h1

Gigi dua batang. Bukan nenek kebayan.

Januari 15, 2009

aisya

Sesuatu tentang di sini (atau mungkin tentang pelajarpelajar kontemporari yang ini) yang membuatkan rasa aneh dalam diri ialah mereka akan bersalam dan cium tangan. (Situasi ini hanya apply antara pelajar perempuan dan pensyarah/tutor perempuan saja ya.) Ok. Bukan juga aneh tapi rasa sedikit chuckle dalam hati. (Mungkin kalau di peringkat menengah itu rasa hormat cukup tinggi. Tapi di sini aku pun penampilannya sama juga seperti mereka. Hip, funky dan cool! haha.)

Jika di bilik pensyarah sewaktu sesi konsultansi tidak mengapalah. Jika jumlah dalam seorang dua. Atau mungkin tiga. Atau mungkin juga empat. Tapi jika di lorong lorong fakulti, hadapan pejabat fakulti atau di tengah jalan menuju kafetaria ditahan oleh pelajar (baca: kumpulan pelajar).

Sangat oh, wth. Tapi dengan senyum.

Sesekali terasa seperti pengetua sekolah yang sedang menyampaikan hadiah di atas pentas. Atau makcik garang yang lama tak jumpa tapi terjumpa di hari raya sedang beratur tunggu untuk beri angpau raya.

Tapi sangat sweet. Wth dengan senyum.

11 komentar

  1. Salam,
    Tiba tiba teringat saya kepada aksi Cikgu Bedah dalam filem Adik Manja di tahun 80an dulu🙂


  2. Semasa di SMSS dulu, abang PPI tu kata, “Dalam toilet tak payahlah bagi salam!!!!!”

    Ha ha.


  3. Aku bab pegang-pegang sesama jantina ni terasa semacam…
    Mungkin sebab Tuhan telah menjadikan kita berpasang-pasangan, selayaknya pasangan kita lain jantina…


  4. salam salam cium tangan? aku suka hahahaha!


  5. terasa tua tak? hehehehe….


  6. nk tmbah skit….ader jugk lecturer yang umor baru 20-an dah kne panggil mama dgan ‘anak-anaknye yang muda 2.3 tahun…huk3….


  7. Cuba bayangkan, setiap kali habis kelas saja, semua berpusu-pusu bersalam cium. Hahah.


  8. buat memo.

    “SALAM TAK PERLU CIUM TANGAN”
    SAYA BUKAN PEMIMPIN POLITIK.

    aku dapat bayangkan suasana tu.memang wth!


  9. Seperti kata Tasik. Ya, saya terasa tua orang lain (bukan ahli keluarga) salam dan cium tangan saya.

    Tapi, saya cium tangan mak Vovin masa salam ngan dia. Ha ha ha


  10. naz.
    saya rasa tak pernah tengok filem itu tapi rasanya sudah ramai yang perkatakan.

    abg naga.
    haha. itu pon ada juga kisahkisah lucu semasa di asrama.

    nizam.
    haha.

    artozy.
    ya. ya. memang suka.

    tasik.
    ya. tapi tak juga. lainlah kalau berbaju kurung.

    bainun.
    hahahahaha. itu ‘kahwin’ muda!

    atiqah.
    itulah tu. yang student lelaki pon macam teragak agak.

    ji.
    haha. eh tak boleh. nanti kecik hati diorang.

    nida.
    oh kalau orang tua tidak mengapa. saya pon selalu juga.


  11. Respect tu Alina. Seharapnya ia dari respect. Bukan trend. (seperti adik saya yang akan mencium permukaan atas tangannya sendiri bila bersalam dengan saya). Urgh.



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: