h1

Ah, Danielle Corleone. Gua sudah tukar katakuncilah. Ha Ha.

April 28, 2009

Ok. Tidak apa. Tidak apaapa jika kau senyum sinis ketika Jimi Mahmud dan Teh Junaidah sedang duduk menghadap-hadap. Berbual-bual. Sambil meneguk milo panas. Atau malt panas. Kau sudah lupa yang mana.

Ini kisah di balkoni kafe halusinasi dengan bayangan tasik Michigan. Atau Tasik Ontario. Itupun kau sudah lupa.

Kau hanya senyum sinis kerana hati cempelai comot yang kauingin masak itu sudah diperap lada hitam. Mungkin mahu dipanggang. Atau digoreng. Jimi mahu masak goreng kunyit. Tapi hey, musim dingin kenalah makan masakan yang memanaskan badan.

Bila Teh Junaidah hampir tersembur milo panas, atau malt panas itu, kau mula fikir, kau bukannya mahu bawa tubuh badan tanpa hati kau tu pergi jauh, nun, nun jauh, jauh nun, nunnnn! Tapi sebab kau mahu pergi jauh, nun, nun jauh, jauh nun, nunnnn itulah kau terpaksa jual hati kau! Ekuasi Einstein ini sudah lama kau kirakira.

Atau mahu jadi lesbirian. (Kata Zul, lesbirian masih ada kemahuan pada lelaki kerana hubungan meraka hanya didasarkan atas kasih sayang. Kau syak ini logik pesimis teori Schopenhauer)

Dan tibatiba Irman, si peminum kopi tegar, yang sepatutnya jadi ‘chef of the day’ jerit kuat dari dapur, “Babe, hati cempelai comot lu kena curi dengan kucing terbang!”

Daripada senyum sinis tadi, kau tersenyum kelat pula sebab takut kena agresi dengan Jimi Mahmud.

12 komentar

  1. First!

    Makanya, betullah hati cempelai tu dah kena curi? HA HA.

    “Back to you, Teh Junaidah!”

    “Thank you, Jimi! Here are the headline… bla bla bla!”


  2. askum,
    sudah terima email saya?

    amrimusa


  3. wah, pening


  4. salamm.. me dah punye pompuan simpanan.. tahniah


  5. makanya, ballada jimi ini belum bertemu titik noktah.


  6. Enche Naga,

    Hatinya memang telah lama dicuri, itu aku tahu. Tetapi sipencuri simpan beku hati itu dalam peti ais. Kau tahu sajalah perangai kucing…

    “Takde maknenyeeeeee!” kata Alina.


  7. Teh,
    Cilakak punya kucing!!!!! HA HA.


  8. abg naga. silap. bukannya kena curi sebenarnya. kena makan dengan kucing. tu lah lain kali irman kena tutup pintu.

    amri. wsalam. sudah.

    en. me. terima kasih.😉

    q. pening makanlah pandol.

    encek zizie. entahlah bila balada tu nak tamat. kena tanya jimi.

    tafteh. dan naga.
    apa daaaaaaa korang punya kisah ni! asyik asyik minum malt. asyik asyik minum malt. kisah IMAGINARI korang ni berjangkit.


  9. Tengah bayangkan kucing terbang bawak hati cempelai.

    M


  10. aku terhibur. baru pulang dari rumah naga origami.


  11. Sekali mimpi Sekali sepi Sekali pergi Sekali rugi Dua Kali bimbang Dua kali serang Dua kali girang Dua kali terang Tiga kali hitam Tiga kali pitam Tiga kali hentam Tiga kali terkam.


  12. M.🙂. Indahkan visual itu?

    artozy.🙂 terima kasih.

    dan. kalau empat kali? lima kali?😛



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: