Archive for the ‘realiti-fiksi’ Category

h1

Kau tambah kata ‘elus’ dalam ‘delusi’.

September 4, 2009

Dia kata, tau tak antara tanda dan simptom depresi ialah tidak lalu makan, agitasi, fatig dan kurang upaya untuk berfikir dan buat keputusan.

Baguslah. Boleh aku kuruskan badan. Dan boleh juga aku ganti balik tidur yang kurang, balasku sambil merenung bintang-bintang di langit yang tiba-tiba bergerak dan membentuk gugus capricorn.

Dia mendengus dan menyambung, aku takut kau nanti jadi murung. Isolasi sosial. Tambah teruk jika tiba-tiba nanti kau schizo.

Kalau begitu, ada sebab untuk aku ke gudang, kan? Aku balas.

Esok aku mahu kautonton Heroes. Setidak pun Gossip Girl. Aku mahu ambil semua siri Mental. Siri Mental ni buat kau dalam penafian, katanya bersuara perlahan namun tegas.

Aku tenung mukanya yang lama kelamaan hilang dalam cermin di hadapanku.

Dan aku renung kembali langit. Awan hitam menutup gugus-gugus bintang di langit. Dan gugus bintang tadi bukan membentuk capricorn, tapi blot ink Rorschach. Yang kulihat, dia bersayap hitam.

Iklan
h1

Putri kecil dengan tongkat sakti dan sayap paripari.

Juli 30, 2009

Pada suatu hari si cilik Hanna berkata pada aku, dengan mata dreamy-nya, kalau mama dah tak ada, kalau abah dah tak ada, Hanna kemas baju, kakak Hanna kemas baju, abang Hanna kemas baju, Azim kemas baju. Lepas tu Cikna datang amik kiteorang ya? Kiteorang mahu tinggal dengan Cikna kat Subang.

Si cilik Hanna, yang berumur 4 tahun berkata pada suatu hari.

Aku rasa mahu pasang sayap pada belakang Hanna dan biar dia terbang sambil tabur serbuk bintang pada makhluk bumi.

h1

Kisahnya.

Juli 18, 2009

Ketika cahaya berbalam-balam di hadapan.
Tren daripada destinasi selatan.
Semakin menghampiriku.

Dan ketika kudepangkan tangan.
Merasa nyaman angin kelam yang memeluk.

Ketika itulah, seekor makhluk
seperti dalam lagenda Mothman
bersayap sejauh dua depa
roman grotesk rupa
terbang dari arah horizon utara

Menyambarku. Dan bawaku terbang.
Tinggalkan bumi.

h1

Apabila yang ada hanya spanar dan 2 orang teman.

Juli 7, 2009

“Bateri kau ‘kong’ ni…”

“Aku baru je servis kereta ni, takkanlah ‘kong’”

Terbantut rencana untuk menumpang kereta Alina untuk keluar lunch. Nampak gayanya andaian Alina tentang kekerapan keretanya diservis tidak tepat. Sepatutnya, keretanya diservis sempurna. Tapi, realitinya petang itu air bateri keretanya kering-kontang.

Mungkin mekanik pusat servis kereta ‘terlupa’ untuk mengisinya. Atau, Alina terlalu beranggapan baik terhadap servis yang diberikan kepada kereta beliau. Atau, Alina adalah tipikal pemandu perempuan. Atau, Alina serupa macam aku. Tak ambil tahu.

“Aiseh, naik kereta aku jugaklah…” Ngomel Azmi.

“Kita pergi makan dulu, nanti petang kita tengokkan kereta tu.” Sambung Azmi lagi.

[,]

Petang.

Matahari mulai tergelincir sehingga hampir ke paras ketinggian Banjaran Titiwangsa. Aturcara kami bertiga untuk hari itu telah pun tamat. Masa untuk pulang. Tapi sebelum itu, kereta hitam Alina harus dihidupkan.

Dengan berlatarbelakangkan lukisan alam yang begitu tenang sekali di kaki Banjaran Titiwangsa, Azmi mengeluarkan wayar hitam dan merah. Lalu, bateri kereta merah dan bateri kereta hitam dihubungkan.

“Macam Transformer.” Kata Alina.

Aksi kami bertiga menarik perhatian mata-mata yang memerhati. Sedang kereta hitam ‘menghisap’ nyawa daripada sahabat merahnya, seorang yang berpakaian seragam putih berhenti menegur kami. Azlan, pengawal keselamatan yang ramah dan prihatin. Kami senang dengan kehadiran beliau. Walaupun hanya sekadar bertanya dan berbual-bual menemani kami. Macam-macam yang kami bualkan. Azmi banyak bertanyakan tentang sungai dan air terjun yang berhampiran. Mungkin mahu masuk ke hutan lagi si Azmi ini.

Kereta hitam masih lagi tidak mahu hidup. Mungkin baterinya tak dapat diselamatkan lagi.

“Kita cuba satu kali lagi. Kalau tak boleh, kita ke pekan beli yang baru.” Cadang Azmi.

Sambil menunggu percubaan kali yang terakhir, kami berempat masih lagi berbual. Terutamanya Azmi. Tiba-tiba Azmi menyuarakan satu soalan. Soalan yang bagi aku, pasti akan menimbulkan rasa salah sangka sehingga akan terpacul jawapan yang kami tak mahu dengar.

“Kat sini ok ke? Tak banyak ke gangguan-gangguan?” Bunyi soalan daripada Azmi.

Aduh. Aku fikir mesti saudara Azlan itu mesti membuat andaian tentang isu ‘gangguan non-human‘. Ternyata sangkaan aku tepat sekali.

“Banyaaaak.” Dengan selamba saja beliau menjawab.

Hmmm. Maka fokus petang itu telah beralih daripada masalah bateri kereta hitam kepada kisah non-human di kaki Banjaran Titiwangsa. Aku sememangnya arif tentang kisah ini kerana kali pertama aku menjejak daerah di kaki banjaran tersebut ialah pada tahun 2000. Sembilan tahun yang lalu. Aku pernah mendengar kisah-kisah tersebut. Aku cuba buat tak endah. Tapi aku tak pernah menginap walau satu malam pun di situ. Aku sanggup berulang-alik daripada KL ke daerah situ.

Antara saspens dan menarik, kami ‘menemu-ramah’ juga beliau dengan soalan-soalan ‘ingin-tahu’ kami. Makin ditanya kami berdiri bulu tengkuk. Terutamanya tentang kisah seorang staf yang pernah diculik oleh entiti non-human dan dibawa masuk ke dalam hutan di kaki banjaran tersebut. Menurut Azlan, sekarang dah kurang sikit gangguannya kerana banyak entiti non-human tersebut telah pun dibawa keluar. Banyak juga katanya..pakai sebuah bas dan sebuah van! Tapi masih ada lagi yang tinggal. Terutamanya di atas menara tangki air di belakang sana.

“Selagi pokok tu tak dibuang…” Kata Azlan sambil memuncungkan bibirnya menunjukkan sebatang pokok hutan yang berada betul-betul di belakang kami.

Mata kami semua tertumpu tepat ke arah sebatang pokok yang berada di belakang kami tadi. Memang lain daripada pokok yang lain. Memanglah lain, sebab pokok lain adalah pokok yang ditanam. Azmi sempat mengimbas kembali pada hari semalamnya. Beliau seorang diri berada di situ kerana terpaksa mendapatkan line internet. Seram jadinya.

“Errmm…Ya lah. Ada sesuatu yang menarik kat pokok tu.” Komen si Alina, membuatkan suasana petang semakin kurang selesa.

[,]

Petang semakin lewat.

Setelah kembali dari pekan untuk mendapatkan bateri yang baru buat kereta hitam Alina, Azmi cuba untuk menggantikannya. Tapi malang lagi, kerana kali ini spanar saiz 10 tidak ada – dalam kereta hitam mahu pun kereta merah. Tambah malang lagi, petang sudah semakin lewat, tiada lagi orang-orang yang lalu-lalang. Hanya sepi berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa dan ditemani sebatang pohon misteri. Kali ini, mata kami tidak lagi cuba untuk menatapi pohon tersebut. Bicara kami tidak pernah menyentuh tentang pohon tersebut. Tumpuan diberikan sepenuhnya untuk menggantikan bateri kereta sebelum matahari terbenam. Sebelum daerah ini menjadi sangat gelap.

Azmi meninggalkan aku dan Alina. Dia pergi mendapatkan spanar saiz 10.

Tiba-tiba muncul Azlan – pengawal keselamatan berseragam putih. Macam tahu saja kami dah sampai dari pekan. Masih lagi seperti tadi, tersenyum manis dan sungguh mesra. Masih lagi seperti tadi, hanya menemani kami sambil berbual tanpa menghulurkan tangan untuk membantu.

[,]

“Aku kena balik KL lah malam ni. Ada hal yang perlu disetelkan.” Beritahu Azmi pada aku.

“Ah, kalau kau balik, aku tak nak duduk sini sorang-sorang.” Balas aku sambil membayangkan peristiwa petang tadi.

“Ok. Kalau camtu, kita balik KL kejap. Malam nanti kita datang balik.”

“Wey! Kau tau tak brader tadi tu?” Ujar aku memecah suasana sunyi perjalanan ke kota KL.

“Sebenarnya dia tu dah tak ada…” Beritahu aku pada Azmi yang sedang fokus memandu.

Tergamam sebentar si Azmi.

“Ye ke??? Mana kau tau?”

“Aku tanya Faizal la…sebab aku tengok brader tu macam misteri je. Bila kita ada situ, dia pun ada situ. Tak tolong pun, just temankan kita berbual je…”

Cerita daripada Faizal – staf di daerah situ – melengkapkan peristiwa sepetang di kaki Banjaran Titiwangsa. Menurut Faizal, Azlan sememangnya pengawal keselamatan di situ beberapa tahun yang lalu. Tetapi beliau dikhabarkan telah hilang diculik dan dilarikan oleh entiti non-human ke dalam hutan di kaki banjaran.

Perjalanan ke kota KL terisi dengan ulasan-ulasan menarik antara aku dan Azmi berkaitan peristiwa petang tadi.

“Alina perlu tau kisah ni. Nanti esok aku tuliskan dalam blog.”

[,]

Tapi, pengabaian juga harus dipertimbangkan juga kerana aku dan Azmi sungguh bijak memikirkan kisah-kisah yang menarik.

 

[……………………………..]

Kisah di atas adalah salah satu daripada entri terbaik Imran. Tajuk asalnya Peristiwa Sepetang di Kaki Banjaran Titiwangsa bersama Azmi dan Alina. (Aku rasa mungkin best sebab salahsatu wataknya, aku kot.. :P)

Maaf kebelakangan ini jarang update. Sebenarnya aku ada 2-3 lagi blog lain yang gedik dan nakal yang terpaksa aku maintain.

Tapi maaf tak boleh cakap. Cari sendiri.

h1

0.7: Adrenaline Rush

Juni 4, 2009

Cik, tunjuk lesen!

Wajah kau dan wajah dia
tibatiba lenyap
dan diganti dengan pak polisi
yang masih muda, terlalu muda
Tag nama tertulis Daniyal
merenung aku di tepi tingkap

Aku cuba pamer
a poker face
tapi jantung di dalam bagai Katrina

.

Dalam kelam kabut
aku tunjuk lesen
sambil itu pak (abang) polisi
menyuluh ke dalam kereta
memeriksa

.

.

.

.

Ok cik boleh jalan.
Tapi hatihati.
Di hadapan baru berlaku
samun kereta.
Kata pak (abang) polisi.

Kau tahu sayang
Jika dia geledah bonet tadi
Dan jumpa bungkusan beriben merah itu
Pasti aku akan buatbuat pengsan
Atau kemungkinan utama yang lain
Jika hilang pertimbangan
Akan merempuh sekatan ini

Dan jadi headline akhbar perdana esoknya.

h1

0.6: White is so passe.

Juni 3, 2009

Oh ingat lagi dear? Dua tahun lepas?
Di acara pelancaran buku Azalan
teman sasterawan kau?
Sewaktu kaubawa isterimu
Dan perkenalkan kepadaku

.

Dila, ini temannya Azalan!
katamu tanpa rasa konshens
atau koheren

Itu saja pengenalan
tentang diriku?

Aku hanya tersenyum.
Dan menyambut tangan
isterimu Dila

oh jengkel itu tetap ada

.

.

.

.

Dan malam itu kami memakai baju berwarna sama.
Putih.

Oh dear
Kenapa tidak kau beritahu
mahu bawa isteri jelitamu?
kerana sudah pasti
aku akan bawa  divikam
dan rakam
lakonan terunggul kau

h1

Sekatan jalan. Sekatan mental.

Juni 1, 2009

…sambungan (daripada  musim 1: ep 0.1, ep 0.2, ep 0.3, ep 0.4)

Ep 0.5

Jam di dashbod papar angka 11.35.
Kereta kurang malam begini.
Hanya lori. Dan lori. Dan lori.

Aku dengar Estrella.
Lagu tema ketika memandu pada waktu malam. Di jalanraya. Penuh lori.

All my sorrows flew away,
Hush keep quiet hear me say
I don’t ever want you to go
Please stay
With the moonlight dancing free
And there’s no one but you and me

Tapi muziknya entah kemana.
Di hadapan kulihat sekatan jalan raya.

 

 

 

 

Oh Tuhan aku harap
Pak polisi tidak tahan kereta aku
Dan minta buka bonet! Damn f’king damn!

Oh dear walau begitu
Degup jantung aku ini
Tidak sederas
Kali pertama kita bertemu
Dan menipu isterimu!