h1

Laskar Pelangi: menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah surga, bersukurlah pada yang Kuasa, cinta kita di dunia selamanya.

Mei 19, 2009

Trailer Laskar Pelangi.

Filem yang diangkat daripada buku bagi aku tidak seharusnya serupa, dan bak kata Andrea, filem adaptasi seharusnya melengkapi bukunya, bukannya sebagai sebuah representasi. Pengarah yang bijak wajar menyelami watak daripada buku dan mengangkatnya ke filem dengan tambahan peristiwa yang tiada di dalam buku. Ada juga filem yang mengubah pengakhiran sesuatu cerita daripada buku contohnya seperti the Runaway Jury, tulisan Grisham. Imaginasi cerita daripada dalam buku biarlah kekal dalam fikiran dan membiarkan filem berbicara sendiri.

Bagi aku, filem ini sangat murni, naif dan membawa emosi yang vertikal. Sekalisekala ada juga direnjat dengan peristiwa yang bisa menyentuh emosi, baik tangisan mahupun sedikit ketawa kecil. Warnawarna filem ini mengingatkan aku pada filem Painted Veil. Dan sinematografi filem ini cukup bagus, menyelinap setiap keindahan desa dan pantai Pulau Belitong.

Gambar dari sini.

Sejujurnya dasar filem ini tentang pengalaman anak desa bersekolah, memasuki pertandingan, belajar tentang hidup dan bersatu dengan alam. Anakanak yang menjadi askar pada pelangi yang sebenarnya mempunyai lebih daripada ratusan warna! Dan bagaimana Ibu Muslimah dan Pak Harjo (?) tegar berjiwa tulus memberi pendidikan yang tidak bersifat materi kepada anakanak desa yang serba kekurangan tapi tetap mempunyai ilmu jiwa yang besar. Bekal yang cukup untuk mereka tempuh kehidupan yang sebenarnya tiada belas kasihan. Kehidupan yang kejam, kata Gie.

Dan bagus benar lakonan anakanak dalam filem ini. Para pelakon anak ini diambil dari kalangan warga Pulau Belitong itu sendiri. Maknanya ini pertama kali lakonan mereka di filem.

Gambar dari sini.

Naskhah hebat filem dan buku ini aku tujukan untuk Cikgu Faiz Juha, seorang pelukis hebat dan guru Seni Visual yang kini mendidik anakanak desa di sebuah pulau yang paling utara dalam peta Malaysia. Pulau yang terletak di utara Sabah, pulau yang kekurangan kemudahan ASAS. Asas itu bermaksud air, api dan bahkan nafas sekalipun. Berilah inspirasi kepada anak anak laskar pelangi itu. Jangan putus harap ya, Faiz.

faiz2Faiz bersama lukisan beliau.

Pulang sekejap beberapa bulan dahulu, Faiz berkesempatan bercerita tentang jerih payahnya di Pulau Banggi. Tahap maksima! Bagaimana kesukaran beliau untuk mendapatkan air yang bersih (setakat air keruh warna kuning itu satu kesyukuran) dan sumber elektrik yang hanya bergantung pada generator cuma.

Serta setiap kali bermain judi dengan nyawa apabila menaiki feri menempuh ombak. Dan makanan sama ada jagung atau ikan. Ditambah dengan anakanak yang tiada wawasan masa depan untuk menuntut ilmu kerana hidup mereka cuma di pulau, sudah ditetapkan dalam hati mereka meneruskan kesinambungan warisan keluarga menjadi nelayan. Marjinal di sana begitu luas jurangnya.

Dan guru-guru di sanalah sumber jendela untuk mereka melihat dunia luar. Oh tak lupa juga korupsi peringkat tertinggi berlaku di manamana (Ok ini cerita lain). Hampir beliau putus asa. Dan menurut ayatnya, Hampir gila aku!

Ketegaran dan kejayaan mengekalkan kewarasan Faiz menempuh semua ini  aku sanjungi dan hormati kerana aku tidak dapat bayangkan jika aku di tempat beliau. Kerana itulah dahulu aku ambil keputusan untuk tidak mahu mengajar anakanak kecil menengah kerana pasti jiwa aku tidak cukup kuat (seperti Ibu Muslimah) untuk melihat segala kekurangan, segala kedhaifan, segala kemurnian, segala kenakalan yang ada dalam lingkungan tersebut. Sedih. Dan kasihan amat.

faiz1Faiz di Pulau Banggi.

Selamat Hari Ketabahan Guru buat Cikgu Faiz dan semua pendidik terutama guru guru di Semenanjung yang ditugaskan ke luar bandar seperti di Sabah dan Sarawak. Teruslah menari dan ketawa bersama anakanak kamu, walau duniamu tidak seindah syurga. Tugas yang diberi laksanakan dengan hemah. Kata pakcik Spiderman, kuasa yang hebat (sebagai pendidik) datang bersama tanggungjawab yang besar juga!

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

~Laskar Pelangi oleh Nidji

.

Aha. Gila serius entri kali ini.

15 komentar

  1. belum sempat nonton painted veil kerna sudah pinjamkan pada kawan..nice review~
    even orange thief pon tak sampai2 lagi.haih.


  2. selamat hari guru juga buat cikgu faiz.smoga cepat bertemu jodoh..kalau tak saya pun ada..hahah (ops sori ye ibu alina aku mereng di sini😛 )


  3. Yes..menarilah dan terus tertawa
    Walau dunia tak seindah syurga

    ~lalala~

    nyanyi..hiburkan hati sendiri babe!


  4. Salaam Alina!

    I’ve been a silent reader of your blog and these days read is all I do. Can’t find the desire to write for the time being…

    Anyways, I’m friends with Elviza and Intan (at least I’d like to think so) because I admire their ability to write comfortably in both languages. I truly am jealous.

    Sebenarnya nak komen pasal cerita hebat LP nih…

    I live and work in Indonesia for the most part but my family lives in PJ. So the last time I went home tak ada pun main lagi. Sampai sekarang. Cerita horror macam Setan Budeg tu lak yang main kat layar perak cineplexes Malaysia… hai.

    How can?

    It’s such a phenomenon! Did you know President SBY forced his whole cabinet to watch it at a private screening, such is the impact of the movie!

    I loved the Ibu Muslimah charachter played by Cut Mini. Did you know they had to go for intensive coaching in Bahasa Melayu to play their roles convincingly. I loved Cut. She has that quality where even in her smile (according to Riri Reza the Director, no less) to impart sadness even in a wistful smile.

    Ah, the ensemble cast – brilliant, the cinetomatography (I even bought the ‘Making Of’ book) sublime, the sets were authentic to denote early 70s scenes.

    Apasal tak ada distributor yang nak kat Malaysia?

    The official DVD is out so I bought a few for my family. Ini ada dalam bag, next week baru pulang ke tanah air. But it’s best to watch it on the big screen to do the film justice.

    So you’ve seen it? Kat mana?

    Ini cerita panjang-panjang give me idea nak buat blog entry…


  5. 🙂. usaha yang murni akan diredhai


  6. lama tak meranduk blog ko hehehe… n3 ko mengingatkan aku ketabahan seorang pendidik..

    kawan aku ada sorang cikgu, aku respect dia sebab dia memang mendidik anak bangsa…

    ayat dia yg aku takkan lupa “aku tanak jadi cikgu, aku nak jadi pendidik”

    arwah ayah aku pun pendidik..


  7. dex. oh ada painted veil ye? tontonlah. eh mana tahu faiz belum berpunya😉. kenal eh sama faiz? kamu dari sabah juga ke?

    kaklily. kalau bukan kita siapa lagi yang mahu hiburkan. jadinya, bermula dengan diri sendiri dulu oh yeah.

    encek mat salo.
    oh elvira dan kakintan memang penulis hebat. dan bro mat salo (saya dah baca blog anda). Oh rasanya boleh sarankan MB selangor untuk tontonkan filem ini pada adun adun beliau, kan? Saya dapat tahu daripada rakan yang kemungkinan Grand Brilliance akan bawa cerita ini ke Malaysia. Oh Setan Gudeg itu saya ada terlihat tajuknya di wayang tempoh hari (Bukankah gudeg itu sejenis makanan? Oh makanan pun boleh jadi petualang ya?). Dan saya tonton ini dari dvd, kirimin melalui teman yang ke jakarta barubaru ini. Oh terima kasih kerana baca blog saya.

    nik. itulah dia.🙂


  8. mira.
    erm. teman kau itu lah orang yang diperlukan sebagai pendidik. dan aku rasa ayah kau juga seorang pendidik yang hebat. dan mak aku juga cikgu, jadi kehidupan dalam lingkungan pembesaran aura seorang guru itu sekian lama kami adik beradik tempoh. dan beliau memang guru/ibu yang hebat.


  9. Hai Cikgu Faiz…


  10. Dear Alina,
    Dari hari ke hari Kak Intan nak buat entri pasal LP ini tak siap-siap juga sampai emosinya sudah berlayar ke tempat lain. Alhamdulillah, Alina dah buat entri pasal Laskar Pelangi ini and a very good one too!

    Kak Intan and a friend got the DVD masa trip ke Jakarta about 2 months ago. I watched it intensely. It was an amazing storytelling. Story-actors-art direction-philosohies…impressive and moving.
    (BTW, Thanks Mat Salo for clarifying, I have been wondering dialog Bahasa Melayu pelakon tu dubbing ke apa as it look so real. Mereka pergi coaching BM ya?. And of course, you are my friend!🙂

    Alina, saya kagum dengan Cikgu Faiz. Very rare person. Sampaikan salam saya, saya doakan kejayaan dalam apa yang dia perjuangkan.

    last but not least, tak sangka Laskar Pelangi belum pernah ditayang disini. Ingatkan Kak Intan yang tertinggal bot, …cam biasa.😛


  11. […] POLLING PEMAIN SINETRON KEPOMPONG TERFAVORIT UMI 2009 […]


  12. yeyyyy dah tengok banyak kali!


  13. duh!aku org semenanjung paling dekat dgn kamu.kenal cikgu faiz ketika minum2 petang sambil mendengar kusyuk kisah tersebut dari mulut beliau sendiri..aku paling kagum bila dicerita setiap kali naik bot dia hanya pegang tong ikan kuat2 sambil mengucap panjang kerana kiri kanan ombak tinggi.pada cermin hanya buih2 lautan.pernah satu tika enjin dimatikan demi mengelak ombak besar yg mendatang. maka bot itu terapung-apung di bawa arus sehingga bot pun boleh berpusing sendiri (dengan gaya tangan bercerita bagaimana bot tersebut bergerak)tanpa dihidupkan enjin.maka aku rasa benar dan layak pujian juga turut diberikan kepada kapten bot seperti kata cikgu faiz..bukan senang nak kemudi bot di lautan ganas…woah..tidak sedar sudah jadi karangan.ampun aku tidak berniat melemaskan ruangan ini.


  14. oh teh, nanti gue sampaikan hi kamu!

    kakintan. nanti saya sampaikan salam kepada Faiz. sebenarnya saya rasa ramai lagi yang mengharung hidup sedemikian. dan jika kakintan mereviu cerita ini juga bagus. mungkin perspektif berlainan.

    ili.🙂 ya seperti dapat diagak.

    dex. oh iya? kau ke man? atau ejat? siapa ini? aku bukannya psikik.


  15. setelah berulang kali menonton dan menonton LP…
    aku dapati struktur cerita ini mengunakan struktur sebuah filem hebat di era 60 an iaitu to sir with love…
    sudah di tahap itu mereka mengkaji dan bijak mengunakan struktur sebuah karya hebat…
    dan yang paling hebat, penceritaan LP lebih hebat walaupun struktur ceritanya dari templet sebuah cerita hebat yang lain…



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: