h1

Jika buku itu suatu komoditi, sudah lama aku keliling dunia.

April 20, 2009

kutubuku4

kutubuku

kutubuku5

kutubuku7

RAQ (Rarely Asked Questions)

  1. Jika kamu tiba-tiba ingin ber-shopping di The Mall, maka singgahlah ke PWTC yang terletak berhadapan dengannya.
  2. Dan jika ke PWTC, maka singgahlah ke Pestabuku Antarabangsa KL 09.
  3. Dan jika ke Pestabuku Antarabangsa KL 09, maka singgahlah ke gerai Gerakbudaya di tingkat 2, sebelah kanan. Mungkin ada Hishamuddin Rais dengan Penipuan Internetnya. Atau mungkin juga penuh dengan bukubuku bertanda merah. Atau mungkin juga penuh Aweks KL.
  4. Dan selepas itu bolehlah ke gerai Alameen di sebelah gerai Gerakbudaya, tetapi terletak di luar. Minta buku Gragong. Buku yang MESTi ada dalam setiap isi rumah. Macam paip air.
  5. Dan jika berhibur di hadapan pentas utama di tingkat 1, maka jenguk-jenguklah ke gerai PTS berhadapan Dewan Kedah-Johor. Cari Alif. Atau Kapal angkasa Nazri M Annuar.
  6. Dan bukubuku dalam gambar di atas sesungguhnya berkemungkinan besar tiada di Pestabuku ini. Atau mungkin juga sebuah dua sesat di gerai Gerakbudaya.
  7. Semasa singgah di Resist Books di Jogja, ada sebuah almari yang penuh dengan penanda buku yang comelcomel. Setiap keluaran buku mereka, ada penanda buku masingmasing. Jadi aku ambil segenggam. Oh atau mungkin juga dua.
  8. Dan sebenarnya kesempatan di sini aku ambil untuk berterima kasih kepada: Tafteh~ yang memberi sejumlah buku ketika dia melakukan proses penyahan dua buah kotak buku dahulu, Sinaganaga~ yang tidak pernah lupa memberi sebuah buku setiap kali ke ofisnya (yang serius! ramai gila orang yang kerja di situ!), Zulhabri~ yang telah selonggokkan aku dengan bukubuku bertanda merahnya, SufianAbas~ tentang pemberian buku TERAKHIR (jangan cemburu) Wilayah perseKutuan, Nazri~ dengan buku Opera Angkasanya (oh ok mungkin tak kira sebab aku tukarnya dengan karya seni aku), Saharil~ yang kasihan kerana telah beberapa kali LLCU (lagilagi cerpen underground) aku dipinjam orang tidak pulangpulang, lalu dihadiahkan aku satu, dan beberapa orang lagi (termasuk kamu Yoshi). Dan aku bajet, Pipiyapong BAKAL juga berbuat perkara sama. Kan?

20 komentar

  1. First!


  2. mau pinjam bole. nak bergambar dgn buku2 tu.😉


  3. Gumbira menjadi kamu.
    Haih.


  4. Tok datang untuk ucapkan tahniah. Berpaling. Berjalan pergi. Sambil mengesat air mata.

    Amacam? Dramatik tak?


  5. Paulo Coelho kata, ‘Aku cuma simpan TIGA buah buku sahaja. Yang lain akan ku berikan kepada orang.’

    Terima kasih kepada ALINA, yang memberi satu energi baru kepada label-label independen. Lu memang HOT!


  6. arghh…buat aku meleleh lagik..ini yg buatkan aku bersemangat untuk ke jakarta nih.


  7. ini rumah baru aku. rumah lama dah tak syok sebab orang gaji dah lari.

    http://www.1jam.blogspot.com

    lagipun, banyak bahan untuk cuci mata kat sini..:)

    p/s : harap tak kena makan dgn internet la..dia memang evil.


  8. Bertuahnya…


  9. adoiyai sabtu lepas telah shopping ke PTS (ya rabbi ramai sungguh umat manusia) dan ameen (lenggang tapi sibuk mencari buku FT terlupakan gragong). ~sigh~


  10. abgnaga. haha. ceh.

    aie. boleh! no problem!

    yanaz. jom kita gembira samasama!

    tok. haha. terlebih sudah! jgn percaya khabar angin!

    tafteh. wah. saya pula akan cakap, “aku hanya beri TIGA buku saja pada oran glain, yang selebihnya aku simpan.” hehe. Ah tafteh, lu pon hot dan cool serentak!

    nik. airasia ada promotion. cuba check. brapa byk daaa tukar blog? ok nnti saya jenguk.

    nizam. alhamdulillah.

    n. lenggang ke lengang? kalau mahu lapang, pergi hari kerja…🙂


  11. sabtu lepas dh pergi tapi rasanya sabtu ni mcm nk kena pergi lagi….
    🙂


  12. Alamak koleksi buku gua cuma ada 4 termasuk kamus setakat ini. Yang lain semua gua rembat dan dirembat orang lain pula. Haa baru-baru ni gua ada beli buku Porno di PWTC. Cukup 5.


  13. Menurut Nemanja Vidic seorang ahli falsafah tentang sindrom kekuatan kaki beliau mengandaikan bahagian pertahanan adalah paling rapuh untuk dilumpuhkan.


  14. jika semua buku bisa dikunyah dan disendawa kepul kepul visual melekat pada sel-sel ingatan.alangkah.tanpa melalui daerah kenyang.


  15. dan juga tanpa melalui daerah lupa.


  16. alina, sejak masalah untuk 9 nafsu. aku dah macam kucing yang gatal.

    aku dah buang semua blog. aku bukak hidup baru. ini yang terbaru dan terakhir kot.

    http://www.gosokgentel.blogspot.com
    🙂


  17. kaktasik. pergilah. sabtu ini rasanya banyak juga program.

    pp. gua syak lu tak kira buku 555. ah pp, lepas nih buku lu sendiri pun tak terkira byknya orang simpan.

    dani. ok. oh. baru tahu..😛

    dex. huh? tak ppaham.

    nik. aduh. pening seh. yang 9 nafsu tu saya ada entri nya.


  18. geng dgn org buku dpt buku dan ilmu

    selama ni geng dgn org bundle dpt baju buruk je


  19. lengang. haha typing error!
    bermukim di luar lembah klang amat sukar ke pwtc pada hari bekerja. tak seperti tahun sebelumnya time lunch hour boleh lintas jalan ke pwtc.


  20. buku saya?



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: