h1

Seperti cuba meneka walaupun tahu jawapannya hanya ya atau tidak.

Januari 13, 2009

Sedikit catatan bukan reviu.

Kalau reviu itu dikatakan menulis tentang sinopsis cerita yang penuh dengan spoiler. Jadinya ya. Ini bukan reviu.

MALAIKAT MAUT: Arahan Bade Hj. Azmi

Dan rasanya jika ada penonton yang ketawa kecil sewaktu adegan serius atau sedih, filem itu agak malang kasihan. (Seperti masuk ke kelas lambat dan pengajaran sudah mula lebih 15 minit dan pelajar lain tepat memandang gerak geri kamu itulah. Serba tak kena.) Ok. Tidak relevan tapi mungkin berkaitan.

Dan, menyangka filem ini filem yang ada unsur unsur seram. Tidak juga. Subtle.

Dan mungkin filem seperti Bade yang terdahulu penuh subteks atau metafora. Mungkin juga.

Tapi yang ini terlalu mendesak atau berlumba-lumba untuk menyampaikan, makna atau mesej sehingga agaknya terlupa (atau terabaikan) pada cara penyampaian dan jalan cerita.

Dan mungkin, rasanya ini filem yang bagus bagi penggemar drama cerekarama yang setia berteleku depan televisyen setiap hari Sabtu jam 10 malam.

Ya. Ini seperti menonton sinopsis tiga drama cerekarama dalam satu filem.

Dan, seorang teman, sempat berbisik, adakah perlu untuk menyampaikan, mesej dalam penuh tragedi atau lara duka untuk mengajak audien merasa insaf?

Mungkin kalau kiblatnya Aristotle. Mungkin. Itupun tragedi untuk menggamit penonton turut sama berkerut dahi. Rantai sebab dan akibat. Kan Lea?

Tapi aku suka dengan cerita pertama. (Ya. Kadangkadang suka juga tonton drama cerekarama yang setia berteleku depan televisyen hari Sabtu jam 10 malam). Bukan pada keseluruhan jalan ceritanya tetapi pada kerja kamera dan juga mood dan ambience latar cerita pertama ini.

Suka mungkin juga kerana selepas 10 minit ya, wow, seperti dalam salah satu drama siri House Md. Ya lah. Episod dimana Dr House kemalangan (semasa menaiki bas juga) dan mengalami amnesia tak ingat tentang kemalangan itu tapi luar sedarnya masih tahu bahawa ada petunjuk tentang seseorang yang akan mati jika dia tidak bantu. Maka (secara luar sedarnya), seseorang ini sentiasa menghantui Dr House memberi petunjuk tentang siapakah dia dan sekali skala muncul dalam setiap mimpi atau luar sedar Dr House. Ya. Kalau begitu aku suka.

Dan ada juga adegan apabila tibatiba muncul babak seperti dalam Criminal Minds. Seperti kebanyakan permulaan cerita Criminal Minds dimana sekumpulan ejen ini akan ke kawasan tempat kejadian dan melihat suasana polis-polis, penyiasat, pemberita. Oh ya. Tidak lupa juga anjinganjing pengesan. Di sana juga.

Dan ya walaupun ratanya (teman-temanlah) tidak puas hati dengan lakonan si comel Lyana Jasmay, tapi aku tetap, wth, dia boleh saja terlepas walaupun watak stereotaip. Dia kan comel? (Zul, belanja ayam goreng!)

Dan sempat tertanyatanya mengapa mood setiap pelakon dalam cerita pertama ini sangat mellow. Ya. Hampir setiap.

Tapi bolehlah. Aku suka.

Dua buah cerita selepas itu sudah bercengkerama bercerekarama.

Tentang cerita kedua.
Dan aku rasa tidak perlulah terlalu redundan untuk menunjukkan kehedonan (gaya hidup bebas) lelaki orang putih? Mat saleh? Ok. Kita tahu ‘mat saleh’ minum arak. Ok kita tahu suka pesta seks. Ok kita tahu suka itu ini. Ok. Sekali dua aku rasa sudah cukup. Ya. Tahu. Sudah boleh menangkap ‘generalisasi’ terhadap bangsa Barat ini. Walaupun ada ‘orang putih’ yang tidak minum arak dan sangat religus, tapi hey, ‘orang putih’ kan sudah dicop begitu?

Dan rasanya jika si Farah mahu hidup bebas seperti itu, lelaki Melayu pun mampu beri. Ramai. Di Kuala Lumpur sana. Hey. Ini kan pasca moden.

Dan CGI itu? Ok tidak mahu komen lebihlebih kecuali adegan itu seperti menonton dokumentari tentang neraka.

Oh ya. Dan juga teknik flashback itu seperti. Seperti. Seperti. Seperti. Seperti ada nasi yang kita kunyah tidak hancur tapi terus telan dan tersekat di kerongkong. Ah. Apa apa ajalah.

Daya penarik cerita ketiga pula ialah Que.
Dan tatu di badannya.
Dan gig Black Metal.
Oh. Gig Black Metal macam tu rupanya. Barulah aku tahu kenapa pihak berkuasa tempatan sangat menentang keras Black Metal ini. Isy. Isy. Isy. (Adik-adik, jangan tiru di rumah)

Tapi seperti biasa. Filem Bade memang indah. Secara visual.
Mari kita tonton.

12 komentar

  1. ya ttg gaya hidup org putih yg hedo…org kampung sekarang pun hedo juga
    tak perlu ke kl…

    gig black metal…teruja betul. nak tengok mcm mana bade organize gig black metal sadurannya sendiri. ada org sembelih kambing mcm hari raya korban tak???


  2. Aku harap ceritanya lebih baik daripada Niyang Rapik. Kalau atk, aku akan sumpah.


  3. Salam Alina,

    Hmm….lama benar tak tengok Criminal Minds sampai dah ada pelakun baru ek? Nanti cuba tengok (kata cute😉 )


  4. Macam cerita Susuk. Belum klimaks, dah lompat. Eh? Hmm…Takpe kan ayat macam tu?


  5. Masa aku hadir preview filem Syaitan, Bade sudah pun iklankan filem Malaikat Maut (yang selepas itu dikeluarkan perkataan Malaikat).

    Cara penyampaian kedua-dua filem agak sama cuma Maut lebih ringan berbanding dengan Syaitan.

    Aku bagitahu ramai orang, kalau saksikan filem Syaitan, keluar untuk buang air, sambung masuk panggung….kita dah tak faham.

    Samalah dengan cerita ni tapi sekurang-kurangnya kalau keluar panggung isap rokok….masuk panggung masih boleh faham.


  6. Dah lama tak nonton – filem juga cerekarama
    Ketinggalan juga ni…

    Terakhir karya filem melayu = Pensil, tapi bukan juga dari orang melayu. Bahasa je…

    Nanti aku support lagi filem melayu.


  7. Bade punya cerita memang sukar dipahami.aku lum sempat tengok dan mungkin tak tengok dalam masa terdekat ni sebab isteriku hamil.beliau rasa cerita tu macam seram jek.hehee


  8. haha
    agaknya macam mana situasi gig black metal berkenaan?
    aku tertonton drama gerak khas dalam episod gejala punk.
    hmm..seram.

    joget2 keliling unggun api je. auwww…panaz!


  9. qarma.
    hehe. takdelah pulak semeblih kambing tu. tapi budakbudak black metal nih naik waja.

    nizam.
    maaf takdpt buat perbandingan sebab tak tengok sangat si rapik tu.

    shah.
    ya! orang baru! jangan lupa!

    ili.
    hehe. tak apa. interpretasi masingmasing.


  10. abg faisal.
    ya. syaitan saya tengok sampai 3 kali baru faham cerita. tapi tengok sekerat sekerat lah.

    imran.
    ya. support! malaysia indonesia kita support.

    sukab.
    hehe. jaga wife elokelok. erm. tak seram. cerita ni tak seram.

    juna.
    wah. punk ada eh berlari lari keliling unggun api??? wah.


  11. rebiu ini mengghairahkan! boleh?😉


  12. mulanya disogok momok ini bukan spoiler…
    ditengah si house dan minda penjenayah ditancapkan…
    memang orang suka bibir begitu, sedap dorang kata…
    tak sangka mat salleh yg selalu disinar pagi pun begitu…
    sempat juga telan dia nasi tu…
    sambil menghurai hari Que akan diherdik si Anas…
    secara visual rebiu ni seksi, boleh mcm tonton telenovela aspalela…



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: