h1

Payung.

Februari 6, 2009

Semalam ada sesi jalanjalan cari makan. Ke Ipoh. Saja mahu cari mee udang. (tapi tak suka makan mee pun). Atau nak jalan jalan ke Gerbang Malam.

Dalam perjalanan. Hari hujan. Dan sebenarnya Hujan kumpulan fitur dalam Indie Rock Darling.

Tapi si Zul asyik sebut pasal Kudeta. Kudeta. Coup d’etat. Ntahlah. Aku tak faham bahasa bahasa Jerman ni. Aku hanya tahu 4 setengah bahasa.

Lepas itu si Hada pula cerita pasal sejarah. Pasal Sultan Mahmud mangkat dijulanglah. Pasal Raja Jembal lah. Puteri Gunung Ledang yang dia nak tonton malam inilah. Entahlah. Aku tak arif sangat sejarah lamalama ni.

Dani pula sibuk bicara pasal sosialis. Komunis. Dan tentang perjuangan rakyat. Dan aku pun tak tonton lagi Lelaki Komunis Terakhir tu.

Aku lapar.

24 komentar

  1. Payung?Payung kertas?Payung emas atau payung kuning..

    Enak jika jadi tuan punya payung kuning itu ya…


  2. payong koyak?


  3. HA HA. Lain kali makan dulu sebelum pergi.🙂


  4. kaklily.
    entahlah. nak kata kuning betul, tak pulak. macam ada tompoktompok sikit.

    rahimin.
    bukan koyak lagi dah. rabak terus.

    abgnaga.
    haha. itulah tu. berkejarkejar lupa nak makan. lastlast makan kul 1 lebeh. itupun makan kerang rebus, satay, yong taufu, mihun. nak carik makanan specialty ipoh, kedai dah tutup.


  5. saya ada CD Lelaki Komunis Terakhir. mau pinjam? hehehehe.


  6. Awww.

    Ipoh makan enak.


  7. :: aku nak jalan jalan… aku dah muntah keje…


  8. che’ alina,

    (kalau tidak salah) kudeta (terjemahan-sebutan bahasa Indonesia) itu kata Perancis, dan bukan Jerman. sebutan versi kita: rampasan kuasa.

    Linguistically, coup d’état is French for “a stroke of state” (coup [blow], d’ [of] état, [state]).[1] Analogously, the term also is casually used to mean gaining advantage on a rival, either by a group or a person, e.g. an intelligence coup, boardroom coup.

    Although the coup d’état has been used in politics since antiquity,[2] the expression itself is relatively new. Per the Oxford Dictionary, it is a French expression (literally ” a state blow” ). In 1646, James Howell first used coup d’État in his book Louis XIII[citation needed]. It’s first use in England was in 1811, referring to Napoleon Bonaparte’s overthrowing of the Revolutionary Directory in 1799.

    …wikipedia.org


  9. Ipoh hampeh. Tak best. Tak ada satu pun objek yang bernaung di bawah langit bandar (raya?) Ipoh yang boleh dipanggil “best”.

    Saya orang Seri Iskandar, bukan Ipoh, aaaa…


  10. wah, ini pergi Ipoh nih nak menyertai gerombolan ‘orang-orang’ disanakah?


  11. dani.
    heeee…. nak!

    M.
    dimana yang enak tu?

    ex.
    jom! jom masuk hutan.

    echo.
    heeee… saya tahu itu. cuma watak ‘aku’ ini seorang yang ignorant. hehe. terima kasih untuk info. seperti selalu.

    nazri.
    ya. perak memang tak best.

    wolf.
    ya. ya. ya. dan agenda menghon kereta.


  12. alina,

    aku = alter ego-lah itu!

    seperti selalu. terlalu lurus. betul bendul, kata orang kita.
    membaca yang transparan. makna literal. tanpa hijab.
    tanpa apa-apa.

    therefore, memegang maksim orang pesimis, selamanya:

    ignoramus et ignorabimus.

    atau cuba memujuk hati; belajar menjadi yang normal-normal sahajalah seperti pakcik sokrates kita:

    hen oída hoti oudén oída.


  13. Wah, macam krisis Payung Kuning kat Perak

    Harubiru perjalanan kau!


  14. Entah kenapa, aku tak suka orang heret sama Payung Kuning dalam kancah busuk politik yang nak kembungkan perut dan poket masing-masing. Aku orang Perak, tapi entah kenapa, kebelakangan ini aku tak suka orang Perak.


  15. Een, ada satu tempat kat Ipoh(tak ingat kat mana, kat Dataran kot..), dia ada Laksa Goreng. Pelik. Bila pandang sekali macam cacing. Tapi sedappppp..


  16. Ya Che Ili.

    Dataran MBI. Dekat dengan parkson.

    Ya, ada laksa goreng. Boleh tahan juga. Tapi saya goreng lagi sedap.

    Tempat tu dulu sepi je. Awal2 hanya tempat orang main kereta kontrol.

    Sekarang bapak meriahnya.

    Eh, ni blog saya ke blog che Alina.


  17. peh. kalau aku join sekali aku nak bercakap soal mawi, siti nohaliza dengan wartawan mastika. pasal isu blek metel tu.


  18. teringat char koew tiaw shell kat SP. dah lama tak balik kampung.


  19. cik ke che? Alina,
    lepas ni dtg sek 7, s.alam je la. makan char kuew teow. dah tau tempatkan.
    ajak la si addy tu sekali. takkan nak makan char kuew teow, kena balik kampung!


  20. Salam Alina,

    Hmm…payung ek? Den ni BM agak teruk sikit pasai, yelah, darah campurankan, apa nak dikato? (Jawa + Melayu)🙂 Tapi ni ada satu Q: Sekaki payung ke, sebatang payung? Kena jawab dulu, baru den bori hadiah.


  21. Ye lah. Kalau dah lapar, semua pun jadi tak fokus. Huhu.


  22. jauhnya sampai ke ipoh.


  23. losokan visual ayat2 pintar bicara enak syadu..kali pertama tonton jatuh cinta mcm ‘hare’..klu bisa jadi kawan..lawat2 sarang site ya..http://intihadminorku.blogspot.com/


  24. echo.
    mungkin ya. mungkin juga tidak. bukankah ramai yang menulis fiksi? blog ini juga sy kira boleh dianggap sebagai fiksi. pakcik sokrates kita memang bijak, kan echo.

    imran.
    huu. tidak haru sebenarnya. sedikit biru, tapi tidak haru.

    nizam.🙂

    ili.
    oh ya ka? kawan saya budak ipoh cadangkan makan mi kicap. tapi saya tak suka makan mi. haha.

    vovin.
    ya. ini blog saya encek vovin.

    juna.
    pergh. patutnya aku ajak kau eh!

    addy.
    oh situ char kuetiau nya sedap ya? boleh cuba.

    aie.
    aish. seksyen 7 ada char kuetiau sedap ke?? setau saya, pak li adalah.

    salam abg shah.
    kalau payung.. er.. seorang kot. haha.

    atiqah manis.
    hehe. ya betul.

    tasik
    dekat aje dari tanjung malim nih.

    limau.
    buleh aje dong. dan nice rendering!



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: