h1

Taakul? F dengan capital letter.

Januari 18, 2009

Jumaat lepas, dua minggu lepas diadakan satu forum tentang Palestin. Tajuknya: NOT JUST ANOTHER WAR: MYTH AND REALITY IN OCCUPIED PALESTINE

Antara ahli panelnya ialah Dr Rosli,  Prof Gurdial, Hisham Rais dan Dr Farish Noor.

Ok.

Tahu benar tentang banyaknya forum diadakan tentang isu Gaza. Sekian lama. Walaupun begitu, aku tidak pernah menghadiri sebarang forum tentang isu ini. Tetapi yang ini ingin sangat aku pergi. Yang ini aku tertarik bukan kerana topiknya tapi lebih kepada panelnya iaitu Hisham Rais dan Dr Farish serta pihak penganjur. Bila lagi mahu lihat kerjasama tiga pihak ini ya, selain yang ini, untuk topik yang ini juga?

Hasilnya?

Memang menarik. Kalau aku bagai kain putih ke forum tersebut, pasti sudah tercalit warnawarna apabila sudahnya mendengar forum. Banyak membuka mata dan hati. Mendengar dari mulur mereka sendiri tentang isu Palestin ini sangat lain atau lebih puas, kiranya jika hanya sekadar google atau melihat dokumentari di televisyen atau youtube.

Dr Rosli membentangkan fakta sejarah tentang the so-called ‘negara’ Israel ini. Manakala Prof dari UM itu pula banyak memperkatakan tentang dari sudut undang undang peperangan.

Dan berkali kali Hisham Rais memberi penekanan, ya berkali kali bahawa isu ini sebenarnya bukan isu agama tapi isu penaklukan. Dan isunya bukan tentang Yahudi tapi tentang Zionis.

Dan berkali juga dia memberi penekanan bahawa terlebih dahulu tentangilah zionis secara lokal. Atau lebih tepat, tentangilah ‘zionis’ lokal ini. ‘Zionis’ yang ada di negara ini. Sifat sifat zionis katanya ada di negara ini iaitu merampas tanah, opres, agres, ISA. (Dengarnya ada sekumpulan ahli Parti Politik yang memprotes keluar dewan apabila Hisham memperkatakan tentang ini di sebuah forum Palestin di Pualu Pinang)

Ya. Hisham Rais sangat loud.

Selepas itu.

Dan menyangka bahawa Dr Farish cuma lagenda momokan golongan intelektual. Sebelum ini pun, hanya membaca tulisannya sahaja. Dan kali ini sudah mendengarnya. Sendiri. Ah. Jatuh cinta. Dan mata yang tadinya menahan kebil kantuk. Kini terasa boleh saja duduk ternganga mendengar bebelannya di depan. Ya. Sudah jatuh cinta.

Fasihnya dia!

Dan kata kunci Dr Farish ialah ‘common’ common sense. Ya. Ada pengulangan perkataan common di situ. Dan sanggahan hujahnya tentang pandangan liberalis. Oh, dulu aku fikir dia seorang liberal). Ya. Tentang alasan liberalis yang begitu mengambil jalan selamat dan lambat dalam membuat keputusan tentang sokongan yang diambil. Tentang membuat justifikasi tentang serangan Zionis dan yang paling ingat, katanya economic boycott is very powerful indeed. Europeans are very afraid of this boycott. Dan kalau kita mahu, buat saja. Relevannya pada diri sendiri.

Katanya lagi, biarpun selemah mana bom yang diberi Hamas tapi tidak lah boleh memberi justifikasi atas sebab dan alasan Zionis menyerang. (Perkara ini juga ditekan oleh pensyarah dari UM iaitu apabila ada tayangan video yang menunjukkan bom yang dihantar seolah olah dapat lah kiranya mengelak. Dan kiranya bom itupun cuma kesannya hanya suam suam kuku) Kerana katanya hak untuk melindungi dan membuat serang balas semestinya dibolehkan tapi bukanlah kiranya membuat alasan itu selepas mengambil dan merampas tanah orang lain.

Kurang lebih begitulah. Kan Daniyal?

Satu yang amat lucu baginya apabila penjajah tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam. Di tanah orang yang dijajah. Aku kira itu ironi. Jika ikut nada Adlin Aman – Kau rampas tanah orang, tidur dalam rumah orang yang kau rampas, pastu kau komplain pasal kau dan kucing kau tidak boleh tidur malam terganggu dengan bunyi bom, maka padanlah muka! F dengan capital letter dan middle finger!

Dan.

Dan malam itu sememang aku sudah jatuh cinta. Berkali kali. (Bukan dengan Hisham. Tapi dengan Dr Farish. :P)

Oh. Isu Palestin? Ok. Ok.

Dr Farish ada bincangkan selanjutnya di sini. Yalah. Tentang rasional boikot. Tentang rasional ketidakrasionalan liberalis. Dan tentang yang rasional lainlain juga.

11 komentar

  1. Wah…membaca ini sudah mendapat insight.
    Wish boleh join, tapi masih tak kuat (stabil).


  2. Dr Farish? Saya cuma tau dia hensem ja. Kiki.


  3. Oh buku dia belum habis baca.


  4. imran.
    tidak apa. tapi memang rugilah kalau tidak dengar dr farish. saya mahu cari video forum itu, kalau ada.

    atiqah.
    hehe. dia memang hemsem!! haha.

    ili.
    ya. sila habiskan. dia laksamana sunan versi akademik.


  5. ya! betul2! haha!


  6. Dan kalau kita mahu, buat saja. Relevannya pada diri sendiri. -TEPAT SEKALI!


  7. dah baca Farish Nor punya article..phew! dari penulis dan pemikir hebat.memang best!


  8. Ye ke?….
    [nada jeles]


  9. setuju.
    ianya bukan mengenai isu agama. ia adalah mengenai penaklukan. dan kemanusiaan. puncanya bukan atas bangsa atau agama yahudi, tetapi ideologi zionis itu sendiri.

    sebab tu aku tak follow sangat rapat-rapat umum atau demonstrasi mengenai ini di sini. sebab ianya diadakan atas dasar agama. apa kalau orang palestin tu bukan orang islam, kita tak sokong ke?


  10. dani.
    betul aje.😛

    ji.
    itu baru baca artikel. belum dengar beliau bersembang lagi. pergh.

    nizam.
    iya. hehe.

    shahril.
    setuju. itulah pasal.


  11. Thanks Alina…nasib baik lah ada awak yang rajin berkongsi ilmu dengan kami-kami yang tidak berkesempatan ini. Alhamdulillah….(walau, jelesnya anda dapat hadir melihat Farish)😉



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: