h1

Ada. cinta. Pada setiap kali kauterbang ke arah matahari.

November 10, 2009

Ada cinta yang terang, ada cinta yang samar, ada cinta yang langsung tak nampak – Jo, Anak Halal.

Mari kita tambah:

Ada cinta yang hanya berkata-kata tetapi tidak bercakap.
Ada cinta yang hanya melihat tapi tidak nampak.
Ada cinta camouflage, bagai moth cokelat di atas daun kering.
Ada cinta yang mereput setiap hari.
Ada cinta yang semakin jauh.
Ada cinta yang nikmati sunyi, nikmati sepi.

Ada cinta yang durhaka murka
Ada cinta sadis penuh tragedi, agresi.
Ada cinta candu, dipandu melulu.
Ada cinta sempurna. Hampir. Hampir sempurna.
Ada cinta Ikarus bersayap, dimakan api.

Ada cinta obsesif kompulsif.
Ada cinta repulsif.
Ada cinta depresif.
Ada cinta dalam penafian.
Ada cinta lima tingkat pangsapuri.
Ada cinta popular, petik jari sepuluh kemari.
Ada cinta boomerang, berputar kembali setiap kali.

Ada cinta kanvas, impasto pada palitan sfumato.
Ada cinta konseptual.
Ada cinta kant,
Ada cinta kierkegard, tanpa soalnya mati, tetap tidak mahu hidup.
Ada cinta rakaman wayang. Penuh obskura.
Ada cinta yang mencari Tuhan. Dalam diri.
Ada cinta mengejar pelangi palsu, terlupa bunga-bunga di bumi.

Ada cinta yang bernafas inhale-exhale.
Ada cinta jiwanya zombie, memaksa diri untuk bangun setiap pagi.
Ada cinta yang hanya kasih, tanpa merah, tanpa darah.
Ada cinta yang digantung. Tanpa tali.
Ada cinta yang memandang sayu, pada cinta lain yang bisu.

Ada cinta yang materi, pateri pada keluli.
Ada cinta yang memuja pada bidadari plastik, narsistik.
Ada cinta yang tidak punya cinta, tidak punya rasa. Tawar.
Ada cinta hedon yang penuh gembira dan pesta ria.
Ada cinta talian, teknologi, teks mesej, dan tanpa haluan.

Ada cinta pada setiap sepakan penalti.
Ada cinta fantasi, terawang dan bersawang.
Ada cinta pada petikan celo, gitar, dan tiupan panflute.
Ada cinta dalam c minor, sumbang.
Ada cinta yang penuh sekarung dosa.
Ada cinta seguni penipuan.
Ada cinta yang penuh curang sedalam jurang.
Ada cinta yang berbagi.
Ada cinta terbahagi.
Ada cinta mati.

Dan ada cinta. Untuk kamu. Nikmati.

KEMASKINI dari temanteman dan pembaca. (Wah kita boleh bagi sama Sang Freud Press untuk buat buku frasa poket ni.)

1. ada cinta semanis masam air ribena! – aishah

2. Ada cinta yang sengaja diada-adakan… Pelesu tu…– Nizam.ariff

3. yang pasti, semua cinta pasti ada derita, kecuali cinta pada-Nya. – ilisyazwani

4. Untuk cinta, aku hilang dalam realiti. Terbang dalam fana. Dan kosmos pun bergegar! Goncang! Ya. Seluruhnya! – Terompahkayu

5. cinta pelangi.
bila ada hidup warna warni

bila tak ada jadi rindu dan sunyi – pisey

6. ada ‘cinta sabun mandi’. hari2 boleh nyanyi. ha ha – rahimin idris

7. ada cinta macam fake plastic tree. – rembo

8. cinta mongolia kena bom. – bainun

9. Ada cinta secawan caffien, tak dapat minum hidu aroma pun sudah menggegar jiwa. – Water Lily

10. ada cinta macam orang main polis-sentri. kena kejar, tunduk duduk. selamat. err…ada ke? aku pun tak pernah faham cinta.ImranAbdulJabar

11. Ada Alina di baris ketiga. – MARSLI N.O

12. ada cinta tanpa suara tapi penuh sandiwara.PAP

13. ada cinta macam haram tapi halal.junA

16 komentar

  1. ada cinta semanis masam air ribena!


  2. Ada cinta yang sengaja diada-adakan…

    Pelesu tu…


  3. best2 entry ni. nak copy paste boleh tak kak Alina? hehe


  4. yang pasti, semua cinta pasti ada derita.


  5. kecuali cinta pada-Nya.


  6. Untuk cinta, aku hilang dalam realiti. Terbang dalam fana. Dan kosmos pun bergegar! Goncang! Ya. Seluruhnya!


  7. cinta pelangi.
    bila ada hidup warna warni
    bila tak ada jadi rindu dan sunyi

    =) nice ni.


  8. ada ‘cinta sabun mandi’. hari2 boleh nyanyi. ha ha


  9. ada cinta macam fake plastic tree.
    eh, ter’radiohead’ pulak.


  10. cinta mongolia kena bom. 0___o


  11. Wah! Banyak falsafah CINTA

    Nak tambah juga

    Ada cinta secawan caffien, tak dapat minum hidu aroma pun sudah menggegar jiwa.
    😀

    ps: akak tau, Nizam akan cakap kopi janda haha!


  12. ada cinta macam orang main polis-sentri. kena kejar, tunduk duduk. selamat. err…ada ke? aku pun tak pernah faham cinta.


  13. Ada Alina di baris ketiga.

    MARSLI N.O


  14. een hahahaha. laa.. dia pegi listkan pulak.


  15. ada cinta tanpa suara tapi penuh sandiwara.


  16. ada cinta macam haram tapi halal.



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: