h1

Apabila yang ada hanya spanar dan 2 orang teman.

Juli 7, 2009

“Bateri kau ‘kong’ ni…”

“Aku baru je servis kereta ni, takkanlah ‘kong’”

Terbantut rencana untuk menumpang kereta Alina untuk keluar lunch. Nampak gayanya andaian Alina tentang kekerapan keretanya diservis tidak tepat. Sepatutnya, keretanya diservis sempurna. Tapi, realitinya petang itu air bateri keretanya kering-kontang.

Mungkin mekanik pusat servis kereta ‘terlupa’ untuk mengisinya. Atau, Alina terlalu beranggapan baik terhadap servis yang diberikan kepada kereta beliau. Atau, Alina adalah tipikal pemandu perempuan. Atau, Alina serupa macam aku. Tak ambil tahu.

“Aiseh, naik kereta aku jugaklah…” Ngomel Azmi.

“Kita pergi makan dulu, nanti petang kita tengokkan kereta tu.” Sambung Azmi lagi.

[,]

Petang.

Matahari mulai tergelincir sehingga hampir ke paras ketinggian Banjaran Titiwangsa. Aturcara kami bertiga untuk hari itu telah pun tamat. Masa untuk pulang. Tapi sebelum itu, kereta hitam Alina harus dihidupkan.

Dengan berlatarbelakangkan lukisan alam yang begitu tenang sekali di kaki Banjaran Titiwangsa, Azmi mengeluarkan wayar hitam dan merah. Lalu, bateri kereta merah dan bateri kereta hitam dihubungkan.

“Macam Transformer.” Kata Alina.

Aksi kami bertiga menarik perhatian mata-mata yang memerhati. Sedang kereta hitam ‘menghisap’ nyawa daripada sahabat merahnya, seorang yang berpakaian seragam putih berhenti menegur kami. Azlan, pengawal keselamatan yang ramah dan prihatin. Kami senang dengan kehadiran beliau. Walaupun hanya sekadar bertanya dan berbual-bual menemani kami. Macam-macam yang kami bualkan. Azmi banyak bertanyakan tentang sungai dan air terjun yang berhampiran. Mungkin mahu masuk ke hutan lagi si Azmi ini.

Kereta hitam masih lagi tidak mahu hidup. Mungkin baterinya tak dapat diselamatkan lagi.

“Kita cuba satu kali lagi. Kalau tak boleh, kita ke pekan beli yang baru.” Cadang Azmi.

Sambil menunggu percubaan kali yang terakhir, kami berempat masih lagi berbual. Terutamanya Azmi. Tiba-tiba Azmi menyuarakan satu soalan. Soalan yang bagi aku, pasti akan menimbulkan rasa salah sangka sehingga akan terpacul jawapan yang kami tak mahu dengar.

“Kat sini ok ke? Tak banyak ke gangguan-gangguan?” Bunyi soalan daripada Azmi.

Aduh. Aku fikir mesti saudara Azlan itu mesti membuat andaian tentang isu ‘gangguan non-human‘. Ternyata sangkaan aku tepat sekali.

“Banyaaaak.” Dengan selamba saja beliau menjawab.

Hmmm. Maka fokus petang itu telah beralih daripada masalah bateri kereta hitam kepada kisah non-human di kaki Banjaran Titiwangsa. Aku sememangnya arif tentang kisah ini kerana kali pertama aku menjejak daerah di kaki banjaran tersebut ialah pada tahun 2000. Sembilan tahun yang lalu. Aku pernah mendengar kisah-kisah tersebut. Aku cuba buat tak endah. Tapi aku tak pernah menginap walau satu malam pun di situ. Aku sanggup berulang-alik daripada KL ke daerah situ.

Antara saspens dan menarik, kami ‘menemu-ramah’ juga beliau dengan soalan-soalan ‘ingin-tahu’ kami. Makin ditanya kami berdiri bulu tengkuk. Terutamanya tentang kisah seorang staf yang pernah diculik oleh entiti non-human dan dibawa masuk ke dalam hutan di kaki banjaran tersebut. Menurut Azlan, sekarang dah kurang sikit gangguannya kerana banyak entiti non-human tersebut telah pun dibawa keluar. Banyak juga katanya..pakai sebuah bas dan sebuah van! Tapi masih ada lagi yang tinggal. Terutamanya di atas menara tangki air di belakang sana.

“Selagi pokok tu tak dibuang…” Kata Azlan sambil memuncungkan bibirnya menunjukkan sebatang pokok hutan yang berada betul-betul di belakang kami.

Mata kami semua tertumpu tepat ke arah sebatang pokok yang berada di belakang kami tadi. Memang lain daripada pokok yang lain. Memanglah lain, sebab pokok lain adalah pokok yang ditanam. Azmi sempat mengimbas kembali pada hari semalamnya. Beliau seorang diri berada di situ kerana terpaksa mendapatkan line internet. Seram jadinya.

“Errmm…Ya lah. Ada sesuatu yang menarik kat pokok tu.” Komen si Alina, membuatkan suasana petang semakin kurang selesa.

[,]

Petang semakin lewat.

Setelah kembali dari pekan untuk mendapatkan bateri yang baru buat kereta hitam Alina, Azmi cuba untuk menggantikannya. Tapi malang lagi, kerana kali ini spanar saiz 10 tidak ada – dalam kereta hitam mahu pun kereta merah. Tambah malang lagi, petang sudah semakin lewat, tiada lagi orang-orang yang lalu-lalang. Hanya sepi berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa dan ditemani sebatang pohon misteri. Kali ini, mata kami tidak lagi cuba untuk menatapi pohon tersebut. Bicara kami tidak pernah menyentuh tentang pohon tersebut. Tumpuan diberikan sepenuhnya untuk menggantikan bateri kereta sebelum matahari terbenam. Sebelum daerah ini menjadi sangat gelap.

Azmi meninggalkan aku dan Alina. Dia pergi mendapatkan spanar saiz 10.

Tiba-tiba muncul Azlan – pengawal keselamatan berseragam putih. Macam tahu saja kami dah sampai dari pekan. Masih lagi seperti tadi, tersenyum manis dan sungguh mesra. Masih lagi seperti tadi, hanya menemani kami sambil berbual tanpa menghulurkan tangan untuk membantu.

[,]

“Aku kena balik KL lah malam ni. Ada hal yang perlu disetelkan.” Beritahu Azmi pada aku.

“Ah, kalau kau balik, aku tak nak duduk sini sorang-sorang.” Balas aku sambil membayangkan peristiwa petang tadi.

“Ok. Kalau camtu, kita balik KL kejap. Malam nanti kita datang balik.”

“Wey! Kau tau tak brader tadi tu?” Ujar aku memecah suasana sunyi perjalanan ke kota KL.

“Sebenarnya dia tu dah tak ada…” Beritahu aku pada Azmi yang sedang fokus memandu.

Tergamam sebentar si Azmi.

“Ye ke??? Mana kau tau?”

“Aku tanya Faizal la…sebab aku tengok brader tu macam misteri je. Bila kita ada situ, dia pun ada situ. Tak tolong pun, just temankan kita berbual je…”

Cerita daripada Faizal – staf di daerah situ – melengkapkan peristiwa sepetang di kaki Banjaran Titiwangsa. Menurut Faizal, Azlan sememangnya pengawal keselamatan di situ beberapa tahun yang lalu. Tetapi beliau dikhabarkan telah hilang diculik dan dilarikan oleh entiti non-human ke dalam hutan di kaki banjaran.

Perjalanan ke kota KL terisi dengan ulasan-ulasan menarik antara aku dan Azmi berkaitan peristiwa petang tadi.

“Alina perlu tau kisah ni. Nanti esok aku tuliskan dalam blog.”

[,]

Tapi, pengabaian juga harus dipertimbangkan juga kerana aku dan Azmi sungguh bijak memikirkan kisah-kisah yang menarik.

 

[……………………………..]

Kisah di atas adalah salah satu daripada entri terbaik Imran. Tajuk asalnya Peristiwa Sepetang di Kaki Banjaran Titiwangsa bersama Azmi dan Alina. (Aku rasa mungkin best sebab salahsatu wataknya, aku kot.. :P)

Maaf kebelakangan ini jarang update. Sebenarnya aku ada 2-3 lagi blog lain yang gedik dan nakal yang terpaksa aku maintain.

Tapi maaf tak boleh cakap. Cari sendiri.

6 komentar

  1. Kliwon Banjaran Titiwangsa…


  2. First and second


  3. wah blog gedik dan nakal? kena siasat ni


  4. Juga yang ada seorang yang bernama Azlan…hehe

    Thanks for this entry.


  5. ~ Sebenarnya aku ada 2-3 lagi blog lain yang gedik dan nakal yang terpaksa aku maintain~

    hahahaha! rasa nak cakap ayat yg sama.😀.


  6. nizam. masa tu bukan keliwon lagi.

    stam. syhh.

    imran. haha lawak eh.

    kaklily. heeee~



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: