h1

Tunggu pemilihan untuk lihat siapa yang dipilih. Momen besar negara? Tengok siapa yang main shuffle.

Maret 15, 2009

Tidak tahu kenapa, tapi pertama kali dengar lagu Yuna di radio selepas arrangement muzik penuh, aku kecewa. (takdelah kecewa sangat, cuma nak dramatik :P). Muziknya terlalu mellow dan temponya di perlahankan. Rasanya aku lebih suka muzik tempo laju versi gitar akustiknya.

Jadi, semalam apabila dengar arrangement muzik lagu Dan Sebenarnya yang digubah oleh Acis, dinyanyikan oleh Aishah, aku seronok (tapi takdelah seronok sangat, saja nak dramatik). Ha! Baru catchy. Lirik dan muzik saling kontradiksi. Aku suka! Oh ya. Ini tentang Akademi Fantasia 7 tu! Bukan Aishah & the Fan Club.

Tak kira, walau apa yang dikata tentang AF ini, aku tetap terhibur nonton. Terutama yang 7 ini. Lantak.

Aku lihat semasa di diari (TERtengok.. hee), penampilan bebudak ni lebih kepada gaya bebudak indie. Dan ada beberapa yang punya band muzik di luar. Rupa-rupanya baru ku tahu, antara juri pemilihan ialah Edrie Hashim. Patutlah!

Tapi terhiburlah. Pada malam minggu.

10 komentar

  1. adanya AF membawa maksud aku perlu berebut tv dengan ahli keluarga. Bola ke AF? AF ke bola.
    Huh!


  2. wahahahaa aku terpedaya dgn tajuk di atas
    asumsi psl prk akan dtg dan siapa lompat lagi

    siapa aishah?


  3. pst.pst.tak tengok. Memang bukan peminat AF pun. Tap kalau ada gaya-gaya indie,kepingin nonton ahaa!


  4. Aku memang fanatik AF.

    Alex Ferguson ok.
    🙂

    nway..bila tgk mereka nangis2 tu buat aku tumbuk bantal!
    layan diari sebab suka tgk mereka berlakon dan ada sarimah yg super hot!
    haha


  5. ya. edry hashim cool kan kak.
    saya selalu angan-angan punya rambut macam dia.

    rasanya rita rudaini pon kalah. haha!


  6. Aku tengah pikir, apa kaitan tajuk entry dan AF ni, dan lagu dendangan Yuna…. Tak ada! hahahaha


  7. pemenang AF = dipilih
    momen besar negara = AF selalu jadi hebohan media
    shuffle = aril dengan sapa ntah sorang lagi tu main shuffle kot kan?

    tapi AF7 kali ini aku rasa audition team dia did well.
    kita tengok aje nanti…


  8. shahril.
    haha. umah kitorg ada 4 tv. sebab semuanya berkepentingan, taknak berebut remote.😛

    qarma.
    eh. tajuknya betullah kau punya asumsi itu. aishah tu salah seorang peserta af7.😛

    kaklily.
    cubalah tonton. mungkin kali ini lebeh menarik. dah tak ada dah dramadrama sambil nyanyi tu. lebih sempoi.

    ji.
    setakat ni belum ada yang nangisnangis. ah. kau kalau team bola kalah, kau pon nangis kan???

    addy.
    hahahahhaha. serius??? cubalah.

    nizam.
    heee.. ada lah!😛

    imran.
    ah. aku tahu kau seorang penggali!

    ai. kau pon tengok konsert af7?


  9. 1) aku setuju dengan kamu dimana untuk lagu Yuna iaitu dan Sebenarnya untuk versi EP itu adalah kurang catchy dan tidak masyuk kalau nak dibandingkan dengan versi demo yang lebih rancak dengan hanya petikan gitar. biasalah bila dah masuk ke mainstream, passion untuk sesebuah lagu itu turut berubah. so, sifat dan karakter untuk lagu tuh pun turut terjejas.

    2) AF 7, sama seperti dengan AF sebelum-sebelumnya. mereka itu semua akan hilang dalam arus perdana. lambakan realiti show akhir-akhir ini sudah makin menjadi-jadi dengan media prima memperkenalkan realiti show nya iaitu OIAM, Mentor dan sebagainya. akhirnya, bakat seseorang itu akan tenggelam dengan sendirinya.


  10. dengar lagu yuna tu teringat aku kat anna rafali



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: