h1

Tentang

Tentang aku?

Aku suka pada semua seni. Termasuk juga seni menipu orang-orang yang berhati kerdil.

Aku suka menonton. Termasuk juga menonton gelagat orang-orang yang banyak menukar topeng di muka.

Aku suka membaca. Termasuk juga membaca papan tanda jalan, membaca plet kereta. Dan juga membaca karakter melalui tarikh lahir. Ya, sedikit sebanyak aku ada skil itu.

Aku suka mendengar muzik. Termasuk muzik ringtone telefon bimbit. Dan juga muzik dendangan hanna dan aisya. Biarpun pelat.

Aku suka melancong. Termasuk melancong di hati kamu. Pantainya putihkah? Senjanya indahkah? Atau ombak terlalu kuat?

Aku suka amat bunyi gitar. Tiada orang yang akan memetik untuk aku 24-7. Jadinya, aku belajar memetik gitar. Supaya aku boleh dengar bunyi gitar bila-bila masa aku suka. 24-7.

Aku ada alergi. Mungkin pada debu. Mungkin pada crowd. Atau mungkin juga pada kamu.

Aku ada fobia. Mungkin pada ketinggian. Mungkin pada kesempitan. Mungkin juga pada kamu.

Aku ada filia. Mungkin pada materi. Mungkin pada alam. Dan mungkin juga pada kamu. Tapi aku ragu itu. Kerana. Jangan mencari cinta aku. Kerana aku sudah tiada itu.

Sudah aku katakan aku suka amat pada seni? Jadinya, aku cuba untuk mahir dalam kesemua seni ini. Tapi, mana mungkin aku mampu lakukan kesemua. aku bukan kamu. Dan aku juga mahu tidur yang cukup.

Dan dalam setiap bulan. Akan ada satu malam, aku tidak dapat tidur. Terkebil kebil mengelamun dalam minda separa sedar. Aduh. Ini daerah. Bosan.

.

.

Ini bukan catatan maya (baca:blog) aku yang pertama. Ini catatan yang ketiga. Mungkin yang keempat. Dan mungkin akan ada yang lain selepas ini. Sebelumnya, catatan maya aku bersifat kedirian yang melampau. Overstatement. Syok sendiri. Umpama jurnal atau diari yang mencerita terlalu banyak rahsia. Ya, jurnal maya aku sebelumnya terlalu rahsia kerana penuh cerita. Cerita yang benar. Tiada siapa kenalan yang tahu. Aku perlu pada anonimiti itu. Tapi aku bosan. Apa perlu bercerita pada pengunjung yang anonimiti juga? Jadinya, catatan yang ketiga ini, mungkin keempat, aku tampilkan diri aku. Keluar dari kepompong. Tapi, aku perlu juga berhati-hati. Dengan tulisan. Jadinya, catatan ketiga, mungin keempat ini penuh dengan cereka-esei, realiti-fiksi, dan fiksi realiti. (Ada hati perlu dijaga.) Hence the ranting. And the chanting.

13 komentar

  1. alaaa cerita laaa..


  2. alaaa nantilah.. huhu


  3. alina, kirim alamat emelnya. saya akan menulis lebih banyak di situ.
    dan menjelaskan tentang satu dua hal. atau tiga. atau empat. atau sebanyak mana tahu yang kau mahu.

    saya tak betah duduk berlama-lama di tangga. bercerita di halaman rumah. nanti disebut orang, “bukankah emakmu sudah melarang. jangan suka bertandang ke rumah orang?”

    mungkin juga ada mata serong yang akan memandang sumbang.

    kirimlah alamat pintu di bahagian rumah ibu. paling tidak, alamat untuk ke ruang dapur rumahmu. bau asap kayu api, hitam belanga dan secangkir dua harum kopi akan lebih memikat lagi. untuk kita bercerita. tentang satu dua perkara. atau tiga. atau empat. mungkin lima!


  4. woooohaaa!


  5. […] have updated my ‘TENTANG’ page. Sorry it took me a long time to write about myself. Actually it is hard to describe about […]


  6. Salam Alina,

    Ayat last tu “Hence the ranting. And the chanting.”…kelasik! Mungkin boleh berduet dengan ‘Cakapaje…Talkonly’🙂


  7. wah sejak bila dah tukar theme kat blog ko nie?


  8. Ya. Orang seni. Pastinya. Indah tapi sukar difahami (untuk orang2 yang akalnya kurang berseni).


  9. hey tokei.
    dah lama lah. nampak sanga tko jarang masuk sini ehh?? hehe.

    eskapis.
    aah. mari kita berkongsi. alam juga indah.


  10. wah, tulisanmu bagus. komentar-komentarnya juga bagus. aku baru lihat bagian ini dan aku mulai sedikit-sedikit paham – mungkin kata orang – mengenai keindahan bahasa melayu. jadi memasuki sebuah memori yang purba. thanks.


  11. yoshi.
    terima kasih ya. ya setuju. komentar teman teman jug alebih bagus. bagus skali untuk kamu faham dan mengerti ya. aku pun sedang belajar bahasa indonesia juga. kita kan senusantara. wah gitu!


  12. Hi..

    Salam kenal ajah dech,..

    Blog Anda nyaman dibaca dan isinya juga menarik ya…


  13. Ketika di daerah bernama bosan itu, kita sebenarnya perlu menunggu dalam senyap… tanpa berbuat apa-apa. Ya, sekadar menunggu.

    Tidak perlu untuk anda meninggalkan rumah. Duduk sahaja di meja dan mendengar. Tak perlu mendengar, sekadar menunggu. Tak perlu menunggu, sekadar senyap dan bersendirian. Dunia akan hadir, menjelmakan dirinya dengan penuh keghairahan, ia akan menguit-nguit di kaki anda. ~Kafka…



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: