h1

Tunggu sekejap. Mahu curi waktu untuk update blog.

Februari 23, 2009

Ya. Itu memang tajuk bombastik untuk ‘sibuk’ walaupun sebenarnya tidak lah sesibuk mana.

Ya juga. Terpaksa jadi pencuri untuk susun jadual acara yang berebutrebut datang. Ya, ada acara yang tidak bersuka ria. Seperti ini. Membuat design poster fakulti. Dan ya, tugas aku di sini sangat multitasking dan multiflexible. (Wah. Sempat lagi aku meng-italic-kan kata bahasa asing)

posterOL

Dan sempat juga aku membuat prakata untuk bukukopi (yang sempat juga aku buat buku itu) Penyelidikan Puteri Sakdung di sini.

img_3388

Setiap sebab memerlukan akibat. Setiap gerak, memerlukan tunjang untuk berdiri. Oleh itu, sebermulanya penyelidikan ini berpunca daripada anjakan menyelami dunia bangsawan sebenar. Juga berharap agar melalui penyelidikan yang kualitatif, terhasillah suatu pementasan berdasarkan fakta yang terpateri. Bukannya sekadar semberono di hati.

Mengikut ceritanya yang ditutur turun temurun: dalam garis gerak langkah bertingkah, suara merdu beralun kata, dalam gemalai menyusun langkah, Sang Puteri tegar gagah menghayun senjata dan menikam rasa kesetiaan yang dinoda. Biarpun kasih bagai jemala di dada, namun pengkhianatan lebih daripada segala. Merusuh jiwa lara, pedih dikhianati. Dendam.

Telah sekian lama kisah ini diperdengar, dipertonton, dan dipersembah dalam gerak dan cerita berbeza, maka penyelidikan ini mengumpul semua episod-episod dan versi-versi berlainan dan menjadikannya jitu dalam kesempurnaan yang sungguh menikam kalbu.

Justeru, penyelidikan ini juga bukan sekadar pengkisahan tragedi pujangga dahulu tetapi juga sebagai galian terhadap budaya yang berakar di Tanah Serendah Sekebun Bunga sejak dahulu. Di mana warga bertewah, malam bersembah adat dan siang menyuburkan bumi. Juga terhadap bangsawan yang menjadi akar budaya, tidak dilupa.

Sepanjang penyelidikan ini, pengalaman menjejaki Sang Puteri ini juga seakan memberi suatu restu berinai yang memungkinkan suatu realiti diangkat sebagai pengkisahan yang sebenarnya daripada konteks fakta jauh daripada fiksi. Penyelidikan tentang bangsawan itu sendiri, tentang busana, ruang istana dan sebagainya. Pengalaman ini juga meyakinkan bahawa persembahan yang diangkat ini bukanlah sekadar suatu omongan penglipurlara tapi tetap bersandarkan pada dasar kisah yang ampuh dari ruang jeda masa yang lalu.

Selepas kisah dikukuh, maka bermulalah proses melakar dan menjelmakannya dalam realiti. Pencarian watak-watak Orang Muda, Seri Panggung dan juga watak sampingan yang lain bukanlah suatu hal yang mudah. Juga penghasilan rekaan panggung, hiasan diri dan busana serta hal remah yang lain tetapi masih sesuatu yang penting dalam menghidupkan bangsawan.

Justeru pengalaman gerak kerja ini juga dapat mencipta dan melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaan terhadap penghasilan bangsawan ini. Pengalaman ini bersatu dan melahirkan perasaan estetika yang menjurus kepada penghayatan dalam penghasilan suatu karya seni.  Inilah liuk lintuk awan larat. Inilah liuk lentuk penari yang gemalai. Inilah juga liuk lentuk kisah yang diangkat berpada-pada. Liuk lentuk bangsawan yang diangkat martabatnya.

Hasilnya? Kepuasan. Dan juga keyakinan bahawa Bangsawan Puteri Sakdung ini mampu mencapai tanda aras yang memungkinkan penghasilan yang lebih baik pada masa hadapan. Diharap juga dengan usaha pementasan ini dapat menjelaskan tentang peri pentingnya memulihara dan memartabatkan warisan seni negara khususnya bangsawan yang menjadi akar pada kebudayaan tempatan.

Oh ya. Kisah Puteri Sakdung ini sangat menarek. Mungkin suatu hari nanti akan aku cerita.

Kredit foto: Hada.

7 komentar

  1. sibuk la awk ni. hehehehe.


  2. Oh, memang sibuk…


  3. ‘tidak’ dengan ‘lah’ kena rapat! italic boleh buat, rapatkan takkan tak boleh buat… ngeh ngeh ngeh….


  4. sibuk? untuk entry sepanjang ni ngeh..ngeh..ngeh..sibuk macam abg naga kita tu *SOME TEXT MISSING*hahahah!


  5. Kisah Puteri Sakdung~mcm besh je…


  6. kenapa masa pementasan Puteri Sakdung di KL minggu lepas awak tak ada?

    Saya teruja dengan projek muzik yang dipromosikan UPSI tempohari


  7. dani.😛

    nizam.
    taklah. saja buatbuat.

    abgnaga.
    hahaha.😛 itu stail. stail!

    kaklily.
    haha. ini kopi pes saja. senang dan cepat.

    dak ijau.
    ish. memang best.

    nida.
    ada program lain. lagipon dah tengok masa pementasan kat sini. projek muzik apa ye??? aha. sy pon terfikir, mesti nida pon ada di panggung tu, kan?



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: