h1

Belon lateks dan gulagula lolipop.

Februari 1, 2009
  1. Nikmati sunyi dan lapang. Nikmati sepi dan bernafas, inhale-exhale. Nikmati cerah terik dan bunyi kipas, bunyi angin, bunyi enjin kereta di jalan raya. Puas.
  2. Maka janganlah lagi panggil Zulkarnain ku itu, Alexander.
  3. Dan tragedi yang sempurna ialah apabila berlaku kematian. Mungkin bukan sempurna, tapi mutlak. Ya. Mutlak.
  4. Dan kamu ialah tragedi aku yang paling sempurna.
  5. Tidak memilih (diam) itu ertinya telah membuat pilihan terhadap kekejaman. Penguasa agresor.
  6. Jika tidak hanya jadi tolol. Tolol dan jumud. Berkatakata seperti burung kakaktua yang duduk bertenggek di palang. Dan tukar siaran. Semi paradoks atau semi sinikal. Bergelumang dengan yang itu hingga dunia pun mengejek ejek.
  7. Siapa yang sudah tandatangan surat perjanjian dengan Tuhan, sila duduk senyap. Dan pergi jauh jauh.
  8. Kadangkadang perlu untuk butuh pada keterlambatan. Supaya dapat menangkap visual gerak perlahan dalam jeda masa. Tiktok tiktok.

13 komentar

  1. Hmmm…Da Vinci masih belum tamat. Dengan visual gerak perlahan seperti katamu… 2468101214…why? why? why? Read between the numbers.

    Kamu suka yang ganjil? Kenapa tidak suka yang genap berpasangan?
    Ganjil? Ganjil? Kamu suka yang ganjil…oh! kamu suka akan keganjilan.
    Satu itu ganjil. Ganjil itu mutlak. Kenapa mutlak?…oh! kematian itu mutlak.
    Kamu tulis kematian kerana mutlak itu pasti.
    Oh! Mati itu memang pasti dan ianya sepi sekali.
    Kamu juga tulis sepi. Ya..mutlak, mati dan sepi (3 kata).
    Ada 3 kata. Dan ianya ganjil…masih ganjil, sama seperti kegemaranmu.

    Dan yang no.3? Oh! Kamu pertahankan Zulkarnain, bukan Alexander. Kamu memiliki Zulkarnain, bukan Alex and Er…
    Milikmu Zulkarnain. Ambillah dia
    Dan jangan ambil si Penguasa Agressor itu!


  2. tik tok, tik kitik kitok, tik tok, tik kitik kitok (repeat till fade)


  3. nizam.
    wah. dalamnya kamu kupas. erm. hampir tepat. sebenarnya yang void itu ada juga patah perkataan. tapi nantilah. tibatiba sudah hilang. dan tidak. ini bukan fibonaci. sebab tidak berganda. cuma ada. tiada. ada. tiada. itu saja. kan. dan sememangnya. tengah bersiap untuk mati dan hidup semula. sepi dan bising semula.

    abg naga.
    berapa kali nak tunggu fade? sampai kejung?


  4. kenapa nombor-nombor genap tidak diselangkan dengan kata-kata. Adakah kerana genap sudah lama dan makin bosan menjadi dirinya dan lama-kelamaan dia sendiri mahu berubah menjadi ganjil. Panjang tak komen saya? :-p


  5. inche naga,

    bukankah itu lagu dari pertandingan lagu kanak-kanak di rtm tahun2 80an?

    tik tok tik kitik kitok
    bunyi jam di dinding rumahku
    tik tok tik kitik kitok
    masa terus berlalu

    belajar bermain
    masanya tak tentu

    tra la la tra la la
    tra la li tra la li
    tra la lu tra la lu
    aku riang selalu

    tik tok tik kitik kitok
    bunyi jam mengejutkan aku.


  6. Salam
    Setiap kali ke sini saya kagum dengan kebolehan kamu menyusun kata kata yang sungguh indah dan dalam maknanya. Saya sendiri hanya boleh mencoret itu ini yang tidak seberapa.
    I’m learning..I’m learning!

    Dan ya! lagu tiktok itu pernah kami belajar di sekolah rendah dulu😀


  7. Echo,
    Ya. Lagu tu ciptaan Encik Khairil Johari Johar rasanya.


  8. hurmmmm..


  9. Salam Alina,

    No 13 tu…terlalu ramai – termasuk tukang komen ni – yang sering lupa.


  10. dani.
    ya. ya. cukup panjang. hee.

    echo.
    ya. saya ingat lagu itu ada diajar waktu tadika dulu.

    naz.
    terima kasih. saya pun ada blajar dari akak juga.

    wolf.
    ahaa.

    abg shah.
    ya.🙂


  11. pasti. yang zulkarnain itu bukan alexander.
    dua insan berbeza.


  12. ya. itu pasti.


  13. aku masih dalam proses berfikir….



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: