h1

Pada saat tenggelam dalam ayatayat berbaur seni pascamoden. Hampir lemas.

April 9, 2009

Kakak aku bersalin pada hari ini (ketika catatan ini ditulis). Bayi perempuan. 7 hb April semasa pilihanraya kecil yang akan tentu kan populariti seorang memanda menteri (yang aku hampir pasti, sebelum pilihan raya lagi sudah kita tahu popularitinya terkenal seantero dunia. Akhbar Perancis dan Australia tu yang keluarkan kisahnya. Hebat memanda kita). Katanya.

Seperti sebelumnya, aku lah penyumbang besar dalam memberi idea untuk nama anak-anaknya.

Tapi pada kali ini cadangan aku ditolak mentah-mentah. Belum sempat dibawa berbincang pun.

Aku cadangkan nama; Kasutbiru Rubina.

Apa barang akak aku nih tak pop kultur langsung.

(Aduh. Kenapa entri aku berbunyi alaala pP?)

——–

Pada ketika ini aku selesai menulis tentang seni pascamoden. Seni yang menolak atau anti pada konsep, nilai dan ciri yang ada pada senimoden. Ya. Rakyat Malaysia kini pun sudah bijak menolak ‘modernism’ dan menuju era gelombang ‘pascamoden’.

Syabas!

15 komentar

  1. tulisan berbentuk pasca moden. macam menarik jer. bila nak keluar..?


  2. kikikikiki
    kalau cadangan itu diterima, kesian anak itu

    “hai, nama saya kasut”
    wahahahahahaa


  3. Tahniah! Anak buah baru. Nama itu tentu sekali direject haha, Tapi untuknya sepasang kasut biru yang comel..cute sekali.🙂


  4. dulu, aku pernah terfikir nak bergurau dengan bakal anak lelaki aku yang sudah pasti bila dewasanya akan menjadi kacak dengan menamakannya Selipar.

    bayangkan perwatakan menarik dan kacak tapi nama Selipar


  5. damn! sekali lagi terpost komen guna account Pipi!


  6. Tahniah, Aunty Alina!
    Saya rasa nama itu direject kerana adanya perkataan BIRU. Baby kan perempuan..😉


  7. ingat anak kucing ke hah?

    hehehehehe…

    .


  8. cekgu: hari ini kita ada murid baru ya kelas

    cekgu: awk perkenalkan diri

    SBR: baik cekgu. assalamualaikum, nama saya selipar……

    kelas: wahahaahhahahahahahahahahahahhahahahahaha
    wahahahahahahahahahhhahahahhahahahahahahhahahah


  9. Soalan: apakah seni pascamodern yang anti pada konsep, nilai dan ciri yang ada pada senimoden, juga anti kepada kultur dan relijius?


  10. Kalau nak kultur hidup, mintak sikit kat Shirota.
    Dia ada 30 billion, katanya…


  11. kau jangan main2. kawan aku ayah dia bagi nama shahir. tapi tukang catat tulis bhahir. kalau dia naik haji nanti, mana keturunan bhahir tu nak letak muka! ha ha


  12. hehe.aku nak gelak komen stam guna akaun pp.aku juga selalu komen guna akaun pidda.

    entah2 selama ni pp tak pernah komen? nak kene siasat ni.


  13. takkan bagi nama kasut kat manusia hahahahahaha.


  14. Aku tak tahu. tapi jam randik boleh berputar ke belakang kan?


  15. nik. entahlah bila. harapnya, soon!

    qarma. lagi cool kalau sebut ‘kas’.

    kak intan. terima kasih!

    pp (tapi sebenarnya stam). haha. lawak. selipar. atau selipar jepun.

    kak naz. thanx. aa ah eh. kasut pink lah kan?

    kak tasik. hehehe. silap!

    imran. mak ai. susah nya nak jawab. pascamoden mungkin lebih kepada spiritual. lebih kepada mencari diri dan bersatu dengan alam. er.. betul ke?

    nizam. haha. vitagen lah!

    rahimin. alamk. siannya dia. ok ok. tak memain.

    ji. itulah. aku pun syak benda sama. entah-ntah si stam yan gtutup blog pipi, dna ikat mulut dan tangan pp kurung dalam bilik.. ish ish..

    ili. hehehe. saja. suka. main main.

    dan. jam randik boleh! tapi jam matahari tak boleh.



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: