h1

Melancong.lencong.

Oktober 27, 2009

papantandabali

Melancong atau kembara bersama kumpulan atau teman-teman boleh jadi sesuatu yang menyeronokkan.

Atau membosankan.

Dan kesempatan ke Bali beberapa minggu yang lalu, aku alami sesi melancong dan juga kembara.

Sesi melancong selama empat hari bersama kumpulan seramai 2o orang yang aku kenal hanya sebahagian (itupun atas dasar kerja), adalah suatu sesi melancong-naik bas-melawat tempat tipikal touris-shopping-shopping-dan-shopping yang akhirnya aku ambil keputusan tinggal di bilik hotel sambil siapkan buku Meor.

Sesi kedua lima hari selepas itu aku andaikan sesi kembara dimana pengembaraan menjelajah sosial, budaya, seni, politik dan hidup masyarakat bersama Zul, Pipi, Jue dan Vovin, serta teman asalnya Bali, Termana dan Ika. Itu sesi yang sebenarnya suatu ilmu eksplorasi dan eksploitasi minda-jiwa.

Sebahagian masanya kami bermotor. Sambil menghirup udara sifar kari. Dan matahari yang sangat garang.

Itu alternatifnya tourism.

Tapi diorang ni, bab bangun pagi tu.. erm.

 

10 komentar

  1. orang lelaki memang lemah dalam bab bangun pagi nih.


  2. alina, berapa bajet belanja ke bali masa pergi dengan zul hari tu? tengah merancang mau ke sana.😀


  3. Salam Alina
    Tolong hop-over ke blog Kak Naz (entry-Farihan). I want your honest opinion.
    Thanks in advance ya🙂


  4. ahh, tolong sikit,

    target asal bangun pukul 12 berjaya cepatkan ke pukul 9. Kejayaan besar tu.


  5. udara sifar kari. hahaha malaysia bau kari sangat ka kak?


  6. Matahari garang karena yg jantannya ganteng-ganteng


  7. iamvstr. oh yaaa kee??

    shafiq. memang bajet habislah. hehe.

    kaknaz. ok dah. berbakat sungguh si anak saudara ya..

    nazri. wahhh! syabbas! telah berjaya kurangkan target!

    wahyudi. eh, sangat! especially bila lalu brickfield, kan?

    nizam. oh yeah!


  8. lagi2 kalau backpakers. memang best & adventure. masa sy ke bali dulu. terus saya jatuh cinta. bebas kari dan memang bebas! rindu nak gi sana lagi.


  9. salam,
    saya suka melencong..:)


  10. sokong Vovin, sepatutnya tido seharian kalau berjalan ke luar negara…baru rilek jauh2 datang tido je..haha

    bangun jam 9 pagi walau sudah dikira berjaya tetap melanggar hak asasi di hari cuti🙂



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: