h1

Dan apabila semburan asid jadi seperti satu trend. Oh negaraku tercinta!

Maret 25, 2009

Rumah aku di belakangnya hospital. Jadi kawasan sekitar rumah di sini jadi tempat untuk parkir percuma tetamutetamu hospital. Dan juga nursenurse berbaju pink.

Suatu petang kakak iparku menyapu daun kering cokelat di luar laman rumah. Oh ya, dia memang rajin menyapu dosa pagi-petang-siang-malam. Tibatiba ditegur makcik jiran sebelah rumah. Tidak. Makcik itu tidak pula menyapu daun kering cokelat di luar laman rumah. Cuma mengangkat pasupasu bunga pengisi ruang kosong di depan pintu pagar rumah. Untuk elak tetamutetamu hospital dan nursenurse berbaju pink memarkir kereta di depan rumahnya.

Makcik itu lagak penuh ceria tapi tetap mengeluh laman depan rumahnya dijadikan tempat parkir percuma.

Dan pada detik ketika dia berkatakata klimaks ingin mengadu:
– dan kereta hitam ini pun selalu parkir depan sini!
(sambil tuding kereta hitam kecil- BKB 4396- yang selalu diparkir depan rumah kosong tidak berpenghuni-di sebelah rumahku-yang penuh semak lalang(rumah kosong itu, bukan rumahku)-kerana tuannya tidak mahu menyewakan rumah itu-lantas rumah itu sangat usang – tapi belum layak digelar rumah berhantu)

Kakak iparku ketawa kecil, keluarkan punchline nya – oh ini kereta adik ipar saya!

Dan makcik jiran rumah sebelah tersipusipu dan ketawa kecil. Juga.

9 komentar

  1. hehehe


  2. kes parking-parking depan rumah orang nih srring terjadi kat aku jugak. sampai satu hari, aku keluar rumah dan meminta pemandu kereta itu parking kat tempat lain


  3. hahaha..kekurangan tempat memakir,sedangkan kereta makin bertambah. Oh!negaraku tercinta🙂


  4. ya. mungkin tahun depan fru akan sembur dgn asid betul dari makmal sekolah saya.

    tapi teks takda cerita asid macamana ni???


  5. Asid! ya aku mahu minum dan rasa nikmat lalui pada kerongkong! Oh segar! kamu mahu kongsi? aku tuangkan separuh cawan untuk kamu! Jangan minum hingga penuh. Nanti kamu tak mampu dan aku yang tak tahan.


  6. ji.😛

    kopulasi.
    er. kitorang takdelah sampai hati…

    kaklily.
    ya! setuju!

    qarma.
    takde?? eh ada. cuba baca betulbetul.

    dan.
    macam pernah dengar aje sajak nih??😛


  7. Kat kawasan rumah aku, dah kerap sangat sembur kabus-kabus busuk petang-petang. Dia orang ni nak bunuh nyamuk atau nak bunuh aku?


  8. errr…..

    lu nurse berbaju pink tu ar..
    kan kan kan?

    baju pink..
    uwaaaaaa…..


  9. Apa-apa pun, itulah dia – negara aku, kau, dan kau, dan kau orang.
    Biarlah segalanya berlaku, nanti ada cerita yang kita boleh sampaikan pada anak-cucu (kalau kahwinlah nanti).

    “Ibu dulu pernah kena simbah asid tau”

    “Ye ke? Tapi pesal muka ibu elok je. Bukan asid tu menghakis ke?”

    “Ko tanyalah makcik jiran sebelah rumah kita ni, dia ada jawapannya”



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: