h1

Perempuan dalam kaca dan Tuhan manusia di tebing-tebing.

Oktober 29, 2009

tebing

Kata pujangga, jika mahu lihat tamadun sesuatu bangsa, lihatlah binaan-binaan mereka.

Dan ya, itu yang aku perhati semasa di Bali. Pada setiap tugu, pada setiap kubu, dan pada setiap pura di tebing dan puncak.

Ramai yang bertanyakan tentang apa yang menariknya di sana.

Jadi aku mahu jawab.

Tentang khabar yang dibawa angin cerita perempuan dalam kaca.

Tentang Tuhan-tuhan manusia yang mendiami tebing-tebing tinggi pinggir laut.
Dan patungan yang memacak di setiap penjuru daerah.

Tentang matahari yang garang pada waktu tengah hari dan memohon keampunan penuh jingga pada sebelah senjanya.

Tentang makhluk-makhluknya yang separa sinis dan separa tidak mahu peduli.

Tentang penganutnya yang seakan memaksa untuk religus dan memohon oblivion setiap penggal hari.

Tentang makanan yang memaksa aku untuk berpuasa seketika setiap kali.

Tentang udara yang sifar kari dan berbau masam pada malamnya.

Tentang bunyi-bunyian yang mengisi vakum deria setiap jeda, setiap ruang.

Tentang para teroris yang ghaib dan bersembunyi, dan jiwa-jiwa yang mahu membunuh mereka.

Tentang mitos dan lagenda yang terpalit pada setiap wajah, setiap dinding, setiap tembok, dan setiap yang berlari.

Tentang jalan-jalan yang sempit dan intim membina tembok di kiri kanan.

Tentang gunung yang masih kukuh menunjang, tentang danau yang selaut birunya biru, dan pepohon. Dari setingginya daratan sehingga sedasarnya lautan.

Tentang ironi.

dan tentang jiwa yang mahu bebas dan bersalut dosa.

Nah, masakan mahu ketinggalan selami semua ini?

bakarjagung

7 komentar

  1. wah, banyak jugak perkara yang kamu hendaklah jawab ini yer.


  2. bali bali bali.

    tak sabar nak tunggu hujung tahun.

    haih.


  3. Salam Alina.
    Sudah baca buku Adrian Vickers (Bali: A Paradise Created)?
    Very enlightening.
    Have a nice weekend🙂


  4. bestnya pergi Bali! Masih di sana? 🙂


  5. Salam. Alina
    Ini aku ibu Iga dan Rini merindukan Ibu Alina kapan lagi ke Bali-Singaraja.
    Maaf ya aku nongol di blog teman aku….
    salam untuk semua keluarga


  6. Tentang syurga yang berada atas bumi manusia…


  7. 🙂
    semalam pun begitu selalu ada yang bertanya apa mahunya hari ini



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: