h1

Kau tambah kata ‘elus’ dalam ‘delusi’.

September 4, 2009

Dia kata, tau tak antara tanda dan simptom depresi ialah tidak lalu makan, agitasi, fatig dan kurang upaya untuk berfikir dan buat keputusan.

Baguslah. Boleh aku kuruskan badan. Dan boleh juga aku ganti balik tidur yang kurang, balasku sambil merenung bintang-bintang di langit yang tiba-tiba bergerak dan membentuk gugus capricorn.

Dia mendengus dan menyambung, aku takut kau nanti jadi murung. Isolasi sosial. Tambah teruk jika tiba-tiba nanti kau schizo.

Kalau begitu, ada sebab untuk aku ke gudang, kan? Aku balas.

Esok aku mahu kautonton Heroes. Setidak pun Gossip Girl. Aku mahu ambil semua siri Mental. Siri Mental ni buat kau dalam penafian, katanya bersuara perlahan namun tegas.

Aku tenung mukanya yang lama kelamaan hilang dalam cermin di hadapanku.

Dan aku renung kembali langit. Awan hitam menutup gugus-gugus bintang di langit. Dan gugus bintang tadi bukan membentuk capricorn, tapi blot ink Rorschach. Yang kulihat, dia bersayap hitam.

7 komentar

  1. Isolasi sosial tu penting beb….

    Bak kat Andy Warhol, ‘jika kamu mahukan lebih masa untuk diri sendiri, kamu mesti buatkan diri anda kurang menarik”. Untuk kurang menarik kita perlukan satu momen isolasi sosial.


  2. Ya teh. itu yang gua cuba buat sekarang ini. C u b a.


  3. Mental sucks lew. Gua tak menulis sebab tak ada cerita yang besh keluar dari kepala.🙂


  4. Uzlah…. aku dah lama buat… ada bagusnya being detached from people…
    Tapi, menjadi terlalu anti-sosial… sampai sekarang.

    Isolasi biar berpada-pada… isolasikan diri dalam ramai, itu lebih hebat.


  5. semua manusia mental.
    semua manusia ada hari anti-sosial.

    siapa tidak mengaku
    sah penipu.

    p.s. boleh turunkan iklan printxcyle itu? ada penstrukturan semula. (katanya) terima kasih untuk sokongan selama ini.


  6. Oh, peminat Watchmen juga ke?


  7. Oh yeah.



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: