h1

Ya Tuhan. Terbangkanlah aku dari sini.

Desember 2, 2009

Kadangkadang kita tidak perlu hairan pada setiap kejadian misterius yang berlaku di sekitar atau pada diri kita. Kadangnya kita tidak perlu pun asyik bertanya ‘kenapa’.

Kerana setiap kejadian yang berlaku itu, itulah yang dibentuk dan dicantikkan. Punya sebab dan akibat yang kadangkala kita sendiri bodoh mahu menerima atau ’embrace’.

Seperti kata R.W. Emerson, means and ends, seed and fruit cannot be severed; for the effect already blooms in the cause, the end preexists in the means, the fruit in the seed.

Pujangga tua yang lain pun sudah ramai yang berbisik tentang ini.

Tentang ironi. Tentang paradoks. Tentang kebarangkalian yang tersembunyi indah.

Tentang wujudnya kau. Dan juga aku. Yang bertemu di persimpangan yang bersilang.

Jadi sayang, redah sajalah.

7 komentar

  1. InsyaAllah kalau u pegi Maskara blh kita borak…:)


  2. tentang Kun Fa Ya Kun.

    tentang tiup nafas pertama.
    dan hela nafas yg terakhir …


  3. kira jalan buat kering ja la. Insyallah takbir


  4. Yang bersilang itu kadangkala lebih seronok dari yang lurus. Bukankah semua orang seni suka paradoks, ironi, kekeliruan dll? Ia mampu memberi percikan kreativiti dalam diri.

    Kompleks.CITI itu SENI!!!


  5. A- memandu laju dari perut kota menuju ke kampung arah utara, ada sesuatu di sana yang hatinya menjadi tak putus-putus merayu. Mata kelam akibat penat bekerja belum habis, menggayut kelopak mata. Dia perlukan kudapan penghilang kantuk…

    B- memandu riang dari utara untuk bercuti di perut kota, bersama keluarga. Dan dahaga menyeka tekak mereka sekeluarga. Lalu dia singgah dipersilangan Jejantas Sg. Buloh. Di kedai itu, dia hulur nota 10. ‘Maaf tiada wang kecil…’
    Lelaki di sebelahnya menghulurkan nota lebih kecil, yang digunakan si penjual sebagai pertukarannya…

    Lelaki di sebelahnya menghulur senyuman tetai dalam hatinya masih gundah, masih merayu … meneruskan perjalanannya ke utara…

    di persimpangan itu, A dan B bertemu untuk mencatat buku pengalaman yang mereka pernah bersua muka walau hanya seketika…


  6. tahniah event semalam!!


  7. redah sajalah dan redha.



Tinggalkan komentar