h1

Suatu hari yang penuh awang-awang.

Juni 24, 2009

Selalu selepas bangun pagi, setengah jam aku akan termenung atas katil, setengah jam untuk mandi dan setengah jam untuk bersiap. Tapi hari ini aku ambil lebih masa sedikit sebab semuanya berlaku dalam keadaan slo-mo. Kepala berat.

Makcik nasi lemak yang aku suka tutup hari ini. Jadi aku beli dua biji karipap dan air kacang soya untuk tampung perut sepanjang di lebuh raya. Aku taknak jadi statistik kemalangan jalan raya sebab perut kosong.

Tiba di Balai Seni jam 12 tengah hari. Selepas mendera teman aku untuk membakar sejumlah info pada cd, dan selepas ambil lukisan Palestin, aku terus gerak. Mesti teman aku cakap, kerek gila minah ni terus blah macam tu je. Tapi Ery, aku rasa macam dah nak pitam.

Kemudian ke Shah Alam. Mesyuarat di Tourism. Aku sempat makan suku yee mee untuk isi perut. Taknak lah nanti tiba-tiba terpengsan di bilik mesyuarat. Melodramatik gila lah kalau macam tu, walau pun pada zaman H1N1 ni, melodramatik dah sedikit overrated.

Ekon bilik mesyuarat betul-betul menghala ke arah aku. Aku rasa kaki aku dah menggigil. Amri kat sebelah dah sandar-sandar kepala di kerusi.(Kerusinya, bukan kerusi aku)

Selepas itu sambung mesyuarat di kedai Mamak seberang jalan. Aku makan ciken cop. Dan rasanya macam rasa plastik. Bukanlah aku pernah makan plastik. Tapi ini perbandingan saja. Lepas makan suku, aku tapau.

Pergi hospital swasta (nama dirahsiakan). Aku suka pergi DEMC ini sebab makan aja ubat preskripsinya, terus sembuh. Macam magik! Ketika ini, misimisi nya pun comel-comel sebab pakai topeng putih. Macam Wonder women. Budakbudak ramai sebab aku rasa buat medikal cek-ap untuk masuk Uni. Suka diorang. Tunggulah bila dah betul-betul masuk nanti!

Doktor baru. Aku cakap mahu ubat demam. Dia tanya bila mula demam. Aku jawab dari Jumaat lepas. Doktor buat muka terkejut. Dia ambil gajet macam pistol dalam cerita Star Trek dan letak dalam telinga.

Oh. Panas ni! Saya kena check darah awak.

Lama tak?

Dalam 20 minit.

Kalau tak check darah, tak apa tak? Saya nak ubat demam je. Saya dah lambat.

Awak tak nak tahu kenapa awak demam panas?

Taknak lah.

Erm. Hensem jugak doktor ni.

Taknak lah aku habiskan 20 minit lagi di hospital ni. Kalau kena kuarantin macamana? Waktu ini aku hanya mahu baring atas katil aja. Dan update Facebook.

Lepas ambil ubat, aku terus ke Subang Jaya. Rumahku Syurgaku. Tak larat sudah mahu ke Tanjung Malim.

Aku telan 4  2 biji Dhamol.

Dan ketika entri ini ditulis, aku dalam keadaan separuh khayal.

Bila dah sepenuhnya waras, mungkin aku akan delete entri ini.

31 komentar

  1. semoga cepat sembuh Alina.dah lama ni walau diri ini dah berbulan2 sakit sambung menyambung


  2. Karangan yang dikarang separuh khayal memang magis dan menakjubkan. Percayalah! haha!

    Get well soon. Take care bebeh!


  3. First.

    Aku teka, nama hospital swasta yang namanya dirahsiakan itu ialah DEMC.
    Betul tak?


  4. Second.

    Baring dan rehat. Tapi, kalau masih tak kebah, elok ikut nasihat doktor muda yang hensem tu.


  5. akak fist yay! haha!


  6. Fifth, kenapa tak nak tunggu 20 minit? Ini zaman orang semua risau kena perintah berkurung selama dua puluh.. err tak tahu berapa hari. Mintak jauh.


  7. kak..get well soon!!


  8. hehe..jangan delete entry ni…comel…

    orang sakit adalah comel…
    semoga tuhan beri kasih sayang bersama sakit kamu kak~


  9. zul. kejap lagi sembuh lah ini kita kan manusia yang cepat sangat sakit.

    kaklily. thanks. erm. kalau macam tu, kena sentiasa dalam keadaan khyal lah ye bila nak menulis. bw kak, kak sentiasa first di blog ini! hee~

    nizam. eh betullah. mana tahu? ada psikik eh?😀
    thanks. tgh merehatkan diri. (dengan berinternet)😛

    indra. dah nak pengsan dah time tu rasa macam nak baring. lagi 20 min? tak sanggup. lagipun sy bukanlah peminat hospital. pergi bila dah betul2 last resort.

    alya. terima kasih darl. awak tu dah sembuh ke?

    aishah. ish. comel pulak!? merepek ada lah. btw thanks.


  10. Nama hospital tu ada kamu tulis kat situ…


  11. Bebeh, lu ada lighter?


  12. mungkin patut minta jampi toyol kecil kau juga


  13. Alina,
    nak cepat sembuh- tambahkan senyuman dan berpelukan (dengan manusia)… oooppsss…. tak bohonggggggggg..


  14. cepat pulih. pekan finjan dah dekat!


  15. een, best lah kalau makan ubat ngantok.

    macam high gitu…

    fuh…


  16. hello akak.

    makan chicken chop kat mamaks? meh singgah damansara perdana,aku bawak kedai chicken chop sebenar.

    aku nak order sepapan Dhamol. nampaknya ia mampu memberi impak kepada update terbaru aku nanti.

    cepat sembuh!


  17. Hye.


  18. Yeay! Saya suka entri selambakodok ini! 🙂 Natural sungguh. Sembuh cepat ya, kalau tak kena pergi jumpa Dr Hensem lagi….oh, kalau itu satu motivasi?? Hehe


  19. entah kenapa semalam aku mimpi kamu kena demam campak..lehai rupa2nya memang demam bila terbaca entri ni… kamu mahu aku pecah2kan ubat agar boleh kamu telan tak?..atau kamu perlukan air kelapa? anyway get well soon dear~


  20. (aku kagum bila alina boleh minum air kelapa 3 bungkus) – untuk cepat sembuh katanya


  21. Cepat2 sembuh ya kamoo!! =)..


  22. dah sihat kak? pekan frinjan makin dekat. bukan masa untuk sakit.. lekas sembuh!!


  23. kalau buka Perintah Am bab cuti, ada perenggan untuk Cuti Kerantina (sapa la pandai cipta kerantina tu?)

    confirm eh bukan demam ‘tu’???


  24. terima kasih semua yang menyarankan kepada saya supaya cepat sembuh! LOA babe! hehe. terima kasih.

    Ji. bukannya aku nak sangat makan chicken chop kat mamak tu, tapi dah yang lain semua tak lalu. Itu hari pergi Damansara Perdana. Ofis Adverse. Makan chicken gril kat area bangunan citibank tu.

    qd. Kompem encek!!


  25. tunggu kamu di frijan


  26. lain kali datang DP nak pi adverse apa salah bawak kengkawannnnnnnnnnnarhghhhhhhh!!!


  27. Frinjan. Baju kotak-kotak?


  28. Konfem tadi bila lawat blog Waterlily. Rupa-rupanya, aku cuma 15 kaki dari tempat kamu bersimpuh. Kadangkala cuma 5 kaki dari tempat kamu bersimpuh! Hahaha


  29. baju kotakkotak messy dengan kisah romlah…


  30. ni dah waras ke blom nih…?

    :p


  31. adakah ko membawa virus itu ketika sessi bercerita?



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: