Archive for the ‘fikir’ Category

h1

…dan apabila Van Gogh mula berkata, para nelayan tentunya tahu bahawa laut dan badai itu bahaya, tetapi konsekuensi ini tidak pernah cukup untuk mereka tetap di pantai.

Desember 18, 2009

D U A.

h1

Ya Tuhan. Terbangkanlah aku dari sini.

Desember 2, 2009

Kadangkadang kita tidak perlu hairan pada setiap kejadian misterius yang berlaku di sekitar atau pada diri kita. Kadangnya kita tidak perlu pun asyik bertanya ‘kenapa’.

Kerana setiap kejadian yang berlaku itu, itulah yang dibentuk dan dicantikkan. Punya sebab dan akibat yang kadangkala kita sendiri bodoh mahu menerima atau ’embrace’.

Seperti kata R.W. Emerson, means and ends, seed and fruit cannot be severed; for the effect already blooms in the cause, the end preexists in the means, the fruit in the seed.

Pujangga tua yang lain pun sudah ramai yang berbisik tentang ini.

Tentang ironi. Tentang paradoks. Tentang kebarangkalian yang tersembunyi indah.

Tentang wujudnya kau. Dan juga aku. Yang bertemu di persimpangan yang bersilang.

Jadi sayang, redah sajalah.

h1

Jika Saharil sudah kata kau genit, maka kau patut sudah mula kuruskan badan. :P

April 30, 2009

Eeek! Boom! Bunyi apa tu? Ada kemalangan jalan raya lah! Langgar lari. Siapa mangsa? Bahasa. Bahasa Malaysia.

Lebuhraya Persekutuan.
26 April 2009.

.

One plus one equals zero. Ok. Anak kecil itu ulangulang sama aku. One plus one equals zero. katanya lagi. Bukan. salah! Kemudian dia sambung. One politician plus one politician equals zero brain.

Oh, pandai rupanya anak generasi PPSMI ini! Jadi siapa kata PPSMI tidak berjaya?

Subang Jaya.
25 April 2009.

(Dibacakan pertama kali di Pentas 152, 26 April ~ juga sambutan lahir. Takut juga aku jika Saudara Shamsul, Ketua AMK baling kasut pada aku bila aku baca One plus one itu!)

.

.

Dan oh tidak pasti sebenarnya stand aku dalam PPSMI.

Tidak lah menyokong. Dan tidak pula menentang. Dan tidak lah pula berada di tengah tengah. Aku tidak punya anak yang terseksa memahami. Aku pun bukannya dalam bidang yang menjadikan subjek Sains dan Matematik sebagai rumus utama.

Golput kata, tidak memilih itu juga satu pilihan. Tapi bagaimana jika memilih untuk memilih dan untuk tidak memilih. Ok. Ekuasi potong-potong. Ya aku tahu.

Dan sedikit keliru sebenarnya apabila ramai yang berbahasa Inggeris dengan aku dan aku syak mungkin mereka menyangka aku ini perempuan Inggeris atau setidaknya perempuan beraliran Inggeris walaupun berkalikali aku menjawab dalam bahasa Malaysia penuh. Dan itupun tidak apa. Tidak apaapa pun pada aku.

Tetapi ini sesuatu yang merungsingkan kerana aku pendidik. Mungkin bukan guru bahasa seperti Teacher Wani, tapi aku ada anak anak seni terpilih yang perlu dihalakan kompas mereka untuk mebangunkan kreativiti dan jati diri dalam menghadapi arus globalisasi negara.

Ok. Sebenarnya tak perlu pun. Itu cakap-cakap orang akademik. Cakap-cakap politik. Anakanak seni ini sebenarnya ada akal. Ada doktrin mereka sendiri. Tapi terhad atau terhalang kerana ada akta yang entah apa apa tu. Buat mereka jumud. Buat mereka bisu.

Ok. Sudah. Itu bukan poin utama.

Kalau ditanyakan, aku akan jawab, ajar Matematik dalam bahasa Mandarin. Sains dalam bahasa Rusia (Atau Arab. Atau Yunani. Kata Saharil dalam Teroris Bahasa, perkataan Algebra itu pun asalnya dalam bahasa Arab. Itu aku rasa semua tahu). Sejarah dalam bahasa Tamil. Seni Lukis dalam bahasa Seni. Bahasa Seni, ok. Bukannya jargon yang pelikpelik.

Dan lihatlah kebanyakannya rujukan bukubuku anakanak seni terpilih di sini dalam bahasa Inggeris. Itu boleh dimaafkan jika penerbitnya berpangkalan di negara yang bertutur dalam bahasa inggeris.

Tapi, jika hatta katalog pameran lukisan di Malaysia sekali pun dalam bahasa Inggeris, macamana nih babe? Bak kata Sinaganaga, lu ada lighter?

Dan sebenarnya kebanyakan tulisantulisan di sini pun penuh kesalahan tatabahasa.

Ok. Diam sudah.

h1

Belon lateks dan gulagula lolipop.

Februari 1, 2009
  1. Nikmati sunyi dan lapang. Nikmati sepi dan bernafas, inhale-exhale. Nikmati cerah terik dan bunyi kipas, bunyi angin, bunyi enjin kereta di jalan raya. Puas.
  2. Maka janganlah lagi panggil Zulkarnain ku itu, Alexander.
  3. Dan tragedi yang sempurna ialah apabila berlaku kematian. Mungkin bukan sempurna, tapi mutlak. Ya. Mutlak.
  4. Dan kamu ialah tragedi aku yang paling sempurna.
  5. Tidak memilih (diam) itu ertinya telah membuat pilihan terhadap kekejaman. Penguasa agresor.
  6. Jika tidak hanya jadi tolol. Tolol dan jumud. Berkatakata seperti burung kakaktua yang duduk bertenggek di palang. Dan tukar siaran. Semi paradoks atau semi sinikal. Bergelumang dengan yang itu hingga dunia pun mengejek ejek.
  7. Siapa yang sudah tandatangan surat perjanjian dengan Tuhan, sila duduk senyap. Dan pergi jauh jauh.
  8. Kadangkadang perlu untuk butuh pada keterlambatan. Supaya dapat menangkap visual gerak perlahan dalam jeda masa. Tiktok tiktok.
h1

Dunia ini tidak berkisar tentang diri kamu sahaja.

Januari 27, 2009

Dan pada hari itu kamu terasa bahawa hidup ini
sungguh fcuked up dan rasa mahu berlari sambil
menjerit di tengah jalan. Momen yang palat. Dan rasa
seperti oh kenapa dunia atau mungkin dia mesti
lakukan begini terhadap kamu dan setiap hari
duduk di sudut dan menangis. Dan menangis.

Dan menangis.

Dan mula salahkan semua orang dan salah diri
sendiri. Penafian diri. Salahkan mungkin Freud
dan Jung yang cipta libido dan depresi. Dan
merasakan bahawa setiap lagulagu di utube
adalah tentang kamu. Dan setiap muvi yang
kamu lihat paparkan kisah kecewa kamu.
Dan murung. Dan sadis. Meratap ratap sedusedan.
Dan mula meracau racau tentang pilpil dan
minuman beracun. Dan mungkin juga pisau
dan pergelangan tangan.

.

.

Well.

.

.

Get a life dear.

h1

Terhenti waktu menunggu. Takku temui penggantimu.*

Januari 21, 2009

Nostradamus pon tidak bodoh untuk meramal bahawa nanti stesen stesen radio akan memainkan lagu meet uncle hussain semula. Terutama nya stesen radio yang dikatakan hot sentiasa itu.

Semalam aku ‘ter’buka stesen radio berkenaan. Terbuka dalam ertikata sebelum ini aku elakkan untuk mendengarnya (atau boleh saja kata boikot dalam pemahaman jorji). Wah. Semakin ‘indie’ mereka! Sudah ikrar untuk 90/10 ke? (sangat oportunis!)

(nota ranting: *Petikan lirik lagu Mahkota – MUH. Aku suka semua lirik lagulagu mereka.)

h1

Bagaimana menjana pendapatan anda pada waktu resesi ini?

Januari 7, 2009

10 hari selepas tahun baru.

.

Pendapatan pasif adalah sumber pendapatan yang terjana tanpa perlu anda melakukan apa-apa kerja. Bayangkan wang anda akan berganda secara automatik setiap hari untuk anda meskipun ketika anda tidur lena atau makan angin di Pulau Langkawi selama seminggu.

Membuat keputusan yang bijak untuk diri anda adalah amat kritikal.

Jangan sesekali membenarkan diri anda membuang masa, usaha dan wang ringgit lebih banyak lagi kerana berdegil mahu mencari “pengalaman” meneroka peluang yang berlambak di internet secara sendirian dan gagal?

PERKARA: Kini adalah masanya untuk anda menjana pendapatan pasif secara autopilot

Seorang jutawan mendedahkan rahsia bagaimana beliau mendapatkan RM1 juta pertamanya.

Anda ingin tahu salah satu rahsianya?

Rahsia besar mereka adalah pendapatan pasif

Masalahnya, adakah anda benar-benar tahu caranya untuk menjana pendapatan pasif?

Dipetik dari laman web ini.

————————————————————-

.

Tidak. Bukan iklan untuk laman web di atas. Bukan juga iklan untuk menyokong MLM.

.

Tapi sila luangkan masa sedikit lihat pada tiang sebelah kiri blog ini.  Pada ruang ‘saham akhirat’. Hanya guna jari! (kalau e-banking lah).

.

Atau kalau ragu-ragu korporat ini, carilah yang lain. Buat sesuatu! Ok sayang?

.

Ok. Ok. Bagaimana kalau bantuan tak sampai? Bantuan yang dihantar di sana disekat, kan?

Jangan risau. Tuhan tolong.

Bagi aje. Yang lain tu, Tuhan uruskan.

Ya. Dan hari ini ialah hari ke 10 selepas tahun baru. Dan hari ini ialah hari yang ke 10 hijrah. Dan hari yang ke 10 selepas Palestin dijarah.

Hari ini Hari Asyura.

(Banyak dapat poin kalau memberi, babe!)