h1

(5000) days of summer dan kisah seribu satu malam.

November 24, 2009

Ceritalah.

Ceritalah lagi tentang pujangga dan pemikir yang mati kedinginan. Tentang Popper yang tidak pernah kukenal. Tentang eksistensialis yang meracau marjinal.

Ceritalah lagi tentang daerah yang amat dingin pada petangnya. Dan tentang kota penuh binaan lama.

Ceritalah lagi tentang suami yang curang. Tentang kasih yang tiba-tiba muncul daripada seorang anak yang ditinggalkan. Tentang anak kecil penjaja yang kebasahan di daerah kota yang penuh manusia palsu. Tentang Tuhan dan dunia yang kejam.

Ceritalah lagi tentang pemimpin yang terpaksa bersuara, dan pengikut yang memilih untuk tidak setia. Tentang politik dunia siswa yang dangkal. Tentang korupsi dan konspirasi pemimpin peringkat tinggi.

Teruskan bercerita tentang ideologi muzik Bethoven. Tentang Bocelli yang menjeritjerit sayu.

Ceritalah. Kisahmu jadi makanan akal dan jiwa.

9 komentar

  1. aku pun mahu mendengarinya.

    ceritakan.


  2. encik karl popper? positivisme logis dan rakan-rakan lingkaran vienna? cuba tanya kepada encik wittgenstein tentang konsep idea dan makna dalam tractatus. (khabarnya ia menjadi teks suci penganut2 positivisme).

    lama sungguh tidak mendengar khabar tentang encik popper dan encik wittgenstein.

    alina, apa khabar juga?


  3. Alina,

    you kerja di UPSI ke?

    -FdausAmad Tg malim-


  4. tiba-tiba rasa ingin menyelongkar rak. mencari seribu satu malam.tq.


  5. ceritalah?
    ya, cerita lah ni.
    pasal makanan kegemaran saya?
    atau mengenai kegagalan diet vegetarian saya?


  6. Aku nak bercerita tapi cerita tu hilang setiap kali aku terjaga dari mimpi…


  7. Cerita lah tentang anak-anak yang jadi jajaan ibu bapa yang menikam rasuah di setiap poket-poket yang berdebu dan haus kan intan belian.Tapi anak-anak jajaan hanya menunggu titip wang ringgit yang sebenar nya menyamar akan kehendak kasih sayang.Dan kebebasan.


  8. aidil. kita tunggu siapa yang mahu bercerita.🙂

    echo. oh nampaknya kena bertanya pada en witt lah ya. tidak apa. saya punya en witt saya sendiri.🙂

    lama juga tidak dengar dari kamu. rindu mahu baca surat2 kamu. apa khabar? saya baik saja.

    firdaus. u kerja di UPSi ke?

    zizie.🙂. saya punya seribu satu malam yang edisi lama dahulu sudah sedikit relai.

    juna. ah juna. kamu seorang yang straight edge ya?

    nizam. kalau gitu, jangan bangun.

    petak. mungkin benar.


  9. ceritakanlah juga tentang enjin pesawat yang hilang.😉



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: