h1

Konserto Terakhir.

Juli 10, 2009

Foto: Din Dirann

Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan

Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Bebaskan… Ku ingin dilepaskan… Kita tidak sehaluan… (Ya Lan, permintaan kau sudah ditunaikan) Lirikata itu keluar bercantum dengan muzik dan berkepulkepul di ruang. Menjadi asap dan awan yang kedua sayu selepas awan sayu Sufian Abas.

Sekeliling dapat rasakan emosi syahdu Lan dalam suaranya semasa menyanyikan lagu ini. Lebih-lebih lagi apabila selesai, dia terus mendapatkan Taja dan memeluknya. Momen emosional. Yang pasti akan berputar rakaman visual ini setiap kali aku mendengar Lagu Untukmu. Lan telah bebaskan dirinya (atau dibebaskan?).

Ya. Lan MUH secdara ofisialnya telah keluar daripada bandnya MUH pada 5hb June 2009 di Hard Rock Cafe. Menamatkan segala spekulasi dan khabar angin. Tapi yang terdekat atau peminat arden tahu bahawa sudah tiba masanya.

Dan aku rasa mereka memberikan suatu persembahan terakhir sebagai sebuah kumpulan yang cukup gaya, mutu, keunggulan seperti Benson and Hedges! Mantap! (Walaupun aku rasa mereka patut buat di venue yang lebih besar, contohnya kat stadium!)

Tapi sayangnya sungguh ironi.

Dan pastinya momen MUH muncul bersama vokalis baru ditunggu-tunggu oleh peminat. Dan harap dapat memberi impak (walaupun sementara) seperti gabungan vokalis Soundgarden dan band Rage Against the Machine yang bergabung dan membentuk kumpulan Audioslave. Dinamiknya band baru ini telah mencipta muzik unik gabungan dua genre. (Keterujaan peminat muzik sementara saja kerana kumpulan hebat ini juga berpecah.)

Dan jika vokalis baru MUH ini individu yang berbakat baru, hal perbandingan di atas juga tidak diambil kira.

Dan Lan pula akan membentuk band lain yang diberi nama Azlan and the Typewriter. Gila skima indie nama tajuk band.

MUH ialah antara band terbaik bagi aku dan lagu-lagu Taja memang cukup rasa dan perisa. Selain daripada yang selalu terdengar di radio, tv dan juga drama bersiri, ada juga beberapa lagu lagi yang agak bagus tapi tidak menjadi juara carta mahupun juara Heavyweight.

MUH antara yang selalu temani aku ketika memandu di lebuh raya. Dan lagu yang paling aku gemar ialah lagu Pari-pari Bawah Angin, Hilang, Hanya Khayal dan Mahkota. Dan ya, lagu Hanya Khayal dan Mahkota bukan nyanyian Lan. Aku rasa Taja yang nyanyi. Dan kalau Taja yang jadi vokalis MUH pun aku lagi suka.

Ada yang kata, selepas ini tengok sama ada kekuatan MUH pada Lan atau pada MUH sendiri. Sama ada Lan boleh bergerak tanpa lagu-lagu Taja, atau sama ada ada vokalis lain yang boleh membawakan lagu Taja sebaik Lan.

Bagi aku, hanya thumbs up pada mereka kerana telah mewarna pelangi industri muzik tempatan yang kelabukelabu asap dulu. Dan semoga Lan dan MUH gembira dan selepas ini berjaya (walaupun aku rasa nak ketuk aje kepala diorang dua ni sebab aku suka kombinasi MUH ni).

Dan ketika kami berpusu-pusu keluar, awan kedua paling sayu tadi tiba-tiba merenjis embun dan memenuhi setiap gelas, setiap gambar di dinding, dan terpercik juga pada jaket-jaket brassband instrumentalis MUH. Dan Lan pula semakin lama semakin hilang dalam celah kepul-kepul awan sambil mulutnya masih terkumat kamit ~bebaskan bebaskan kuingin dilepaskan…

Tapi eh sebentar. Tiba-tiba ada seseorang yang memakai baju kelabu, sedikit gempal berambunt kerinting melaung dari sudut kanan pentas, ‘Aku rasa Bakri yang sebenarnya bawa taboo. Band yang dia join, mesti problem atau berpecah!’

Oopps. Tak sayang mulut betul mamat ni. Bakri session je lah.

8 komentar

  1. sayang sekali band yg sebagus ini berpecah. dah tak ada jodoh. kita lihat nanti apa kisah mereka dimasa depan.


  2. erm. sori, MUH bukan citarasa aku pun. sangat boring. cuma vokal lan je yang unik. band terbaik pernah wujud Fathul dan Maggotsnya itu la.. tapi bagi aku la. mungkin aku agak ketinggalan dan kolot kot. tak apa kan?


  3. wolf. nanti lagi spuluh taun, derang bikin konsert reunion.. huhu

    rahimin. infectious maggots dan spiral kinetic circus antara band terbaik pada zaman itu. dan pada genre mereka sendiri. itupun sebab fathul. pilgrims pun aku suka. muzik derang mantap. dan yang ini mungkin sebab muzik taja? ataupun pada zaman ini munculnya? entahlah aku pun tak pandai pun bab bab ni.


  4. Aku suka cerita kamu, tapi MUH aku tak pernah dengar lagu2nya secara serius atau sambil-sambilan.
    Apa yg terjadi, mungkin perkara biasa yang berlaku terhadap banyak band didunia ini. Syarikat rekod selalunya akan cuba mengambil vokal sahaja, dan bandya pula,ditinggalkan. Mereka lebih suka membayar harga untuk seorang dari berempat..

    Semasa The Doors mahu diikat kontrak, beberapa agent syarikat rakaman cuba memujuk Jim Morrison untuk bergerak solo, dan meninggalkan the doors. Ikat kontrak solo,lebih banyak wang Jim akan dapat-kata agent itu. (utk syrikat rekod pula,lebih murah maintain seorang dari berempat)

    Tapi, Jim luku kepala agent itu dan dia amat pantang jika orang cuba menghasut the doors utk berpecah.

    Tapi,ramai mangsa sebenarnya. Semua artis berkumpulan dimalaysia, akan cuba keluarkan album solo,tak caya? cuba selidik kenapa.

    err..saya ada source kat ‘dalam’ yang bagitau.

    TQ


  5. Aku sangka dunia kapitalis yang selalu berubah, dunia muzik pun sama dinamiknya…

    Memang sungguh ironi lagu yang itu…


  6. ji. pernah tak ada oang cakap muka kau macam Lan MUH? hakhak…
    mungkin sebab kau lebih suka muzik yang keras sket kot..🙂 tapi yang tentang vokalis saja diambil, mungkin betul gak. tapi band itu kena betulbetul kuat untuk bertahan. setakat ni estranged masih ok walaupun vokalisnya sudah boleh jadi stand alone soloist. er.. source kat ‘dalam’? eermmm..

    nizam. semua benda pun ada dinamiknya, tak gitu?


  7. aku takdelah sedih kot. biasa ah. benda2 macam ni. tapi kalau silkhannaz berpecah macam rasa nak lempang je abang jaie tu. ini band lagi lama. aku rasa aku membesar dengan lagu2 silkhannaz selain dari band-band rock kapak sebelum terjerumus menyelami ideologi hc/punk sikit2-mungkin disebabkan idea2 yang ada lagu itu berjaya menendang2 otak aku untuk memberontak.

    rahimin,
    dah dengar abg fathul punya cd? terbaik. puisi2 sentap rabak makan dalam beb.


  8. MUH rocks!



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: