h1

Jika Saharil sudah kata kau genit, maka kau patut sudah mula kuruskan badan. :P

April 30, 2009

Eeek! Boom! Bunyi apa tu? Ada kemalangan jalan raya lah! Langgar lari. Siapa mangsa? Bahasa. Bahasa Malaysia.

Lebuhraya Persekutuan.
26 April 2009.

.

One plus one equals zero. Ok. Anak kecil itu ulangulang sama aku. One plus one equals zero. katanya lagi. Bukan. salah! Kemudian dia sambung. One politician plus one politician equals zero brain.

Oh, pandai rupanya anak generasi PPSMI ini! Jadi siapa kata PPSMI tidak berjaya?

Subang Jaya.
25 April 2009.

(Dibacakan pertama kali di Pentas 152, 26 April ~ juga sambutan lahir. Takut juga aku jika Saudara Shamsul, Ketua AMK baling kasut pada aku bila aku baca One plus one itu!)

.

.

Dan oh tidak pasti sebenarnya stand aku dalam PPSMI.

Tidak lah menyokong. Dan tidak pula menentang. Dan tidak lah pula berada di tengah tengah. Aku tidak punya anak yang terseksa memahami. Aku pun bukannya dalam bidang yang menjadikan subjek Sains dan Matematik sebagai rumus utama.

Golput kata, tidak memilih itu juga satu pilihan. Tapi bagaimana jika memilih untuk memilih dan untuk tidak memilih. Ok. Ekuasi potong-potong. Ya aku tahu.

Dan sedikit keliru sebenarnya apabila ramai yang berbahasa Inggeris dengan aku dan aku syak mungkin mereka menyangka aku ini perempuan Inggeris atau setidaknya perempuan beraliran Inggeris walaupun berkalikali aku menjawab dalam bahasa Malaysia penuh. Dan itupun tidak apa. Tidak apaapa pun pada aku.

Tetapi ini sesuatu yang merungsingkan kerana aku pendidik. Mungkin bukan guru bahasa seperti Teacher Wani, tapi aku ada anak anak seni terpilih yang perlu dihalakan kompas mereka untuk mebangunkan kreativiti dan jati diri dalam menghadapi arus globalisasi negara.

Ok. Sebenarnya tak perlu pun. Itu cakap-cakap orang akademik. Cakap-cakap politik. Anakanak seni ini sebenarnya ada akal. Ada doktrin mereka sendiri. Tapi terhad atau terhalang kerana ada akta yang entah apa apa tu. Buat mereka jumud. Buat mereka bisu.

Ok. Sudah. Itu bukan poin utama.

Kalau ditanyakan, aku akan jawab, ajar Matematik dalam bahasa Mandarin. Sains dalam bahasa Rusia (Atau Arab. Atau Yunani. Kata Saharil dalam Teroris Bahasa, perkataan Algebra itu pun asalnya dalam bahasa Arab. Itu aku rasa semua tahu). Sejarah dalam bahasa Tamil. Seni Lukis dalam bahasa Seni. Bahasa Seni, ok. Bukannya jargon yang pelikpelik.

Dan lihatlah kebanyakannya rujukan bukubuku anakanak seni terpilih di sini dalam bahasa Inggeris. Itu boleh dimaafkan jika penerbitnya berpangkalan di negara yang bertutur dalam bahasa inggeris.

Tapi, jika hatta katalog pameran lukisan di Malaysia sekali pun dalam bahasa Inggeris, macamana nih babe? Bak kata Sinaganaga, lu ada lighter?

Dan sebenarnya kebanyakan tulisantulisan di sini pun penuh kesalahan tatabahasa.

Ok. Diam sudah.

13 komentar

  1. First!


  2. 2nd.

    Mmm… kalau dengan Sufian Abas – gua selalu jadi 2nd. Jadi 1st – tekanannya berputut-puput datang, jadi 2nd lebih relaks. Ha ha.

    Oh iya, kirim salam sama Golput.


  3. hurm, masih mencari perkataan genit dalam entry tuh. hahahaha.


  4. kalau udah genit, mau dikurusin lagi badan nya, bisa jadi halimunan dong…


  5. Maka ini latar putih sudah jadi kekal? Saya macam rindukan latar hijau batik yang dulu…

    SELAMAT ULANG TAHUN ALINA! Moga semakin hebat mindanya dan terus-terusan menjadi inspirasi dan guru siber kepada blogger-blogger picisan macam akak ni haa…!

    p/s. Tidak memilih itu satu pilihan. Setuju!


  6. ini yang gua marah

    padahal
    bukan apa sangat pun buku rujukan dari sebelah sana tu. tak kena pun dengan batang hidung kehidupan seharian kita.

    gua kurang feel ah dengan rujukan luar. kurang rasa amarahnya!

    cewah. lebih2 pulak aku ni.


  7. Di atas skala 0 ke 10, kita perlu memilih, sekurang-kurangnya, untuk lebih condong ke arah 0 atau 10.

    Tidak memilih langsung kiranya bukanlah satu tindakan yang ______. Dan ini adalah satu pilihan yang amat sukar. Saya juga dalam dilema.

    Siapa kata membuat pilihan itu senang? Siapa kata menjadi Menteri Pelajaran itu senang?

    ((((Dari jauh Naga bersuara, wei Teh, pergi membebel di blog sendiri la)))) Aduhhhh…


  8. hidup barangkali pun tiada pilihan.
    .
    .
    .
    hanya antara ya dan tidak.


  9. Masih adakah pilihan untuk dipilih???
    Ntah la…


  10. ye le, wan plas wan ziro tue.

    diam sudeyyy.

    (ni bukan kesan PPSMI, bahkan lebih)


  11. aku ingatkan kau tulis pasal aku. rupa-rupanya saharil. hampir sama. haha


  12. Sufi. Erm. Ini laman kukubesi. Semua orang tak boleh jadi first. haha.

    Bro. Hahahahahahahha. Apsal gua fikir lain eh?


  13. nik. ada. cuma guna kaedah bakar bawah bahang lilin.

    saharil. ya udah udah. usah repot. pulang cepat ya!

    kakintan. tak taulah nak maintain putih atau tidak. dan terima kasih untuk ucapan. kakintan juga inspirasi saya. wah gitu.

    juna. didiklah anak anak kau di sekolah menjadi sorang berguna ya cekgu juna!

    teh. aduh. itulah sekrang ini betulbetul dalam dilema. rungsing gue! (oh bukalah blog kembali. dunia maya tiada seri babe)

    yanaz. ya. mungkin juga. aduh rumit.

    nizam. ada. pilihan banyak.

    qarma. tidak disangka satu isu impaknya begitu besar rupanya ya.

    shahril. hehe. beza pada A je ye.



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: