h1

Oh maaf. Slot Akasial Ep 8 bersambung pada minggu hadapan. Kita teruskan dengan rancangan 180.

Juni 11, 2009

Dalam keluarga ni, Lina seorang aja yang layak, tapi masalahnya dia perempuan.

Perbualan antara abahku dan abang saudara.

Abang saudara aku yang datang ke rumah mengucap syukur kerana anak perempuannya seperti mati hidup semula, rohnya berkautim dengan malaikat maut. Dan setelah abahku dan entouragenya berjaya diagnosis penyakit (oh ada jin sebenarnya yang minum darah gadis ini!), selain daripada penyakit klinikal (denggi berdarah), makanya dengan izin Tuhan, sembuh lah si gadis dengan kejutan daripada para doktor dan misi, dengan satu stetmen klise ~ ini kes pertama denggi berdarah di hospital ini pesakitnya sembuh!

Ok itu cerita lain.

Fakta ~aku saja yang layak atau pewaris (ya. Macam cerita seram tv3 setiap hari khamis itu)~ sebenarnya sudah kuketahui lama.

Dan kini kalau aku ceburi bidang ini sepenuh masa, maka aku kena fikirkan strategi pemasaran. Penjenamaan semula. Pemerkasaan. Bitara. Dan segala bagai jargon dalam buku Marketing 101.

Industri ini tidak boleh dipandang ringan atau ditakuti. Dunia mistik ini sebenarnya dunia yang sederhana dan penuh satira. ‘Mereka’ itu juga sebenarnya seperti kita manusia juga. Ok ini cerita lain.

Berbalik kepada strategi pemasaran, untuk bersaing dengan bomoh dan pengamal perubatan alternatif yang lain, niche kena ada.

Dan pelan pengiklanan media perlu hebat. Facebook group kena cipta. Kemaskini twitter juga perlu sentiasa untuk update pelanggan atau pelanggan berpotensi.

Dan bagaimana dengan penampilan? Berpakaian serba hitam seperti seoarang ahli sihir dalam Sleeping Beauty, atau penuh ala-victorian seperti pontianak dalam Van Helsing. Atau simpli hot dan realistik macam jelitawan Charmed. Oh ataupun berpakaian seperti perempuan puaka dalam vidklip yang tersebar di Internet beberapa hari ini. Tapi ada orang percaya ke?

Opps. Itu dah cerita lain.

Atau jadi macam adiwirawati. Sembunyikan identiti. Pakai topeng dan keluar malam. Dan esoknya jadi tajuk utama akhbar tabloid. Ataupun Popteeve.

Tapi alternatif ini tidak boleh dipakai kerana adiwira/wati ini kerja secara percuma. Kerja amal! Lain lah kalau ada syarikat korporat besar macam Batman. Boleh pakai batmobail yang hebat!

Dan gaji seorang pembantu peribadi pula mahal kalau berpusat di Kuala Lumpur! 

…bersambung

6 komentar

  1. Kalau ada dua kejadian. mana kau pilih?

    ……..

    bersambung.


  2. Jangan pakai baju! HA HA. Barulah boleh jadi ‘bomoh hip’!

    Aaa… ini cuma cadangan sahaja.🙂


  3. oh, ya
    kamu perlukan runut bunyi
    pastinya bukan dari amy mastura kerana itu tidak avant garde
    seleksinya terdiri-Assahar, Nebiras, Cryptic Malediction atau dari negara salju seperti Celtic Frost misalnya.


  4. kalau perlu pembantu percuma bagi tau la…


  5. Alina baru baik demam denggi? Glad you are back full spirited! Sorry dah lama tak menjenguk, alih-alih dah muka baru. Nice blue.

    Btw. Kalau nak dengar pasal dunia yang lain hmm sampai sudah tak habis. Member kata dorang ada spaceship. Dan kita kalau dah dapat ‘sampai’ ke sana boleh jadik apa yang kita mahu. Member kata dia biasanya jadik Luke Skywalker walaupun lawannya hanya jin toncit yang sungguh tak stailo langsung! Wallahualam.


  6. Juna. terimakasih untuk runut bunyi itu! Sangat bersesuaian!

    mamai. baik. tapi kena interviu dulu.

    kakintan. bukan saya yang kena demam. tapi anak buah sedara. hehe. wah jadi luke eh? tapi kenapa dia pilih jadi luke?



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: