h1

Buluh runcing 090909.

September 10, 2009

Hari ini sepatutnya semalam. Tidak. Aku tidak punya mesin masa. Cuma tidak punya cukup masa sahaja.

Tadi (baca: semalam) tika sedikit tersekat dan hampir mahu muntah buat proposal, aku pasang sayap dan terbang melawat blogblog makhluk. Ya. Tukartiub termasuk dalam senarai. Sekalisekala minda aku ini perlu sedikit cas revolusi. Oh ataupun jenaka sinis. Dan tibatiba terbabas ke Faisal T dan Kujie. (Wah, berima!)

Kalau aku tidak tergelincir ke sana, pasti aku jadi orang yang paling bawah tempurung atau lebih teruk lagi seperti tempat yang tiada kemajuan gelombang ketiga mass media dan internet serta Astro (bawah tempurung masih dapat wireless).

Jadi, mari kita memahami agresi dan puncanya.

On second thought, tak payahlah. Aku jangka pembaca-pembacaku semuanya berpengetahuan dan bijak pandai.

Jika kes ini dibentang di hadapan Dr House, pasti dia kata ini glitch neuro atau otak. Setiap masalah psikologi bagi House ada kaitannya dengan saraf atau otak. Ya kepala otak kamu.

Jika dibentangkan di hadapan Dr Jack, dia pasti akan lucutkan bajunya dan telanjang. (Jangan bervisual yang bukan-bukan!)

Aku ada teman yang kerap guna kata dan langue Indo. Aku ada teman yang gila suka lagu Indo. Aku juga ada beberapa orang teman yang kini sedang belajar di Indo. Dan antaranya telah berkulturasi dengan budaya Indo. (Ya. Mari kita pastikan kata Indo ada pada setiap ayat.)

Aku juga ada teman yang pernah mengkaji agresi dan didepiksi pada kanvas dan sejurus menghasilkan karya yang mantap estetik.

Bercakap tentang karya, aku seharusnya puasa blog pada hari ini. Fokus maksimal, dear!

Dan bercakap pasal puasa, aku rindu nasi lemak pagi hari.

Ok, whatever!

Dan aku rasa aku patut berhenti baca blog Abang Kamal kita dan mula baca blog abang Azwan Ali.

Seriously? No.

Ok. Ok. Aku sepatutnya sudah henti tonton siri Gossip Girl.😛

10 komentar

  1. Indo kata mahu ganyang kita.
    Mereka kata kita adik yang lupa.

    Aku kata kenapa masih di sana?


  2. Sangat menakutkan okay kat sana.

    Saya baru hari tu kena baling mercun.
    Tak kelakar.

    Tapi dah balik!😀

    Alina okay?


  3. Elok juga terbang sekali sekala, ikan sungai pun naik ke atas ambil nafas sekali sekala. Kalau tak, mungkin lemas. Atau mungkin juga rimas…


  4. […] Tadi (baca: semalam) tika sedikit tersekat dan hampir mahu muntah buat proposal, aku pasang sayap dan terbang melawat blogblog makhluk. Ya. […] Go to Source […]


  5. Alina nak baca blog Azwan Ali? Tolonglah. Ini mungkin bukan Alina yang saya kenal😀


  6. ahmad kamal, mungkin ikon satu kehidupan punkrock di sini. mungkin lah.


  7. een, saya annoyed sgt dgn gossip girl tapi saya tetap tengok sampai habis season latest.

    citer bersiri memang susah nak brenti.


  8. imran. aku fikir itu minoriti sahaja. jika dikaji, nenek moyang kebanyakan melayu di sini juga asal sana. pasti mereka tidak mahu mengerti atau saja provokasi media.

    mimi. yay! mimi sudah pulang!!! selamat.

    nizam. hampir lemas. rimas sudah tentu.🙂

    nida. haha nida. blog address dia pun sy tidak tahu.😉

    juna. ya! setuju! 102%!

    ili. ya ili. tapi cerita itu sungguh seronok ditonton. budaya masyarakat atasan di sana. msia patut buat cerita mcm ni satu. hahaha.


  9. gossip girls dah bosan walau mereka masih hot.


  10. puasa blog?
    hee…juga sedang cuba~



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: