Archive for the ‘event’ Category

h1

Eksotiknya nikotin.

September 25, 2009

Buku terhad ini sudah ada di pasaran yang terhad. Mahu order? Emel ke hegiraz@yahoo.com.

Atau boleh dapatkan di Arts4grab, Annexe CM, sabtu dan ahad ni di Gerai Oxygen Media.

Hari Ahad, jam 12pm pula jemput datang untuk pelancaran buku Mimi. Jom jumpa, katanya.

h1

Matahari suku.

Juli 21, 2009

Esok gerhana. Bukan lagu M. Nasir tu. Tapi fenomena alam.

Barangsiapa yang rasa ada DNA pranormal, hatihati. Nanti jadi kejadian tak diingini pula.

Ataupun jadi mutan dan tumbuh sayap.

h1

Syurga tingkat ke 14.

Juli 20, 2009

Mm.

Boleh buat skrip CSI: Kuala Lumpur.

Ok. Cerita lain.

h1

Konserto Terakhir.

Juli 10, 2009

Foto: Din Dirann

Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan

Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Bebaskan… Ku ingin dilepaskan… Kita tidak sehaluan… (Ya Lan, permintaan kau sudah ditunaikan) Lirikata itu keluar bercantum dengan muzik dan berkepulkepul di ruang. Menjadi asap dan awan yang kedua sayu selepas awan sayu Sufian Abas.

Sekeliling dapat rasakan emosi syahdu Lan dalam suaranya semasa menyanyikan lagu ini. Lebih-lebih lagi apabila selesai, dia terus mendapatkan Taja dan memeluknya. Momen emosional. Yang pasti akan berputar rakaman visual ini setiap kali aku mendengar Lagu Untukmu. Lan telah bebaskan dirinya (atau dibebaskan?).

Ya. Lan MUH secdara ofisialnya telah keluar daripada bandnya MUH pada 5hb June 2009 di Hard Rock Cafe. Menamatkan segala spekulasi dan khabar angin. Tapi yang terdekat atau peminat arden tahu bahawa sudah tiba masanya.

Dan aku rasa mereka memberikan suatu persembahan terakhir sebagai sebuah kumpulan yang cukup gaya, mutu, keunggulan seperti Benson and Hedges! Mantap! (Walaupun aku rasa mereka patut buat di venue yang lebih besar, contohnya kat stadium!)

Tapi sayangnya sungguh ironi.

Dan pastinya momen MUH muncul bersama vokalis baru ditunggu-tunggu oleh peminat. Dan harap dapat memberi impak (walaupun sementara) seperti gabungan vokalis Soundgarden dan band Rage Against the Machine yang bergabung dan membentuk kumpulan Audioslave. Dinamiknya band baru ini telah mencipta muzik unik gabungan dua genre. (Keterujaan peminat muzik sementara saja kerana kumpulan hebat ini juga berpecah.)

Dan jika vokalis baru MUH ini individu yang berbakat baru, hal perbandingan di atas juga tidak diambil kira.

Dan Lan pula akan membentuk band lain yang diberi nama Azlan and the Typewriter. Gila skima indie nama tajuk band.

MUH ialah antara band terbaik bagi aku dan lagu-lagu Taja memang cukup rasa dan perisa. Selain daripada yang selalu terdengar di radio, tv dan juga drama bersiri, ada juga beberapa lagu lagi yang agak bagus tapi tidak menjadi juara carta mahupun juara Heavyweight.

MUH antara yang selalu temani aku ketika memandu di lebuh raya. Dan lagu yang paling aku gemar ialah lagu Pari-pari Bawah Angin, Hilang, Hanya Khayal dan Mahkota. Dan ya, lagu Hanya Khayal dan Mahkota bukan nyanyian Lan. Aku rasa Taja yang nyanyi. Dan kalau Taja yang jadi vokalis MUH pun aku lagi suka.

Ada yang kata, selepas ini tengok sama ada kekuatan MUH pada Lan atau pada MUH sendiri. Sama ada Lan boleh bergerak tanpa lagu-lagu Taja, atau sama ada ada vokalis lain yang boleh membawakan lagu Taja sebaik Lan.

Bagi aku, hanya thumbs up pada mereka kerana telah mewarna pelangi industri muzik tempatan yang kelabukelabu asap dulu. Dan semoga Lan dan MUH gembira dan selepas ini berjaya (walaupun aku rasa nak ketuk aje kepala diorang dua ni sebab aku suka kombinasi MUH ni).

Dan ketika kami berpusu-pusu keluar, awan kedua paling sayu tadi tiba-tiba merenjis embun dan memenuhi setiap gelas, setiap gambar di dinding, dan terpercik juga pada jaket-jaket brassband instrumentalis MUH. Dan Lan pula semakin lama semakin hilang dalam celah kepul-kepul awan sambil mulutnya masih terkumat kamit ~bebaskan bebaskan kuingin dilepaskan…

Tapi eh sebentar. Tiba-tiba ada seseorang yang memakai baju kelabu, sedikit gempal berambunt kerinting melaung dari sudut kanan pentas, ‘Aku rasa Bakri yang sebenarnya bawa taboo. Band yang dia join, mesti problem atau berpecah!’

Oopps. Tak sayang mulut betul mamat ni. Bakri session je lah.

h1

Let’s rockin’ bebeh.

Juli 3, 2009

Freedom Music Fest 09.

Saja mahu tolong promosikan kawan-kawan.

Oh boleh jual barang juga di sini!

h1

Bengkel Seni Lukis oleh Fathul.

Juli 1, 2009

Di Acara Facebook.

Salam semua, kami di ITUDIO STUDIO akan mengadakan
BENGKEL SENI LUKIS yang akan di kelola oleh saudara FATHULLAH LUQMAN YUSOFF. Kami akan menerima 24 PESERTA terawal sahaja.

Untuk menyertai 3 sesi ini, anda hanya perlu membayar sebanyak RM50 dan anda akan di beri sekeping canvas untuk di guna pakai semasa 3 sesi ini berlangsung. Segala perkakas untuk melakukan aktiviti ini akan di sediakan oleh pihak kami dan canvas yang diberikan kepada peserta akan menjadi hak milik peserta sepenuh nya.

Mengikut perancangan yang telah kami bincangkan,
selepas selesai bengkel seni lukis ini, segala karya yang di hasilkan oleh para peserta akan di pamerkan di ITUDIO STUDIO pada awal bulan ogos. Pameran seni ini akan
berlangsung selama sebulan.

sesi pertama padan 11 july : 3pm – 5 pm

1)INTRODUCTION
2)FORM
3)LINE

sesi kedua pada 18 july : 3pm – 5 pm

1)SHAPE
2)VALUE
3)TEXTURE

sesi ketiga pada 25july : 3pm – 5 pm

1)COLOR
2)SPACE
3)CONTENT AND STYLE

THEORY AND PRACTICAL : WORK AND PLAY AS YOU LEARN

** ANDA BOLEH MENDAFTAR SEKARANG DI ITUDIO STUDIO

( +6 012 762 8324 / +6 016 971 2174 ) – SMS @ CALL

hakim@itudiostudio.com

31D – 2 KELANA MALL
JALAN SS 6/12
47301 PETALING JAYA
SELANGOR, MALAYSIA

+6 03 7 8800 465

h1

[Bengkel Penglipur-Lara] Sokong dan promosi Ajin pula.

Juni 30, 2009

Ahad lepas aku join bengkel Storytelling anjuran Sinergi. Jurucakap atau tenaga pengajarnya ialah Rozinor Razali aka Ajin.

Saja mahu ikut bengkel ini sebab aku rasa aku semakin kurang pengetahuan (kurang ajar ??). Atau mungkin juga dunia semakin pantas berilmu?

Dan aku rasa bengkel ini WAJAR dihadiri oleh manusia yang bukan sahaja berangan mahu bikin skrip, tapi juga yang mahu jadi penulis atau tukang cerita dan penglipurlara.

Atau mungkin mahu nampak kool apabila bercerita dengan rakan pejabat/makwe/pakwe. Atau mungkin mahu pukau bos sendiri.

Apa lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila ke Sinergi Unggul.

h1

Mahu promosi dan sokong Nuppy juga.

Juni 28, 2009

 

Bengkel ini di reka khas untuk para wedding photographer yang ingin mempelajari rekabentuk grafik secara lebih kreatif dan menarik menerusi Photoshop. Jika anda sudah ada asas tentang Photoshop dan ingin meningkatkan skill design anda terutama sekali dalam rekaan grafik mock up atau custom album, anda boleh menyertai bengkel ini.

Selain dari mock up atau custom album, anda juga boleh menggunakan rekabentuk ini dalam menghasilkan gambar pengantin bersaiz 8R atau 10R atau bersaiz poster sekalipun! Bagi pereka grafik pula, design seperti ini boleh digunakan untuk kad kahwin, banner atau bunting pengantin.

Bengkel ini BUKAN mengajar asas Photoshop, photo manipulation atau rekabentuk custom album secara keseluruhan tetapi fokus kepada elemen rekabentuk grafik yang di masukkan dalam foto perkahwinan anda dan ini boleh memberikan keunikan tersendiri pada hasil gambar seperti yang dilihat di atas. Ini yang membezakan bengkel ini dengan yang lain. Bengkel ini anjuran Imagenta Kreatif.    

  • Kombinasi warna yang sesuai
  • Olahan corak-corak kerawang
  • Teknik masking yang betul
  • Pemilihan font yang sesuai

Selanjutnya boleh layari Imagenta Kreatif.

 

Ilham dari blog Exike.

h1

Seni jiwa minggu ini. [slot sinetron bersambung selepas ini.]

Juni 5, 2009

h1

Iklan sekejap. Slot Akasia bersambung selepas ini.

Mei 29, 2009

Jom ke sini Sabtu ini.

Ada buku ini.

Dan penulisnya.

pp

Buku ini.

Dan penulisnya

Dan buku paling hotz ini.

(Kredit foto: Is.)

Dan penulis-penulisnya.

Dan juga buku ini.

Dan penulisnya.

Juga buku ini.

Oh dan ok lah. Kalau mahu letak setiap gambar buku dan setiap gambar penulis, acara pun sudah selesai. Dan macamlah aku tersangat rajin. Kan. Ada banyak lagi buku-buku daripada Gerakbudaya, Matahari Books, Sang Freud Press serta Sindiket Soljah. Dan lolongan sajak serta nyanyian akustika jalanan.