h1

Pada hari aku malas senyum dan ubah kontrak sosial.

Juli 22, 2009

Hari itu aku malas mahu senyum. Dan petisuara pula tertinggal di bilik kecil, yang letaknya sejauh 55 km.

Jadi aku batal semua temujanji dan rancangan mahu bersosial dan bertemu makhluk-makhluk Tuhan.

Aku batalkan ajakan sekumpulan Dewa 19 untuk tonton aksi Setan Merah di stadium. Kalau mahu ikut mereka, kena punya petisuara saiz bass atau tenor.

Aku batalkan juga ke Lepaq Café untuk tonton Kelkatu menyanyi. Kerana apabila di sana, aku perlu untuk sentiasa senyum dan bertegur-teguran. Di sana pasti ada Pepatung, Kelip-kelip, Unikon dan Unggas Dewata. Oh dengarnya, lalat juga ada di sana. Jadi, takkan aku mahu bisu dan bermasam muka dengan sekumpulan mahkluk rimba yang comel? Sangat tidak manis.

Aku batalkan pula untuk ke perasmian pameran lukisan di Bangsar. Oleh Razlan the Centaurs dan teman-temannya. Malas aku mahu senyum dan mengiakan segala kata percakapan  Orcs, Gargoyles, Garuda dan Pegasus yang khabarnya pasti hadir. Tahulah kan, mereka ini golongan intelektual. Kalau aku diam saja tanpa menyanggah apa-apa, pasti kena cop dangkal dan jumud.

Aku juga tak mahu jadi salah seorang statistik Baudrillard. Dia kata, masyarakat sekarang lebih suka duduk tonton televisyen daripada terlibat dalam gerakan politik atau sosial. The death of social, katanya.

Lalu aku mesej teks teman baikku, Nymph yang tinggal di tempat sunyi di atas bukit. Ajak dia gembirakan aku untuk malam itu. Nymph adalah antara temanku yang berpaksi minimal dan paling Switzerland.  Tidak suka ke acara-acara serius mahupun pesta mudamudi atau Frinjan. Kalau dia bertemu Ruhayat, aku jamin pasti Ruhayat akan berkata, Eh, kawan u tu anti-sosial eh?

Sebagai rekod, aku punya ramai teman rapat sebegini. Jangankan ber-facebook, YM pun mereka tidak ada. Ya serius. Ada golongan makhluk begini. Jika bersama mereka, janganlah bercerita dunia blogger, atau apa-apa saja tentang masalah dunia. Pasti dapat pokerface. Blog ini pun mereka tidak pernah singgah. Aku pun tidak mahu paksa. Biar mereka dengan lembah remot mereka.

Aku suka begitu.

Jadi kami ke Piramid. Yang di Sunway, bukannya di Mesir atau Las Vegas itu. Mahu tonton sekumpulan kenderaan bertukar menjadi Robot yang gagah perkasa. Dan boleh mengeluarkan airmata. Dengarnya, Pipiyapong pun ada pelihara robot ini. Aku pernah lihat. Walaupun robot peliharaannya itu punya tempat duduk fleksibel yang boleh dicabut-keluar-pasang-siap, tidak punya rangka cermin, dan pintunya tidak punya sebarang alas, tapi percayalah, pabila bertukar jadi robot, dia akan menjadi robot yang paling cool.

Ini adalah hari dimana aku batal semua temujanji dan rancangan mahu bersosial dan bertemu makhluk-makhluk Tuhan.

Dan setengah jam sebelum tayangan tamat, temanku Nymphs sudah terlena di sebelah. Tiba-tiba aku tergelak kecil.

16 komentar

  1. first!


  2. agak2 la, tengok transformers pun boleh tido..memang anti sungguh nih…heheh


  3. Aiyo, boleh tido ka? Bukan, dia menghayati lebih dari segala.
    Dia dah transformed dari nyata kepada mimpi…


  4. Kalau saya muda mudi seperti anda, di era ini, saya juga pasti sukar untuk duduk diam! How colorful your life is. Banyaknya aktiviti sampai tak cukup tangan nak hadiri.
    Maaf ya jika Kak Intan masih belum dapat singgah di Frinjan walau berkali dapat jemputan….terlalu jauh dari rumah saya dan menyebabkan masa untuk kembali mereport kepada dua Autobots kecil di rumah terlalu lama. One day.


  5. oh dalam fiksi akak ada satu cerita robot bernama Jake. Mau lapiskan besi-besi yang ada padanya dengan kulit dan wajah David Curasso(CSI Miami)

    aduh,kacaknya dia!


  6. Salam Alina,

    Dah dah, jangan bersungut lagi. Pompuan cantik cam Alina kalau bersungut kan, lagi cantik!😉

    Maka agar si cakapaje tak jatuh hati, janganlah bersungut lagi ye. Jemput, dengan penuh merendah diri kerana diri ni bukan orang seni, ziarah blog gambar den di http://otak-cakapaje.blogspot.com dan berikan kritikan panas.


  7. Woit! Dah di moderate ke blog ni?


  8. erm. kerata kumbang aku boleh transform gak.


  9. ji.🙂

    wolf. haha. bukan anti, cuma tak minat.

    nizam. ya betul tu.

    kakintan. perlu habiskan tahun ni. tahun depan mahu hibernate. dan hilangkan diri.🙂

    kak. caruso memang kacak kak, tapi dah atuk2. cari yang muda sikit. haha.

    abgshah. dah jenguk.🙂

    aie. oh itu setuju sangat! first time naik memang rasa bangga terlebihlebih. semua pandang eh? lagi terkejut orang bila tengok dia transform ke autobots. jangan main2.


  10. Ya, kita perlu 2 jenis kawan:

    1) kawan maya
    2) kawan yang anti-maya

    Inilah keseimbangan sosial sebenar!!!


  11. tahun depan nak hibernasiii??? kawen ke buat phd? Apapun takde alasan untuk tidak aktif di maya kerana ke mana pun anda nak pergi pasti ada WIFI!😉


  12. Mmg ada hari2 yg sebegini. Nak duduk rumah saja dan tak keluar2 bersosial.


  13. salam, hegiraz…
    aku ada invite kau sbg editor blog FILMUDA…
    thanks in advance sis…


  14. Psssst! Sepiah Mata Smokey ada sofa transformer. Mao? Kentaki or aiskerim?🙂


  15. June. Ya setujU!

    kakintan.🙂 hee~

    burn. kadangkadang.

    ajin. thanks!

    naga. nak nasik lemak.


  16. bila ada hari2 sebegitu mmg terasa nak buat semua mende sendiri. termenung sdri, tgok tv sdr, makan sdri..

    tp tetap tambah nasik 2 kali.



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: