ha… itu jual gambar…
    classmate dulu boleh jual business plan…(projek last sem)
    dan business plan tu tlh jadikan dia businessman skg…
    hebat kn…


  6. Uh…budak tu cerdik sebenarnya. Lebih cerdik daripada kawan-kawan yang beli gambar tu. Kalau aku, aku cemerlangkan dia dan kantoikan kawan-kawan yang beli gambar dia…kalau aku la…


  7. aku setuju dengan nizam ariff.pihak akademik patut puji kecekapan mamat tu.bisness dan belajar-sama2 pandai.


  8. cahaya.
    tak. pensyarah dia bagi markah sikit sebab dia jual gambar kat kawan2. hence dia dah galakkan kawankawan dia tak berusaha. ok. dengar macam tak logik, kan? haha.

    imran.
    itulah. derang baru lagi. tak pandai nak jadi licik.

    danni.
    huhu. seni la pula yang kena hukum, ya?

    ili.
    pensyarah dia bagi markah sikit sebab dia jual gambar kat kawan2. hence dia dah galakkan kawankawan dia tak berusaha. ok. dengar macam tak logik, kan? haha. tapi sebenarnya hukuman pensyarah itu pada student nih yang licik. ok. tak logik jugak.. haha.

    qarma.
    wahhhh. buleh eh? bagusnya dia dah ada bakat yang dikesan awalawal.

    nizam.
    itulah pasal. kalau saya pun macam tuh. tapi budak nih dah ignite satu situasi yang menggalakkan kwnkwn dia menipu.


  9. ji.
    hehe. tapi yang malas kawan-kawannya. erm. mungkin bukan malas tapi tak yakin dengan kebolehan sendiri.


  10. Oh macam tu ka? Hmm..student tu tak licik. Tapi, kalau saya pun saya jual. Boleh cover duit printing hohohoho.


  11. itulah pasal. tapi yang kantoikan dia, budak yang beli foto tu. kantoi masa presentation depan pensyarah. hahah.


  12. nasi tambah:

    di zaman kegemilangan Empat Sekumpulan (Gang of Four) Parti Komunis di China tahun2 70an, ada seorang pelajar gagal dalam peperiksaan universiti. Namun begitu, pelajar tersebut tetap dinaikkan kelas dan diberi penghormatan dengan alasan bahawa dia tidak sempat mengulangkaji kerana sibuk bekerja membantu dan menyebarkan propaganda bagi pihak Parti Komunis China.

    rasional juga alasannya. begitu juga timbangan logika pihak yang menerima alasan. walaupun falasi logikanya cenderung bernada argumentum ad verecundiam, kalau mampu mempengaruhi dan mempertahankan rasional, apa2pun dapat terjadi.


  13. kan ke sayang?kalau jual lepas dapat result tak bleh ke?hehe


  14. banyak ke dia dapat tu?


  15. sebenarnya sy cemburu dgn oportunis begitu eee


  16. semasa aku naif di kuala lumpur, 3.49 bagaikan air bagi aku. selambe jek. pastu hampas! tapi at least second class upper jugak akhirnya walaupun jobless. well, jobless is punk (pulak)!


  17. echo.
    nanti saya akan, balas di emel.🙂

    sukabeb.
    tujuan, derang beli tu untukh assignment sebelum result.

    tasik.
    ntah. takh sempat nakh tanya.

    qarma.
    ngeee. oportunis dan, kreatif gabungan, hebat.

    juna.
    erm. tak apa. adalahk nanti sumbangan, tu kat mana mana.


  18. Een, knape ‘takh’ dan ‘nakh’ dan ‘adalakh’?


  19. haha. ili yang observant.😛

    salahkan keyboard. oh. fesyen baru dalam ejaan melayu.😛


  20. Ohhh hahahahahaha. Okay noted.


  21. saya pernah digagalkan sebab saya tahu kawan tipu pensyarah dan saya diamkan.


  22. wani.
    oh. begitu sekali??



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: