h1

Misi mencari Sukab.

November 18, 2009

Selepas sedikit kacau dengan banyak acara, ke sana kemari, aku ambil 4 hari untuk menghilang. Aku berkontemplasi dan mencari akal. Tempat isolasi ini tiada akses web. Cuma sesekali ke restoran mamak berdekatan untuk hantar emel.

Cuaca pula memahami dan matahari hanya mucul sekalisekala.

Namun akal dan minda aku begitu lambat untuk mula berfikir. Tempoh 4 hari ini nyata tidak cukup untuk habiskan tulisan. Pernyataan masalahnya sudah ada, cuma mahu susun perenggan dan cantum puzzle pada tulisan-tulisan yang aku conteng di sana sini. Aku pun sudah sesat jauh daripada tajuk asal.

Ditambahnya dengan manusia gila di seberang bilik yang bila-bila masa saja tampak seperti mahu menyerbu dan menikam aku.

Dan aku hanya mampu memandang kertas berteks yang semakin lama semakin bertukar menjadi lukisan dan contengan psikedelik. Dan skrin komputer yang semakin lama bergerak seperti ril filem.

Ya. Aku fikir aku sudah menjadi orang bodoh yang merindu.

12 komentar

  1. sama sama sama sama sama. tak tahu bagaimana nak mula.


  2. Membaca.


  3. Kenapa harus pergi jauh, Alina? Biarlah Sukab yang datang mencarimu. Atau, jika masih mau mencarinya, ia ada di Damansara Damai.

    K.A. aka Sukab.


  4. ambil masa sikit “enjin” tu mahu panas.


  5. kakintan. apa kata mula dengan lagu atau gambar???🙂

    pakmarsli. ya. baiklah. terim akasih atas unjuran.

    KA aka Sukab. Aduh. Tak sangka Sukab boleh ke mari dan baca post ini. Malunya saya.

    yudi. ok. dah setel!


  6. lama tak jengah entry2 kamu.. bukan sebab lupa.. tp sebab kerap kecewa tak seseni kamu. natijahnya aku tak faham penyampaiannya.. tu pasal kecewa hehehe…


  7. semoga kamu temui apa yang dicari.
    🙂


  8. jgn gundah.. nanti akan ok ok belaka..


  9. Siapa kah SUKAB.?


  10. mira. lor kau nih. tak payah kecewa2 babe.

    ktm. aku suka foto2 kamu.

    petak. sukab itu watak dalam cerita pak seno gumira.🙂


  11. Alina,

    Jangan berbohong. Ceritakan pada mereka siapa Sukab sebenarnya. Hahaha. (Aku akan buat2 tak nampak dan tak dengar…)


  12. hafiz.😛



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: