h1

Dunia ini tidak berkisar tentang diri kamu sahaja.

Januari 27, 2009

Dan pada hari itu kamu terasa bahawa hidup ini
sungguh fcuked up dan rasa mahu berlari sambil
menjerit di tengah jalan. Momen yang palat. Dan rasa
seperti oh kenapa dunia atau mungkin dia mesti
lakukan begini terhadap kamu dan setiap hari
duduk di sudut dan menangis. Dan menangis.

Dan menangis.

Dan mula salahkan semua orang dan salah diri
sendiri. Penafian diri. Salahkan mungkin Freud
dan Jung yang cipta libido dan depresi. Dan
merasakan bahawa setiap lagulagu di utube
adalah tentang kamu. Dan setiap muvi yang
kamu lihat paparkan kisah kecewa kamu.
Dan murung. Dan sadis. Meratap ratap sedusedan.
Dan mula meracau racau tentang pilpil dan
minuman beracun. Dan mungkin juga pisau
dan pergelangan tangan.

.

.

Well.

.

.

Get a life dear.

25 komentar

  1. aku masih cuba untuk get a life tapi peristiwa hitam sering membayangi aku.


  2. matahari pun gerhana turut bersedih.


  3. wah… nada seperti suicide note


  4. “Mengapa ada sang Hitam, bila putih menyenangkan”

    Kala hitam,
    Seolah alam telah menghukum
    Seluruhnya

    Cukuplah macam tu je…

    Simpan tangan itu
    Guna kejap-kejap nanti
    Bila putih datang menghulur
    Tarikmu dari jurang hitam


  5. Mungkin kamu boleh cuba menangis dan menangis terus, dan kumpulkan setiap titis air mata itu.

    Apabila saja nanti ia menjadi takungan, mungkin waktu itu kamu akan lihat berapa ukuran usia yang telah kamu sia-siakan percuma untuk air mata itu, dan lalu kamu akan jadi lupa pada pil-pil, dan minuman beracun, dan pisau, dan pergelangan tangan, dan dia.


  6. Aku rasa itu bukan kamu, betul?
    Kamu bukan begitu, betul?


  7. Macam aku..


  8. :: macam aku gak…


  9. jika dunia bercerita tentang cerita aku, dunia pasti menceritakan watak kamu juga.
    watak kamu yang diceritakan oleh dunia adalah sebahagian cerita tentang aku.
    jika dunia bercerita tentang watak kamu sedang menangis, mungkin disebaliknya adalah aku yang ketawa angkuh.
    mungkin~


  10. hahah..itu adalah kehidupan.


  11. begitu panjang dan sedih perkisahannya…
    get a life dear-hanya sebaris jalan penyelesaianya.

    jgn pening2.jgn susah2.
    nice one!


  12. kadang-kadang aku juga menangis.
    itu terapi terbaik untuk pujuk hati aku yang gundah.


  13. tak pandai bermadah…

    hidup memang macam tu.. kalau ikutkan rasa sakit memang sakit tu akan menular ikut darah kau jugak..

    sekarang ko senyum..!! senyum..!! senyum..!! aku paksa ko!! hehehe..


  14. kanapa malu saat menangis? padahal itu akan meringankan sedikit beban kita…

    apalagi dalam segi kesehatan juga dianjurkan agar mata tidak menjadi kering😛

    *oot nih kayaknya*


  15. treante.
    oh. sudah turun ke bumi?🙂
    bukan. bukan malu. tapi cengeng. terlebih menangis sampai bengkakbengkak mata tidak hirau orang sekeliling.
    menangis sekali sekala tidak salah. dont bottle up, kan?
    *kayaknya apa ya?*

    mira.
    fyi, entri ini bukan tentang aku loh. aku kan sentiasa aja senyum!🙂
    ya. betul. menular dalam darah.

    addy.
    tidak apa kadangkadang perlu menangis.

    ji.🙂. biasa aje. suka perhati orang. tapi kadang2 kita diperhati.

    serigala.
    ya. hidup itu kehidupan juga.

    ayoi.
    bagus statemen kau. macam jumpa cermin dalam cermin.

    azmi.
    ah. kau memang.


  16. Wah! kamu! aku suka!


  17. ili.
    betulkah? tidak bukan? ili kuat.

    nizam.
    haha. fyi, entri ini bukan tentang saya loh.

    indra.
    erm. mungkin. tapi kalau dah jadi takungan, bukan dapat lihat hidup, tapi lihat cerminan diri sendiri. kan?

    imran.
    tapi iyalah. manusia kan suka pada tragedi. berada alam emosi gelap. tak gitu?

    qarma.
    eh harapnya bukan suicide note, tapi perliperli nasihat note. huhu.

    tok.
    gerhana itu perlambangan untuk sedih kah?

    tidak selalu cerah.
    kalau begitu, cubalah hakis. atau kikis. atau pergi aje ke klinik buat penghapus memori.


  18. dani.
    suka?? suka apa?


  19. Sapalah mamat tu, gila tak best kan? langsung tak macam aku


  20. hujan adalah bintilbintil air yang tawar.


  21. sial. pada sedih.


  22. stam.
    ya. kau memang best gila!

    abg naga.
    kalau hujan di kota, buakn air tawar lagi dah.

    art.
    ya.


  23. Ingatkan entri ini pasal kamu. Jika bukan alhamdulillah. Jika ya, mahu saja aku memelukmu dan mengatakan you’re gonna be ok. You have to be ok. You wanna be ok.🙂


  24. Freud & Jung… mereka patut masuk asilum, untuk temankan manusia-manusia patah hati.

    Hahaha…


  25. kak intan.
    ya. bukan tentang saya. tapi apapun, terima kasih untuk peluk. oo

    tafteh.
    huhu. manusia patah hati yang masuk asilum. konfem asilum penuh dan kena bina lagi.



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: