h1

Tu sais je t’aime.

September 18, 2009

Semalam buat pertama kali aku singgah di Pasar Ramadhan. Bukan gerakan anti bazaar Ramadhan (g.a.b.a.r), cuma setiap kali singgah, pasti akan beli banyak. Bukannya untuk dimakan pun, cuma rasa kasihan pada peniaga. Untungkah mereka dengan jualan?

Ada sesetengahnya pula, masa sudah makin hampir berbuka tapi makanan yang dijual masih banyak. Semalam pun aku jalan tunduk saja ataupun hanya tengok juadah yang dijual. Tak berani mahu pandang para peniaga.

Sekejap lagi dalam jam 11 atau 12 tengah hari, aku akan berangkat pulang dari TM  (bukan Telekom Malaysia seperti sangkaan Naga pada mulanya). Pulang itu maksudnya dibaca berangkat ke Subang Jaya.

Playlist di sepanjang lebuh raya mungkin lagulagu Peranchis Dato Shake. Dan OST A Moment to Remember terutama La Paloma. Atau mungkin juga Carpenters. Lagu-lagu ini punya ‘feel’ zaman 80-an. Aku tak pasti sama ada ibu aku atau ibu saudara yang selalu pasang lagu-lagu Peranchis Dato Shake semasa aku kecil. Dan aku rasa lagu bahasa Peranchis Dato’ Shake lebih menarik lagi daripada lagu-lagu Bahasa Melayunya.

Dan ayah aku pula sewaktu pulang ke kampung setiap kali raya, pasti dia akan pasang lagu-lagu Syarifah Aini. Itu tahun 80-an aku rasa. Dan setiap kali dengar lagu lama Syarifah Aini, aku teringat hutan, gaung, lebuh raya dan jalan yang panjang.

Seperti tahun-tahun lepas, sudah tradisi (?), keluargaku akan menyambut Eidul Fitri di SJ dan pada Eidul Adha baru pulang ke kampung.

Dan beraya di Subang Jaya seperti beraya di Melbourne (tidak lah bermakna aku pernah ke sana). Dan kemuncak kemeriahan bagi keluarga aku adalah malam sebelum raya. Kami ber-bbq. Dan anakanak saudara akan bermain bunga api (dan bapa saudara mereka pula bermain mercun!). Astro dipasang. Dan yang lelaki-lelaki seramai lima orang itu akan menjadi chef serba pandai selama satu malam sehingga ke pagi. Kami yang perempuan hanya tunggu segala udang, ayam, sotong selesai masak. Best kan!

Pagi esoknya hanya sekadar tuntutan. Tiba tengah hari, masing-masing sudah bergelimpangan di ruang tamu. Keletihan dan kantuk melayan semalam malah masih terasa.

Jika di kampung, rumah keluarga tidak putus dikunjung tetamu yang datang untuk beri penghormatan pada ayahku (Macam Don Mafia pula ya!).

Di SJ pun begitu juga. Cuma ayahku kerap dibawa teman-teman beliau ke mana entah.

Dan aku rasa pada hari raya nanti mahu ajak abang-abangku dan anaksaudara nonton wayang lah. TGV buka tak?

.

.

.

Selamat berAidil Fitri dan Maaf Zahir Batin.

3 komentar

  1. Salam Aidil fitri


  2. Selamat beraya orang bandar.🙂

    Saya juga mahu menonton wayang ini raya kerana ‘tersangkut’ di bandar. apa lagi mahu buat kan? unless of course jika all my boyz (hubby included) setuju dengan idea saya untuk bergambar di tengah-tengah jalan ampang dan jalan tun razak yang akan julung-julung kali lengang…


  3. hemmm..”la paloma” memang lagu momen paling asyik ketika memandu (paling suka babak A Moment To Remember bila si gadis memakai topi penghadang api di dalam kereta si jejaka yang memandu mcm org gila..lucu.)



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: