h1

Antara Kambing Jantan yang Hilang Punca.

April 3, 2009

Semasa di Jogjakarta dulu, aku dan temanteman ~ Zul, Susanne dan Hada ~ sempat menonton bioskop. Tajuknya Kambing Jantan. Tidak. Kami tidak lah se-desperate itu untuk menonton kisah tentang kehidupan seekor kambing. Dan filem ini bukanlah juga menceritakan tentang binatang ternakan.

Kata U-wei Shaari, filem merupakan rakaman budaya sesebuah masyarakat. Ok. Aku tipu. Dia tak cakap macam tu. Tapi aku rasa mesti ada seseorang penggiat filem yang berfikiran sekurang-kurangnya begitu.

imej dari sini.

Kambing Jantan ialah filem ini berdasarkan kisah benar tentang penulis blog Kambing Jantan dot com iaitu Raditya Dika.

Raditya Dika gemar menulis blog tentang kisah hidupnya seharian. Tentang hubungannya dengan teman wanitanya, tentang kisah perjalanan hidupnya sebagai mahasiswa di Auustralia, dan bagaimana dia mengendalikan LDR. Tidak. Bukan Long Dick Reduction tapi Long Distance Relationship ya!

Agak lucu!

Filem itu dan juga pengalaman menonton bioskop di Jogjakarta. Berulang kali juga tayangannya berhenti. Kami terasa seperti Joni terlambat tiba untuk menukar reel filem kedua.

Ok. Tentang Raditya. Dilema beliau tentang tuntutan teman wanita yang ingin selalu bersama dan tentang kursus yang dia tidak minati di Australia. Dilema sama ada meneruskan pengajian ataupun melakukan apa yang dia minati, iaitu menulis!

(Ketika ini dia sempat menerbitkan blook bertajuk Kambing Jantan – blog yang dicetak dan dijadikan buku – dan hebatnya mendapat sambutan yang luar biasa dan menjadi bestseller. Ini juga merupakan permulaan budaya blook di Indonesia. Yang nyata blook ini seakan menjadi trend di sana.)

Dan saat terngiang ngiang di kepala tentang katakata seorang penjual kad kredit telefon berbangsa India iaitu Quality, not quantity!, maka dia ambil keputusan untuk memutuskan perhubungan dengan teman wanitanya dan memberitahu ibunya bahawa dia mahu berhenti belajar dan pulang ke Indonesia.

Di Indonesia, beliau bekerja di penerbit yang telah menerbitkan blooknya, iaitu Gramedia dan blooknya yang kedua telah dicetak dan juga mendapat sambutan hangat juga.

Kemudian, beliau telah menghasilkan skrip filem yang diarah oleh Rudi Soedjarwo (pengarah Adaapadengancinta) yang bertajuk Kambing Jantan ini, yang nyatanya dilakonkan sendiri oleh beliau. Wah. Apa lagi yang dia mahu? Sukses! Sukses!

Sekarang ini dia masih lagi menulis blog tapi telah ditukar alamatnya iaitu radityadika[dot]com. Ada salah satu entri yang dia telah memparodikan kempen Pemilu. Haha. Lawak.

Dan aku tidak sempat untuk membeli buku-buku (Ya. Telah banyak buku yang dia keluarkan) Raditya untuk melihat cara mereka menghasilkan blook atau bagaimana mereka membukukan penulisan di blog. Yang aku lihat sepintas lalu, mereka tidaklah menerbitkan blook dengan meniru bulat-bulat tetapi masih ada proses editing dan sebagainya dan juga ada bab-bab yang dikategorikan.


Dan aku harap bila Kacip bestseller, dan diangkat menjadi filem, Pipiyapong tidak akan hilang ingatan dan melupakan rakanrakan (sebab dah kaya raya dan jadi selebriti), dan terusnya tidak lagi menulis di blognya!

Oh. Dah terlewat.­čśŤ

15 komentar

  1. Ok ok. Esok gua sambung tulis blog..!!


  2. Menarik juga. Tapi yang di akhir akhir tu macam pujuk brader Hilang Punca tu cara halus..hehehe.


  3. Yapong yang super-genius…

    Gyako!


  4. PP, belum habis 7 hari berkabung dah sambung balik, haiyaaa……..!


  5. Ceh, jenuh orang cari lu PP. Lu nyorok kat sini rupenya..

    Errr…Salam Alina. Apa kabar? Kabare waras?

    .


  6. Jangan BACA blook Pipiyapong, tapi BELI!!!!!! Ha ha.


  7. Or, JANGAN BELI blook Pipiyapong – tepi KENA BACA! Untuk BACA demeh KENA BELI! Ha ha.


  8. terima kasih krn perkenalkan kambingjantan..sebuah catatan harian pelajar bodoh. lucu banget!


  9. chantek! apa yg chantek pun tak tau.


  10. menarek!


  11. pp. ye lah tu..

    jarvis. haha. takde masa nak pujuk.

    teh. super duper. ya lu juga.

    nizam. sy syak, pp memang naked.. eh. nekad. baek aja dong.

    mr naga. ya. mesti beli untuk tahun ini.

    zizie. nonton di bioskop pun lucu banget juga.

    dan. chantek!

    imran. menarek!


  12. :: dah baca komik dia… lawak budus… gile selamba…


  13. eh. ada movie ke? dah baca komik dia. lawak bangang.


  14. Bagoes buanget…………………….
    cuy


  15. bisa g lebay gorila lage……………..
    gue bakal lebay naksir ma lo he…………….



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: